Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MENJENGUK KE HOTEL PUTRA BRASMANA KUALA PERLIS

Selepas penat berjalan seharian akhirnya tiba masa untuk checkin. Untuk malam ke dua di Perlis aku buat keputusan untuk tidur di rumah keluargaku saja manakala untuk Sis Gee dan Mek Yuni aku hantarkan mereka sehingga ke lobi hotel Putra Brasmana yang terletak di Kuala Perlis.


Actually, keputusan untuk menginap di Putra Brasmana ni sama sekali tidak diketahui oleh Sis Gee dan Mek Yuni and families.... plan untuk mereka menginap di situ adalah ideaku sendiri sebagai kejutan untuk mereka semua. Untuk menjayakan lagi rancangan ini kami ditemani oleh Kak Sheila yang sudi datang sekali lagi dari Changlun. Disebabkan Kak Sheila tidak akan menginap di situ maka aku terlebih dahulu telah memberitahu Kak Sheila tentang perkara ini. Suamiku dan suami Kak Sheila ikut tahu dan tumpang bersekongkol supaya mereka yang lain tidak boleh menghidu akan hal ini sama sekali.

Tibanya kami di Putra Brasmana di sambut oleh cuaca petang yang agak redup. Sebelum tiba ke hotel kami melalui jalan tepian pantai yang sibuk dengan ramai pengunjung. Ada yang sekadar santai di tepi laut dan ada juga yang menjamu selera di gerai kecil sepanjang jalan pantai. Selain dari itu kelihatan juga aktiviti bermain layang-layang. Kereta kuda turut terdapat di kawasan Kuala Perlis ini. Pendekata kawasan pantai di Kuala Perlis memang sangat-sangat happening.

kereta kuda di Kuala Perlis - sumber google
Sebaik saja meletakkan kereta kami semua berjalan menuju ke lobi hotel. Mek Yuni sempat bertanya, "untuk apa kita ke sini?" jawapan aku mudah saja.... "Kita datang nak minum petang!". Tapi aku perasan raut wajah diaorang semua macam pelik dan susah nak terima apa yang aku jawab. Mungkin diaorang dah boleh hidu aku punya agenda tambahan pula aku ni memang agak terkenal dengan sikap suka membuat kejutan di kalangan para blogger yang lain.

Sebaik saja masuk, baru aku maklumkan yang aku sudahpun menempak dua buah bilik di situ untuk Mek Yuni dan Sis Gee. Terlopong juga pada mulanya tapi aku tahu diaorang happy. Makin happy sebab hotel Putra Brasmana ni betul-betul berada berhadapan dengan laut dan sangat hampir dengan jeti Kuala Perlis. Dari dalam bilik hotel boleh di lihat suasana keliling yang cantik dengan udara yang nyaman. Hmmm nyesal pulak tak ikut tidur situ.. hahaha.

Pemandangan senja di pantai sekitar Kuala Perlis

Ini pula rupa bilik yang telah di huni oleh Sis Gee dan Mek Yuni pada hari tersebut bersama keluarga mereka masing-masing.


Terdapat ENAM pilihan bilik yang terdapat di situ...

1. Standard ( Town View )
*** 2 single beds or 1 double bed.
2. Standard ( Sea View )
*** 2 single beds or 1 double bed.
3. Deluxe ( Town View )
*** 2 single beds or 1 double bed.
4. King Deluxe ( Sea View )
*** 1 king bed.
5. King Deluxe ( Town View )
*** 1 king bed.
6. Family 
*** 1 single bed and 1 double bed

Kemudahan-kemudahan yang telah di sediakan di hotel Putra Brasmana ini adalah di semua bilik ada penghawa dingin, ada Coffee and tea makers, percuma air mineral, Ironing facilities, Mini bar, Peti sejuk, Siaran TV astro, Telefon dan Toilettaries.

Terdapat juga kemudahan lain di luar bilik  iaitu Tempat parking kereta, Perkhidmatan dobi, tempat merokok, restoran, Wifi dan juga Lift. Apa yang lebih menyeronokkan, pada penghuni yang berhajat untuk ke Langkawi, ualls boleh tinggalkan kereta di ruangan parkir kereta hotel selama mana ualls berada di Langkawi hanya dengan bayaran RM10 saja sehari. Harga parkir murah dan kereta juga akan lebih selamat di bawah bantaun pemantauan hotel. Bagus kan?
ruang parkir  yang luas di belakang hotel
Kelebihan menginap di sini adalah ualls juga boleh menikmati makan malam dengan mudah di deretan kedai makanan laut atau lebih di kenali sebagai medan ikan bakar. Ini kerana hotel Putra Brasmana ini terletak betul-betul di hadapan medan ikan bakar tersebut. Antara kedai makan yang paling aku suka di situ adalah SHAR'NIS. Ualls juga boleh mengunjungi masjid terapung yang sememangnya amat terkenal di Perlis.


Selain daripada itu, untuk setiap penghuni hotel akan di berikan juga sarapan untuk 2pax. Jadi, sebelum checkout samada untuk ke Langkawi atau sebagainya ualls boleh bersarapan dulu di ruang makan hotel dengan kenyag sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. 


Apabila ku tanya tentang hotel tersebut pada Mek Yuni dan Sis Gee kata mereka hotel tu memang best dan layanan juga sangat-sangat ramah dan okay. Untuk review yang sepenuhnya dari mereka berdua, ualls boleh baca di blog Sis Gee dan Mek Yuni. Pada yang berminat untuk menginap di sini bolehlah hubungi pihak Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis di:

PHONE : 04 - 985 5900
#PutraBrasmanaHotel
#PutraBrasmanaHotelKualaPerlis


1 comment for "MENJENGUK KE HOTEL PUTRA BRASMANA KUALA PERLIS"