Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

APPLECRUMBY DIAPER - NIPIS, LEMBUT DAN SELAMAT UNTUK BAYI

Hari ini aku dapat mencuba satu lagi lampin pakai buang yang ada di jual di dalam pasaran tempatan untuk Kasih. Jenama lampin pakai buang ini adalah APPLECRUMBY.

First impression aku terhadap lampin Applecrumby ni adalah exclusive. Hanya dengan warna tema putih hitam telah mampu membuatkannya nampak sangat special tak seperti lampin jenama lain yang menggunakan warna terang berwarna warni... logo kuda kayu mainan membuatkan rupa Appecrumby ni nampak lebih special dan mewah.

Bila aku beri pada Kasih, terus bulat biji mata Kasih perhatikan lampin barunya tu. Sukalah tuuuuu..... 

"Wah.... ada lampin baru untuk Kasih ya? Cantiknya...."
Aku dan Kasih sama-sama cuba mencari apakah kelebihan lampin Applecrumby ni.  Yang pasti lampin ni memang nipissss giler!!

Sudahlah nipis, ringan pula tu.  Dalam kepala otak aku dah risau sangat-sangat takut kalau-kalau mudah bocor bila Kasih pakai nanti.. Berbaloi ke tak ni?  Yelah, harga untuk lampin jenama Applecrumby ni boleh tahan okay..

Kasih tengah check lampin Applecrumby miliknya...
Tapi apa yang membuatkan aku sedikit teruja adalah kerana ianya sangat-sangat lembut! Ultra soft betul ualls... lembut seperti kapas! Kalau tak percaya tengok gelagat Kasih tu. Syoknya dia peluk.

"Kasih oiii... tu bukannya mainan okay.. tu lampin untuk shee shee ngan poo poo la sayang.. huhu"

" Mama... lembutnya.. tolong pakaikan kat Kasih boleh? "
Sebab utama aku berminat untuk mencuba produk Applecrumby ni adalah pada bahan utama dan cara pembuatannya. Kalau ualls nak tahu, produk Applecrumby amat menitikberatkan isu keselamatan bayi supaya kesihatan mereka sentiasa terjaga. 

NO HARSH CHEMICALS - Itulah janji daripada pihak Applecrumby untuk tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang tidak sepatutnya semasa pembuatan lampin ini di buat supaya kesihatan bayi lebih terjaga. Bahkan tidak ada juga pewangi, klorin, getah dan lain-lain bahan yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada si comel.

"Bukan hanya selesa tapi selamat juga...sayangnya mama pada Kasih.."
Tak nak tunggu lama-lama, aku terus pakaikan Kasih dengan lampin daripada Applecrumby ni. Apabila sudah pakaikan pada Kasih aku dapat mencari kelebihan lain yang ada pada lampin ini. 



Antara kelebihan tersebut adalah:
  • Bahagian dalam yang sangat lembut dan selesa 
  • Nipis dan tidak panas
  • Pinggang yang elastik
  • Pelekat yang kuat walau di pakai tanggal berkali-kali
  • Size yang sangat padan
  • Bahagian paha tutup sepenuhnya
TINGGI!! Dalam erti kata lain tidak mudah bocor hingga ke bahagian atas jika baby poo poo
Sekarang ni Kasih dah mula meniarap jadi kerana itu aku amat mahukan lampin yang sesuai untuknya lebih mudah bergerak. Yang paling penting perlulah mudah serap dan boleh memastikan Kasih berasa kering sepanjang hari.

Sangat-sangat lembut dan elastik. Sama sekali tidak menyakitkan baby
Selepas seharian Kasih menggunakan lampin Applecrumby ini, terus-terang aku benar-benar telah jatuh cinta pandang pertama. Sudahlah selamat tanpa ada sebarang bahan terlarang, bahkan sangat-sangat berkuasa untuk menyerap bagi memastikan Kasih selesa sepanjang hari. Jika lampin yang sebelum ni aku dah kena tukar beberapa keping tapi tidak dengan Applecrumby ni.



Malamnya Kasih dapat tidur dengan lena hingga ke pagi tanpa mudah terjaga lagi. Aku yang kat sebelah ikut seronok kerana dapat tidur dengan lebih nyenyak bersama Kasih. Bangun pagi pun Kasih tak merengek. Yahooo... suka suka suka. =D

Puashati mama dapat lihat Kasih tidur nyenyak sepanjang malam

Pada yang berminat untuk dapatkan lampin pakai buang jenama Applecrumby ini , ualls jangan risau kerana pihak Appecrumby sentiasa memberikan diskaun dari masa ke semasa. Untuk pengetahuan lanjut, ualls boleh terus hubungi pihak Applecrumby melalui info yang tertara di penghujung entry ini..
1 pack - 24 pieces , 36 pieces, 42 pieces (bergantung pada size)

SELAIN DARIPADA DIAPER, TURUT ADA PELBAGAI LAGI PRODUK YANG LAIN... APA TUNGGU LAGI? JOM CUBA HARI INI....


hotline : 03-6140 8808


3 comments for "APPLECRUMBY DIAPER - NIPIS, LEMBUT DAN SELAMAT UNTUK BAYI"

  1. Comelnya Kasih.
    Brand baru ya time Mrs. A belum ada lagi ni hahaha...

    ReplyDelete
  2. Saya pun mula² bli trial pack..lepas tu terus bli bundle..mmg suka sgt material dia..dan tak bocor..

    ReplyDelete