Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

POPIA DAN AYAM KOREA - MENU SEDAP MINUM PETANG UNTUK KAWASAN TANAH MERAH, KELANTAN

Semakin hari semakin banyak servis yang di tawarkan demi untuk memudahkan urusan orang ramai yang sibuk terutamanya. Bagi aku yang punya anak enam ini semestinya tidak terkecuali. Seperkara lagi kadangkala aku sendiri jadi pening kepala memikirkan apakah menu yang perlu di masak baik untuk minum pagi, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Fikirkan menu ni dah macam hadapi masalah negara pula.. ish ish ish.. Tapi, alhamdulillah dengan adanya servis yang di tawarkan ini membuatkan orang ramai seperti aku dapat menjimatkan masa dan tenaga. Antara servis yang ku suka di area Tanah Merah, Machang dan Pasir Mas, Kelantan ini adalah daripada pasangan dua beradik yang bernama Tiyah dan Artina.

Servis utama yang di tawarkan oleh Tiyah Artina ini adalah untuk sajian menu minum petang seperti popia sira dan ayam korea. Antara menu yang di sediakan adalah:
  • POPIA SAYUR
  • POPIA CHEESE
  • AYAM KOREA ORI
  • AYAM KOREA CHEESE
popia sira & ayam Korea with original homemade sauce

Rasa rangup kulit popia dan ayam korea yang di sebatikan dengan rasa manis manis pedas daripada sos buatan sendiri membuatkan ianya dapat di terima oleh semua termasuk golongan kanak-kanak sehingga dewasa.

Ini pula ayam korea cheese...
ayam korea with original sauce and cheese
Tiyah Artina turut mengutamakan permintaan para pelanggan. Maka, sebut saja nak sos tahap kepedasan yang mana, InshaAllah akan di turuti. Nak ayam korea tahap kepedasan nombor lima pun boleh. Tapi, memang ternganga berapi la jawabnya. Haha. Untuk aku yang akan di makan bersama anak-anak memadailah tahap kepedasan nombor satu saja. 

Dari segi rasa alhamdulilah memang tidak mengecewakan malah daripada bahan yang digunakan juga membuatkan aku puashati dengan harga yang di kenakan. Percaya atau tidak harga untuk popia dan ayam korea ini hanyalah sekitar RM3 -RM7 saja sebekas.

HARGA

  • Popia Sira - RM3 (7 biji)
  • Popia Cheese - RM5 (5 biji)
  • Ayam Korea Ori - RM5 ( 3 ketul / 1 bekas)
  • Ayam Korea Cheese - RM7 ( 3 ketul / 1 bekas)

Aku di fahamkan juga Tiyah Artina turut menawarkan servis penghantaran percuma untuk para pelanggannya yang berada di sekitar kawasan bandar Tanah Merah. Manakala untuk kawasan sekitar Machang dan Pasir Mas mereka turut menawarkan servis penghantaran ini tetapi di kenakan sejumlah bayaran yang amat kecil. Aku sarankan ada baiknya wat tempahan melebihi sebekas kerana akan berbaloi dengan servis penghantaran yang di tawarkan ini.


Secara kesimpulannya, aku amat berpuashati dan aku juga amat seronok melihat anak gadis sekarang yang pandai mencari peluang untuk berniaga demi untuk masa depan. Mulut dua beradik ini yang agak celoteh dan peramah menambahkan lagi rasa senang hati sepanjang berurusan dengan mereka berdua. Di tambah lagi dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir membuatkan mereka berdua semakin di kenali oleh para penghuni di sini. Syabas Tiyah Artina. Keep it up!!


Ohya, bagi yang ingin membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak juga di alu-alukan. Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi Tiyah di :

Whatsapp : 018 9082268





4 comments for "POPIA DAN AYAM KOREA - MENU SEDAP MINUM PETANG UNTUK KAWASAN TANAH MERAH, KELANTAN"

  1. sedap tu popia lama tak makan popia la

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa nampak ayam korea tu :)

    ReplyDelete
  3. menarik paparan gambo awa tu. terpikat.
    malangnya, jauh beno nak oder :)
    nowadays, cara utk cari duit mudah. yg penting rajin.
    buat makanan. jual. offer delivery.
    pembeli skang nak mudah. semua dpt di depan pintu. tak perlu drive. tak perlu byr parking fee.
    so, memang bagus la penjual yg kreatif. makanan simple tapi laku.

    ReplyDelete