Selamat Tinggal Hanan Khaira Dan Abang Adham - Kekasih Paksa Rela Episod Akhir

by - 20:29

Akhirnya, tamatlah sudah kisah TV3 slot Akasia Kekasih Paksa Rela lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa. Walau sudah tamat namun rasanya akan kembali di tonton untuk kali ke dua, ke tiga dan seterusnya. Lagipun bagi aku jalan cerita ini lain daripada yang lain.


Namun, sebagaimana ada akhir pastinya akan ada yang baru dan aku harap penganti cerita yang baru di slot Akasia bermula esok akan best juga jalan ceritanya. Jika tak best alamatnya akan say bye bye dari awal. 

Ye lah macam yang aku cakap awal-awal kat SINI dulu. Aku ni kalau nak tonton apa-apa cerita aku akan tengok dulu jalan cerita, pelakon dan lain-lain. 



Walaubagaimanapun, bagi aku cerita Kekasih Paksa Rela telah berjaya mengutip jumlah tontonan yang sangat dasyat. Mungkinkah kerana isu poligami ataupun kerana idea kreatif penulisnya yang sukar untuk di tebak oleh penonton hingga membuatkan si penonton perlu juga melihat sendiri satu demi satu episod dari awal hingga akhir.

Kini terjawab sudah persoalan. Siapa yang di pilih oleh Adham? Semestinya adalah Hanan. Pakcik akan sentiasa di sisi makcik dan semoga mereka akan ada sambungannya suatu masa kelak. Manalah tahu tayangan special sempena hari raya ke apa. 

Jika ada special episode aku harap....
  • Boleh lah lihat wajah baby 'watak rekaan' untuk Adham dan Hanan nanti. 
  • Rosnaida akan ada jodohnya yang baru
  • Ibu Hanan ada pasangan yang baik
  • Bekas ayah tiri Hanan mendapat balasan setimpal
  • Abang Paus berkahwin
  • Mak Senah muncul dengan latah comelnya

Akhir kata, selamat tinggal Kekasih Paksa Rela dan semoga ada pengajaran yang boleh di ambil daripada cerita rekaan ini pada seseorang di luar sana.


MOGA-MOGA ADA KESINAMBUNGAN UNTUK 'ABANG PAUS' !!!


You May Also Like

1 PEMBERI ULASAN

  1. kaella tak tengok habis citer ni, tengok ala kadar je hehe sekali sekala.

    ReplyDelete