Cuba lihat pasangan di dalam gambar dan video di bawah tu, sweet kan?? Kita yang melihat rasa macam cemburu pun ada kan? Tapi sebagai manusia kita kena selalu beranggapan yang baik-baik. Kita sebagai sesama umat Islam kena selalu doakan kebahagiaan orang lain.


Pasangan ini namanya Riezal dan Sherra. Di bawah ini adalah video ketika menyambut haribahagia berbulan madu. Sweetnya...


Ini pula video mereka yang menyambut ulangtahun pertama perkahwinan baru-baru ini. Sekarang si isteri sedang mengandung tiga bulan. Video ini telah di muatnaik ke halaman facebook si isteri pada 17hb Februari jam 7.07 ptg 


Sudah lihat video terbabit? Jika sudah, tolonglah sedekahkan sepotong Al-Fatihah. Ini kerana si suami telah kembali pada sang penciptanya beberapa hari selepas sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama itu.


Hajat Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pengkalan Kubor, Mohamad Nashriezal Zamree, 27, untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di kilometer 23, Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor selang beberapa hari saja selepas menyambut ulangtahun perkahwinan yang pertama

Sebagai seorang wanita yang juga bergelar isteri, tersentuh rasa hatiku. Terasa lemah degup jantung namun ku yakin dia bukan wanita yang mudah mengalah. Dia juga bukan perempuan yang mudah berputus asa.

Wahai Syamsherra, seindah wajahmu, selembut senyummu, ku doakan dari jauh walau kita tidak pernah bertemu supaya hatimu sentiasa kuat dan cekal untuk menempuhi semua ini.

Tabahlah demi anakmu nanti. Bersangka baiklah dan inshaAllah pasti akan ada cahaya yang menanti di depan nanti.Bersangkabaiklah dengan takdir Allah SWT kerana Dia sangat-sangat tahu apa yang kita tidak tahu.

Al-Fatihah....