MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

KETAM MASAK CILI - RESEPI RINGKAS TAPI SEDAP

Fikir punya fikir, nak masak apalah kat famili ni di hujung minggu ni. Akhirnya terlintas nak masak ketam sebabnya MrQamar dan anak-anak memang suka sangat-sangat makan ketam ni. Menu yang paling di sukai oleh famili aku adalah KETAM MASAK CILI sebabnya boleh di makan dengan nasi atau di ratah begitu saja.

Aku suka masak berkuah sikit sebabnya lebih sedap nanti ketika di makan bersama nasi tapi terpulanglah pada ualls ya.

BAHAN-BAHAN
4-5 ekor ketam (belah dua @ 4 )
8 biji cili kering (di rebus) *
1 inci halia *
1-2 batang serai *
6 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
gula dan garam secukup rasa


CARA-CARA :
1. Kisar semua bahan bertanda ( * ) sehingga lumat dan tumis dengan api yang perlahan sehingga naik bau.

2. Masukkan sos tiram dan sos cili.

3. Masukkan ketam dan gaul semuanya sehingga sebati.

4. Air ketam akan keluar dan jika mahukan kuah yang lebih boleh di tambah sedikit air berserta sos tiram dan sos cili.

5. Perasakan dengan garam dan gula.

SIAP UNTUK DI HIDANGKAN!!


Boleh juga di hias dengan daun bawang untuk menambah aroma ketika makan..


7 comments:

  1. sedapnyer...nt kak lin nak cuba lah..

    ReplyDelete
  2. alamak.. lapar lah tgk gambo awa ni

    ReplyDelete
  3. Hai Faiq ada buat segmen Pencarian Bloglist. Jom join

    http://najmi-faiq.blogspot.my/2018/02/segmen-pencarian-bloglist-faiq-najmi.html

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ketam.. Lama tak makan ketam la

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nak cuba nanti
    "tila singgah & follow"

    ReplyDelete
  6. sedapnyaa.. sbenarnya suka ketam tapi punyalah malas nak kopek. bertambah2 sedap kalo ada orang tolong kopek kan isi. hehehe itula moment paling sedap makan ketam =P

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY