Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TRIP PANTAI TIMUR KE UTARA MAC 2018 - PART 1

Assalamualaikum ualls...

Alhamdulillah, pada bulan ini ( MAC 2018 ) telah berjaya di adakan satu trip ringkas dari Pantai Timur ke Utara bersama ahli #teambpt #bloggerpantaitimur tersayang. Trip ini sebenarnya lebih kepada satu kebetulan kerana ianya terjadi apabila ada 2 (dua) orang rakan blogger lain yang ingin mengikutku pulang kampung nunnnn jauh di Utara Semenanjung. Mana lagi jika bukan Perlis Indera Kayangan dan dua orang blogger yang aku maksudkan di sini ialah Sis Gee dan Mek Yuni.

Pada mulanya kami bertiga bercadang untuk bertolak serentak pada hari Sabtu / 17 Mac 2018 namun rancangan itu tergendala di sebabnya Sis Gee perlu ke Penang terlebih dahulu manakala Mek Yuni pula perlu bertolak lebih lewat dari masa yang telah di rancangkan pada pagi tersebut. Akhirnya kami tiga membuat keputusan untuk bertolak mengikut masa dan kesesuaian masing-masing saja. Apa yang lebih penting dapat berkumpul di bumi Indera Kayangan pada petang hari tersebut. Maka bermulalah perjalananku bersama keluarga dari Kelantan ke Perlis.

Setiap kali akan travel, daku dah pack barang selewat-lewatnya sehari lebih awal kemudian daku akan tidur sepuas-puasnya sebab daku akan turut drive setiap kali travel ke mana-mana. Bertuahnya aku ni adalah apabila suami akan bangun awal dan bantu siapkan bekal, kemas rumah, kemas dapur dan check keadaan kereta sebelum bertolak jadinya hal yang lambat akan siap dengan cepat. Alhamdulillah...


Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak ramai, aku lebih suka membawa makanan secara terus dari rumah untuk perjalanan yang jauh sebegini. Bagi aku cara ini lebih memudahkan kerja kerana aku bebas untuk berhenti pada bila-bila masa  jika anak-anak lapar. Dalam waktu yang sama, aku juga tidak perlu buang masa mencari tempat makan yang sesuai. Kelebihan lain semestinya lebih menjimatkan wang poket dan dapat makan makanan yang semestinya bersih kerana di masak  dan di bawa sendiri dari rumah. Kali ini aku membawa bekal bihun goreng saja berserta dengan air masak dan teh o yang masih panas di dalam termos. Tak di lupakan pinggan kertas dan juga sudu plastik. Bab pinggan elok bawa yang kertas untuk memudahkan lagi kerja dan menjimatkan ruang bonet kereta.

Daku sekeluarga bertolak pada jam 7pagi sebaik saja selesai menunaikan fardhu Subuh. Perjalanan kami dalam kereta biasa je dan kami drive hanya dengan kelajuan sederhana. Bak kata orang biar lambat asal sampai, jangan cepat tapi tak sampai. Lagipun kami memang dah agak selalu trip dari Kelantan ke Perlis ni.


Untuk hindari anak-anak boring di dalam kereta daku dah siapkan sedikit jajan untuk di makan. Selain daripada itu CD untuk mereka tonton. Apa yang paling penting daku tak benarkan anak-anak lihat pemandangan luar dari sisi kiri kanan kereta, nak tengok pemandangan luar mesti dari cermin utama depan jika lihat dari tepi alamatnya akan bergilirlah anak-anak ku muntah di dalam kereta nanti.

Inilah dia lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan. Lebuhraya ini sudah 36 tahun di buka kepada lalu lintas.  
Dari Kelantan ke Gerik
Bagi kebanyakan kita, lebuh raya sepanjang 125 kilometer yang beroperasi mulai Julai 1982 ini hanyalah sekadar laluan yang memendekkan perjalanan dari Utara ke pantai Timur, khususnya Kelantan. Tetapi lebih daripada itu, ia adalah lambang kegigihan dan pengorbanan generasi dahulu untuk keselesaan generasi masa kini dan akan datang. Pembinaannya diwarnai dengan air mata, penderitaan, kesusahan dan cabaran dengan pengganas komunis sentiasa memberi ancaman.

Ternyata, jalan ini ada banyak kenangannya... baca SINI

Sepanjang melalui jalan ini sejak dulu alhamdulillah aku belum pernah terlibat dengan apa-apa kemalangan di sini tetapi aku telah pernah menyaksikan beberapa kejadian. Kejadian pertama adalah apabila terserempak dengan sekumpulan gajah liar. Secara automatik kami perlu hentikan kenderaan dan duduk diam di dalam kereta. Lampu juga di padamkan. Takut.... takut sangat-sangat tetapi sudah itu kawasan penempatannya dan jika kita sudah sedia berjaga-jaga serta tahu apa yang perlu di lakukan, InshaAllah tidak akan ada kejadian lain yang tidak diingini akan berlaku.

Aku juga pernah tersadai di atas jalan selama empat hingga lima jam kerana jalan tersebut tertutup akibat sebuah traler panjang yang terbalik merintangi jalan. Akibatnya jalan untuk ke dua-dua arah tertutup dan duduklah aku dan keluarga di dalam kereta menanti semuanya selesai. Kami dapat bergerak semula pada jam 1pagi kalau tak silap. Takut sangat masa tu sebabnya sudah tengahmalam tapi masih di tengah jalan di kawasan hutan namun mujurlah ada ramai orang. Sambil menunggu semuanya selesai suamiku sempat berbual dengan pemandu treler dan lori panjang. Kata mereka, jika ternampak ada kereta peronda polis menaiki kawasan ini bermakna ada sesuatu kejadian seperti kemalangan jalanraya dan segeralah bawa kereta dengan lebih perlahan dan berhati-hati.

Sebenarnya, ketika berada di dalam perjalanan ini ada beberapa kawasan hentian rehat dan salah satunya adalah puncak Titiwangsa.

HENTIAN BANJARAN TITIWANGSA

Selalunya kawasan hentian banjaran Titiwangsa ini aku hanya singgah sekadar untuk mengambil gambar saja. Hentian tersebut selalu sangat ramai orang hingga membuatkan aku berasa kurang selesa. Kerana itu, aku sekeluarga lebih selesa untuk berhenti rehat di kawasan Hentian Perah saja.

HENTIAN PERAH

Di sini turut ada medan selera yang menyajikan makanan melayu tempatan. Di situ juga telah di sediakan beberapa wakaf untuk dijadikan tempat berehat dan juga tandas serta surau. Tandasnya juga bersih dan memuaskan. Jika ada anak kecil yang meragam boleh juga di pujuk dengan beberapa mainan seperti gelongsor dan buaian buat meredakan amukan mereka yang dah tahap bosan melampau tu. Gerai menjual makanan ringan dan buah-buahan juga ada.


Seteleh selesai menjamu selera dengan bekalan bihun goreng yang di bawa, aku sekeluarga teruskan lagi perjalanan kami. Dari Kelantan ke Grik kemudian ke Baling dan akhirnya aku dan suami ambil laluan melalui Lebuhraya PLUS untuk perjalanan yang lebih selesa sehingga ke Indera Kayangan. Aku juga sudah berjanji untuk bertemu dengan Sis Gee di kawasan R&R Gurun pada sekitar jam 2 petang. Selepas rehat sekejap lepaskan lelah dan lenguh kat pinggang ni, kami semua bergerak serentak meneruskan perjalanan ke Perlis.


Hentian pertama kami setelah tiba di Perlis adalah ARAU Bandar Di Raja. Arau di gelar sebagai bandar di raja kerana di sinilah terletaknya istana utama dan kedudukannya yang betul-betul di jalan utama membolehkan semua orang melihatnya. Di istana ini juga turut terdapat muzium (Galeri Di Raja) cuma untuk memasukinya kita perlu memohon persetujuan daripada pihak berwajib sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal daripada tarikh lawatan kerana muzium ini tidak di buka untuk tontonan awam sewenang-wenangnya. Aku memang berhajat untuk memasukinya malangnya masa untuk trip kali ini agak terhad, tak mengapalah InshaAllah next trip aku akan hubungi pihak yang berwajib ini semula untuk memasukinya.


Kami berhenti di Arau disebabkan, pada hari tersebut kami ada jemputan kenduri dari kenalan keluargaku. Disebabkan kami sampai sudah melepasi waktu kemuncak makan tengahari maka tidak ada ramai sangatlah tetamu masa tu tetapi yang bestnya, makanan masih banyak untuk kami jamu selera beramai-ramai. Alhamdulillah, kenyang perut mata cerah. Penat yang ada kat badan mula hilang.
makan kenduri di Arau bersama Sis Gee

Untuk tempat penginapan, Kami sudah membuat tempahan penginapan lebih awal jadi kami tak perlu lagi bersusah payah memikirkan di manakah tempat yang sesuai untuk kami semua menginap pada malam tersebut. Nak tahu di mana kami stay pada malam pertama di Perlis?

SAMBUNG BACA DI SINI............




5 comments for "TRIP PANTAI TIMUR KE UTARA MAC 2018 - PART 1"

  1. Wahh.. seronoknya dapat bercuti bersama2 blogger meriah tu.. hm.. dilah tak pernah lagi lebuhraya timur-barat tu sis awa.. dengar citer macam2 jugak kat situ kan..

    ReplyDelete
  2. wah.....seronoknya awa jenjalan...kak lin tak pernah lagi ke perlis..

    ReplyDelete
  3. jeles tengok x ajak kita pun hahahah :P

    ReplyDelete
  4. seronoknyaa dapat jenjalan ngn geng BPT kan :)

    ReplyDelete