MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

Jejak Kasih Di Tadika Islam Al-Islahiah

Kepulangan aku ke Perlis tempohari bukan ketika cuti sekolah. Kepulangan tersebut adalah untuk melihat kondisi ayah keduaku yang kurang sihat kerana di serang stroke secara tiba-tiba.

Kepulangan ketika hari persekolahan sebegini telah memberi peluang untuk aku bertemu kembali dengan kenalan lama yang sudah bertahun-tahun tidak ketemu. Antara banyak kenalan, aku cukup rindu untuk bertemu dengan Ustazah Rosmina yang merupakan salah seorang pengajar di Tadika Islam Al-Islahiah . Jika ualls nak tahu, di tadika itulah anak sulungku mendapat pendidikan pertamanya hampir 10 tahun yang lalu.



Menjejakkan kaki ke daerah Simpang Ampat, Perlis membuatkan aku terkenang arwah ayah dan juga arwah ustaz Haron Din. Di sinilah ke dua-duanya di lahirkan dan di besarkan. Malah, di sini jugalah ke dua-duanya sering bertemu setiap kali arwah Ustaz Haron pulang ke kampung halamannya ini.

Bahkan, di sebelah tadika Islam itu jugalah arwah ayahku disemadikan. Maka tidak hairanlah kenapa Tadika Islam Al-Islahiah ini sentiasa tersemat di hati. Pelbagai suka duka ada di sini. Seperkara lagi tidak aku lupakan adalah pada arwah Ustazah Salwa yang juga pernah mendidik anak sulungku ini bersama Ustazah Rosmina suatu ketika dulu. Ketegasan dan jasa baik Ustazah Rosmina dan arwah Ustazah Salwa amat-amat aku hargai sehingga ke hari ini.

Aku tiba di situ sebagai sebuah kejutan. Sangkaan aku, besar kemungkinan guru-guru di situ sudah tidak cam lagi siapa aku namun ternyata sangkaan aku itu benar-benar meleset. Alhamdulillah mereka masih boleh ingat siapa aku bahkan saat bertentang mata tanpa sedar airmata kami mulai tumpah terutama sekali Ustazah Rosmina. Pertemuan kami berdua benar-benar mengamit semula kenangan lama ketika aku pernah menetap di situ suatu ketika dulu.

Gambar anak-anak ketika Tadika yang terpamer di dinding rumahku sekarang ini sebagai kenangan

Pertemuan selepas hampir 10 tahun semestinya amat mengharukan. Jika dulu anakku ini masih kecil dan belum mengenal apa itu ABC dan 123 namun kini anakku ini kembali berdepan dengan gurunya dalam keadaan usia remaja. Bahkan, anakku ini lebih tinggi dari gurunya sekarang. Hmmm betapa cepatnya masa yang berlalu. =(

Ustazah Mina bersama anak sulungku, Ariff
Ualls masih ingat lagi tak siapa guru tadika dulu? Atau,.... mungkinkah masih lagi bertanya khabar maybe? Untuk aku ni, ya aku masih ingat lagi siapa guru tadika ku dulu, namanya Cikgu Halimaton atau lebih mudah di panggil dengan nama Cikgu Maton. Gambar ketika aku masih di tadika dulu juga masih elok tersimpan di dalam album lama di rumah ibu sebagai salah satu kenangan terindah =D


4 comments:

  1. Mek lupa dh sape cikgu tadika mek. Tp kalau ckgu skolah rendah tu memang kenal. Kalau jumpa memang tgor. Dn diaorang pun almost mengingati mek. Tk yah teka kenapa diaorang ingat dan cam mek. Hahaha

    ReplyDelete
  2. dah lupa nama cikgu tadika..tapi pembantu tadika tu sampai sekarang kalau jumpa masih cam. Hehe.

    ReplyDelete
  3. cikgu tadika akak namanya cikgu faridah :)

    ReplyDelete
  4. wawa ingat lagi cikgu tadika, tapi malu nak jumpa.. hihi

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY