Jika di tanya pada pendapatku yang telah pernah berkerja dan kini menjadi surirumah sepenuh masa, terdapat beberapa kelebihan, kebaikan dan perbezaan yang amat ketara untuk situasi semasa masih berkerja dengan keadaan sekarang yang sudahpun bergelar sebagai surirumah sepenuh masa ini. Aku tahu dan amat sedar yang semua orang akan saling berasa cemburu dengan situasi orang lain. Sebagai contoh wanita yang berkerja akan berasa cemburu dengan surirumah yang boleh berada di kediaman sendiri setiap masa manakala para surirumah pula akan berasa cemburu terhadap wanita berkerja yang boleh pakai cantik dan melaram untuk keluar berjumpa orang ramai selalu.

Walaubagaimanapun, kita harus ingat yang Allah SWT itu maha pemurah dan telah mempunyai perancangan bagaimana untuk memberi rezeki pada kita semua secara adil dan saksama. Mungkin apa yang kita rasa terkurang itu sebenarnya satu kelebihan di mata orang lain dan begitu juga sebaliknya.



Di sini aku senaraikan beberapa kebaikan untuk wanita yang berkerja dan beberapa kelebihan untuk wanita yang bergelar surirumah sepenuh masa. Semoga dengan adanya senarai ini dapatlah membuka sedikit minda kaum suami di luar sana supaya dapat lebih menghargai isteri masing-masing.

KELEBIHAN WANITA YANG BERKERJA


1. Mempunyai gaji yang akan turut menjadi wang saku sendiri untuk membeli apa saja yang di kehendaki oleh dirinya.

2. Boleh membantu suami untuk menambahkan pendapatan keluarga setiap bulan

3. Boleh meringankan beban di bahu suami dengan menjelaskan bil-bil semasa

4. Sentiasa tampak cantik setiap pagi saat hendak pergi berkerja

5. Akan lebih menjaga penampilan diri kerana mampu untuk ke spa dan membeli produk kesihatan walau harganya mahal

6. Lebih pandai bergaya dengan pelbagai jenis koleksi beg tangan dan kasut bersesuaian dengan jenis kerja masing-masing

7. Boleh menghantar wang belanja pada ibu dan ayahnya di kampung dengan mudah

8. Dapat ambil hati ahli keluarga mertua dengan membeli pelbagai hadiah bila punya wang lebih

9. Mampu menabung setiap bulan untuk makan angin bersama keluarga tika cuti hujung tahun

10. Dapur sentiasa bersih kerana jarang memasak. Haha....


KEBAIKAN WANITA SURIRUMAH SEPENUH MASA


1. Lebih banyak menghabiskan masa di rumah dari di luar rumah

2. Punya lebih masa untuk mengemas rumah setiap hari

3. Boleh menjadi driver untuk menghantar dan menjemput anak-anak dari sekolah

4. Berpotensi untuk menjadi guru mengaji pada anak-anak setiap petang atau malam

5. Mampu untuk masak makanan yang sedap-sedap tiap hari

6. Sambut suami tiap petang bila suami pulang dari berkerja

7. Boleh menyusu anak sepenuhnya dengan susu ibu secara langsung

8. Dapat menerima ahli keluarga yang berkunjung pada bila-bila masa

9. Emosi lebih stabil kerana tidak di pengaruhi oleh tekanan kerja 

10. Berpeluang untuk menjana income sampingan dari rumah secara online


Tidak kira berkerja atau surirumah sepenuh masa, masing-masing ada kelebihan yang tersendiri namun para suami haruslah ingat akan satu perkara iaitu:

" walau si isteri itu berkerja sekalipun namun para suami masih wajib memberi nafkah zahir kerana gaji hasil pendapatan isteri itu adalah haknya sendiri. Isteri yang berkerja dan punya gaji bukan bermakna suami boleh lepas tangan dari memberinya nafkah. "

Manakala isteri yang berkerja itu pula janganlah terlalu angkuh sehingga tidak mahu membantu meringankan beban suami di dalam memenuhi kehendak keluarga. Sesungguhnya, pahala untuk seorang isteri yang boleh membantu meringankan beban suaminya adalah tersangat besar.

Walau apa saja jawatan yang di pegang, samada berkerja atau surirumah saja sepenuh masa namun apa yang lebih penting adalah semoga ikatan suami isteri yang telah di bina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Ameen....