Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

BLOG - PLATFORM MEDIA YANG BERKUASA HEBAT!

Semakin hari semakin ramai ingin buat duit dengan menggunakan blog namun sebenarnya blog ini bukan hanya untuk menjana pendapatan sebagai seorang penulis malah dengan cara memberi servis iklan, review dan sebagainya.

Sejak mengambil keputusan untuk menjadi penulis blog sepenuh masa ini, aku semakin faham apa itu 'dunia blog'. Semakin aku berada di dalam dunia penulisan blog ini semakin ramai wakil jenama yang berjaya aku kenali dan ketika aku bertanyakan 'kenapa blog?' dan dengan sendirinya mereka tersenyum. Namun sayang sejuta kali sayang, masih ada lagi yang kurang jelas dengan kuasa blog ini.



Untuk pengetahuan semua, penulis blog ada pelbagai kategori. Ada yang masih malu-malu dan ada juga yang sudah berani untuk ke depan sebaris dengan para media yang lain. Malah blogger juga sudah semakin di gelar dengan nama 'influencer' kerana keupayaan mereka untuk berinteraksi dengan ramai orang di luar sana hanya dengan sesebuah penulisan. Apa tidaknya, di blog para penulis dan pembaca boleh saling berkomunikasi dengan adanya ruangan komen. Dengan cara ini si pembaca bukan hanya sekadar membaca untuk mendapatkan info malah boleh bertanya untuk lebih faham. Secra tidak langsung si penulis akan menjadi seperti seorang 'duta' bagi sesuatu produk dan sebagainya.


Blogs are almost always written in a conversational tone – just like if you’re talking to someone. Blogging welcomes feedback, allowing readers to post their own comments and questions, which helps create conversations. This allows readers to build a relationship with the organization, which can increase sales.



Dek kerana itu, dari hari ke hari semakin banyak jenama dari syarikat tempatan yang mengundang para penulis blog ke majlis anjuran mereka demi untuk mendapatkan khidmat daripada para penulis blog ini. Team #bloggerpantaitimur sendiri telah berkerjasama dengan pelbagai pihak dan rata-rata melayan kami dengan cukup baik sekali malah berasa gembira kerana dapat berkerjasama.

Pihak media massa yang lain seperti radio dan TV turut memperakui kewujudan penulis-penulis blog kerana mampu berfungsi sebagai salah satu media masakini. Kerana itulah ada beberapa saluran TV telah membuat segmen khas untuk bersama blogger sebagai contoh rancangan bernama Kasut Tumit Tinggi dan sebagainya. Pengacara rancangan TV juga sudah semakin ramai yang terdiri daripada penulis blog. Di event MEDISPA Kuala Terengganu contohnya, kami di layan dengan layanan VVIP dan berada di meja paling hadapan sebaris dengan media massa yang lain. Ini kerana sebagai seorang penulis blog kami sebenarnya mempunyai satu 'kuasa' yang berada di dalam genggaman tangan kami.

Berada di meja utama paling hadapan sebaris dengan VVIP

Dipendekkan cerita kami ini tidak ubah seperti sebuah akhbar. Cuma yang membezakan, kami ini tidak menulis dan mengeluarkannya dalam bentuk bercetak sebaliknya kami menerbitkannya untuk bahan bacaan di atas talian sepenuhnya. Maka, amat sesuailah dengan pengguna masakini yang lebih gemar membaca berita dan mencari info melalui handphone berbanding suratkhabar. Apa yang membuatkan ramai orang tertarik dengan kami adalah apabila hasil penulisan kami ini akan kekal di dalam talian dan boleh di cari dengan mudah semula pada bila-bila masa kerana apa yang kami tulis ini akan berada di alam maya dalam masa yang cukup lama bahkan boleh mencecah sehingga puluhan tahun (selagi mana blog tidak di padam).

Artikel dari negara luar yang memperakui kehebatan 'kuasa' seorang penulis blog yang setanding dengan TV, Radio, suratkhabar dan lain-lain.

Apa yang lebih menariknya lagi, blog ini bersesuaian dengan konsep penduduk dunia sekarang yang lebih kepada IT dek kerana masa yang amat terhad. Cuba fikirkan balik, berapa ramai yang menggunakan telefon bimbit untuk mencari pelbagai info sekarang ini dan kami si penulis blog inilah si 'pemberita dan wartawan' yang bertanggungjawab untuk memberi info, berita dan lain-lain pada para pembaca di luar sana dengan kerjasama si Google.

Setiap blog mempunyai pembaca dan peminatnya yang tersendiri. Setiap blog juga mempunyai kategori tertentu yang akan di ketengahkan. Dalam masa yang sama setiap blog juga mempunyai gaya bahasa yang pelbagai sesuai dengan karakter si penulisnya. Sebagai contoh blog aku ini, www.sishawa.com mengetengahkan topik keluarga, travel, makanan, kecantikan, kesihatan, keagamaan dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah, walau blog aku ini baru berusia setahun namun sudah ada pengikutnya yang tersendiri. Jika mengikut kacamata Alexa blog ini berada di kedudukan ke 15k+ dan moga-moga boleh meningkat lagi ke kedudukan 10k teratas, InshaAllah.


SIAPAKAH YANG SERING BERKERJASAMA DENGAN BLOGGER
Jawapannya hampir 60% adalah terdiri daripada pengusaha yang mempunyai premis manakala bakinya lagi adalah daripada badan-badan korporat dan sebagainya. Ada juga mendapat tawaran untuk berkerjasama daripada beberapa organisasi dan seller online yang aktif di facebook.

Jangan ingat hanya boleh membuat iklan melalui TV, radio, majalah dan akhbar saja ya. Blog juga merupakan satu bentuk iklan yang amat meluas dan terbaik dengan harga yang amat berpatutan.

Semakin hari semakin ramai mahu menggunakan blog kerana blog ini cukup mesra dan akrab dengan si pembeli sekarang yang banyak mengkaji, mencari dan membaca info sebelum membeli sesuatu produk secara di atas talian.

Fahami dan olahlah situasi ini untuk hasil yang bagus. Sebagai contoh, ualls ada sebuah buku yang agak bagus namun ualls pening kepala bagaimana untuk di war-warkan pada orang ramai.
  • Hendak edar flyers ualls tak ada masa yang banyak. 
  • Hendah guna radio dan TV ualls tak punya ongkos yang secukupnya.
  • Hendak guna facebook, ualls dah penat asyik taip ulang-ulang kali.
  • Hendak guna apa???? Semestinya blog !!

Cara untuk menjadi peniaga yang bijak. -- BACA SINI

Dengan menggunakan blog.... bayaran hanya sekali saja, paparan akan ada bertahun-tahun lamanya, boleh di baca oleh sesiapa saja dengan mudah, boleh di share linknya oleh si pemilik buku pada mana-mana ruang media social yang di mahunya sebagai contoh share link tersebut ke facebook maka secara tidak langsung beliau tidak perlu susah payah menulis untuk mempromosikan bukunya itu kerana si penulis blog sudahpun memudahkan kerjanya dengan menulis dengan lengkap, padat dan tepat berserta info bagaimana untuk menghubunginya selaku si penulis.


SEMOGA INFO INI DAPAT MEMBERI MANFAAT PADA YANG MEMERLUKAN.... 



4 comments for "BLOG - PLATFORM MEDIA YANG BERKUASA HEBAT!"

  1. betul tu sis ramai yang tak percaya sebenarnya kalau betul caranya boleh buat duit jugak blog ni

    ReplyDelete
  2. setuju, banyak company dah start guna khidmat blogger untuk promote produk diorang

    ReplyDelete
  3. Betul..dengan blog..lebih lengkap maklumat padat dalam satu entri or beberapa entri...nak baca pun puas hati..kalau review full diberi.

    Alangalang tu...mariii join giveaway Nona..........pls support me ....hehe

    http://nonasani.blogspot.my/2018/03/giveaway-hi-nona.html

    ReplyDelete
  4. betul2 setuju sis awabagiatw

    ReplyDelete