LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

NUR ISLAM

[Cahaya Islam][bsummary]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][twocolumns]

5 KISAH CINTA YANG PERNAH VIRAL DI NEGARA BARAT

Setiap manusia ingin di sayangi dan menyayangi namun soal jodoh dan pertemuan kadangkala agak susah untuk kita tentukan. Namun yang pasti kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan sentiasalah cuba menghargai mereka-mereka yang ada di sekeliling kita. Ada pelbagai kisah jatuh cinta antara manusia dan setiap satunya mempunyai kenangan tersendiri.


1. Bertemu jodoh dengan pasangan yang namanya sama
Kejadian ini berlaku di Amerika apabila seorang lelaki dan wanita bertemu jodoh hingga berkahwin dek kerana nama yang sama. Nama mereka berdua adalah serupa 100%. Nama tersebut adalah Kelly Hildebrandt. Mereka bertemu di laman facebook pada 2009 pada usia 24  dan 20 tahun.  Kelly Hildebrandt (lelaki) berasal dari Texas manakala Kelly Hildebrandt (wanita) berasal dari Florida.

Mereka mula menjalinkan cinta di atas talian dan kisah percintaan mula tersebar hingga menjadi terkenal. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkahwin hanya beberapa bulan selepas itu. Namun perkahwinan mereka tidak kekal lama. Mereka di sahkan bercerai pada tahun 2013 selepas tiga tahun bergelar suami isteri. Meskipun telah bercerai mereka masih tetap berkawan sehingga ke hari ini.


2. Janji terakhir pemberi semangat
Matthias Steiner seorang ahli angkat berat dari Australia bertemu jodoh dengan peminatnya sendiri yang bernama Susann. Mereka bercinta selepas Susann berusaha sedaya upaya menghubungi Matthias melalui email minta untuk bertemu. Sebaik saja bertentang mata mereka terus jatuh cinta pandang pertama. Mereka akhirnya nekad untuk berkahwin tidak berapa lama selepas pertemuan yang pertama itu.

Kehidupan mereka amat bahagia dan sayangnya Matthias terhadap Susann sangat banyak hinggakan Matthias sanggup berpindah ke German dan memohon untuk menjadi penduduk tetap German demi isterinya yang berasal dari situ. 

Susann merupakan pendorong utama Matthias dan meminta suaminya berusaha sedaya upaya di dalam sukan angkat berat. Dek kerana itu Matthias berjanji untuk menghadiahkan isterinya pingat emas. Malangnya pada tahun 2007, Susann meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Matthias amat tertekan di ketika itu.

Namun akhirnya Matthias kembali bangkit! Ini semua disebabkan janji yang pernah dibuatnya itu. Matthias mulai sedar yang permergian Susann bukan bererti pengakhiran untuk hidupnya. Matthias teruskan misi di dalam sukan angkat berat demi sebuah janji dan janji itu telah berjaya di realisasikannya pada tahun 2008 dengan mendapat pingat emas di Sukan Olimpik China mewakili negara German. Gambar Susann sentiasa di bawanya ke mana saja dan kini Matthias telah mengambil keputusan untuk bersara dari dunia angkat berat pada tahun 2013 yang lalu.



3. Baru berkahwin beberapa hari terpaksa berpisah berpuluh tahun.
 Boris dan Anna Kozlov sangat saling cinta menyintai hinggakan mereka sanggup berkahwin tanpa sebarang persediaan yang sepatutnya pada tahun 1946. Tiga hari selepas berkahwin Boris terpaksa kembali bertugas sebagai seorang askar dan Anna melepaskan Boris pergi walau dengan perasaan berat hati.

Semasa ketiadaan Boris, Anna tinggal bersama keluarganya namun Anna terpaksa berpindah kerana masyarakat setempat menganggap mereka sebagai musuh. Anna mengikut keluarganya dan hilang tanpa jejak.

Seketika kemudian Boris kembali untuk mendapatkan isterinya, Anna namun malangnya Anna sudah tidak ada. Puas Boris mencari namun tidak ke temu. Alamat isterinya juga sama sekali tidak di tinggalkan. Masyarakat setempat yang sememangnya tidak menyukai keluarga Anna sama sekali tidak dapat membantu Boris di dalam misi pencarian terbabit.

Anna yang terlalu sayangkan Boris sentiasa mengingatinya setiap hari hinggakan ibu Anna terpaksa membuat cerita palsu bahawa Boris telahpun mencari penganti yang lain dan telah lupakan Anna. Ibu Anna mengaturkan jodoh yang lain namun Anna menolak hingga sanggup untuk membunuh dirinya sendiri. Mujurlah ibu Anna sempat menyelamatkannya dan selepas di paksa berulangkali akhirnya Anna bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya. Boris juga terpaksa berkahwin lain meskipun di dalam hatinya masih lagi menyintai Anna.

60 tahun kemudian, Anna yang telah menjadi janda kembali semula ke tempatnya terpisah dengan Boris suatu ketika dulu. Saat itu Boris yang juga sudah menjadi duda turut berada di tempat yang sama. Walau tubuh masing-masing sudah di makan usia namun mereka sangat saling mengenali hanya dengan sekilas pandangan. Pertemuan itu membuatkan mereka berdua kembali bersatu. Mereka telah berkahwin semula untuk kali yang ke dua dan hidup bahagia hingga kini.


4. Berkongsi tarikh lahir dan juga waktu kematian
Inilah yang di katakan hidup dan mati bersama apabila  Less Brown dan isterinya, Helen berkongsi tarikh lahir dan waktu kematian. Less dan Helen di lahirkan pada 31.12.1918. Mereka bertemu ketika di sekolah menengah dan saling jatuh cinta pandang petama. Less datang dari keluarga berada yang kaya raya manakala Helen hanyalah dari keluarga biasa. Percintaan mereka di tentang hebat oleh keluarga namun mereka tetap nekad untuk saling menyintai.

Akhirnya, apabila mereka sama-sama berusia 18 tahun, mereka berdua telah membuat keputusan untuk pergi ke California dan nekad untuk berkahwin dan terus menetap di sana.

Selepas 75 tahun mendirikan rumahtangga yang bahagia, Helen di sahkan mengidap penyakit kanser usus manakala Less pula menghidap penyakit Parkinson. Less dah Helen yang saling sangat menyintai sentiasa ada bersama setiap detik dan ketika. Akhirnya mereka berdua di masukkan ke hospital. Helen di sahkan meninggal dunia pada 16 Julai 2013 manakala Less pula meninggal pada keesokan harinya (17 Julai 2013) tanpa mengetahui yang isterinya telah meninggal sehari sebelum itu. Kisah mereka berdua sebagai pasangan suami isteri yang bahagia masih lagi sentiasa di kenang hingga ke hari ini.


5. Bercinta tanpa pernah berjumpa, jarak jauh bukan penghalang
David Hurt berpindah dari negara asalnya Jamaica ke New York. Walau punya kerja yang agak bagus namun David tetap sangat mengingati negara asalnya dan sangat-sangat merindui tempat kelahirannya. Dek kerana itu, David berusaha untuk mencari seorang sahabat pena yang boleh saling berutus surat dengannya. Pencarian itu berjaya menemukannya dengan Avril Cato, seorang wanita dari Carribean.

Mereka mula saling berutus surat satu demi satu. Setahun kemudian mereka mula saling jatuh cinta walau tanpa pernah bertentang mata secara berdepan. Setelah puas menahan rindu akhirnya mereka berdua nekad untuk bertemu 7 tahun selepas itu iaitu sehari sebelum tarikh perkahwinan mereka. Pertemuan itu semestinya amat dramatik dan perkahwinan mereka masih lagi kekal utuh dan telah dikurniakan enam orang anak.


Kasih sayang sesama manusia itu tidak salah tetapi ingatlah.... kasih sayang terhadap Tuhan Yang Satu perlu melebihi dari kasih sayang sesama makhluk. Yang pasti, hargailah pasangan kita semasa mereka masih ada. Ingatlah kebaikan mereka terhadap kita dan ingatlah kekurangan kita terhadap mereka.


No comments:

BE GORGEOUS

[BEAUTY][twocolumns]

SIMPLE COOKING

[Home Recipe][twocolumns]

INSTA STORY