Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

KISAH PENUH - AYAM RENDANG TAK RANGUP PUNCA TERSINGKIR DARI MASTERCHEF UK

RENDANG! Sejenis masakan yang menjadi sajian istimewa untuk masyarakat Melayu baik dari Malaysia mahupun Asia. Makin membuatkan aku berbangga adalah apabila terdapatnya seorang peserta Masterchef UK yang berasal dari Malaysia iaitu Puan Zaleha Kadir Olpin.

Pada peringkat kalah mati suku akhir, para peserta di minta untuk memasak hidangan yang paling bermakna untuk diri sendiri dan dek kerana itu Puan Zaleha yang berasal dari Pahang ini memilih untuk memasak Nasi Lemak bersama Rendang Ayam yang merupakan makanan kegemaran beliau semasa kecil.
 

Semasa proses penilaian terdapat salah faham yang besar di mana pihak juri sama sekali tidak kenal apa itu rendang dan semestinya mereka masih samakan dengan cara masakan mereka seperti chicken chop yang menyediakan bahan utama berasingan dengan sos tidak seperti kita yang menyediakan rendang secara di masak bersama. Ke dua-dua juri yang di maksudkan di sini adalah John Torode dan juga Gregg Wallace.

John Torode dan juga Gregg Wallace mengatakan yang masakan rendang Puan Zaleha bagus dari segi rasa kuahnya namun ia tidak patut di hidang bersama nasi. Apa yang lebih menggeramkan ianya perlu di masak dengan rangup bukannya dengan keadaan 'basah' seperti sekarang dan dengan adanya kuah yang banyak pada kulit itu menyebabkan makanan tersebut tidak boleh di makan. Puan Zaleha yang merupakan bekas akauntan Petronas ini tetap berkeras bahawa dia akan tetap memasak dengan cara yang di ajar oleh ibunya.


Tidak senang duduk dengan pendapat John mengenai 'rendang crispy' tersebut telah membuatkan rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei mengamuk dan sama-sama bersatu hati untuk mempertahankan masakan asli masyarakat melayu ini.

Masing-masing mempertikaikan bagaimana dua orang chef yang di anggap bertaraf antarabangsa boleh tidak tahu tentang rendang dan cuba mempertikaikannya dengan mengatakan yang ianya perlu di masak dengan lebih sempurna seperti mempunyai kulit yang lebih rangup, lebih rasa dan sebagainya. Mana boleh mereka memberi pendapat secara outspoken seperti itu apabila ianya melibatkan makanan tradisional sesuatu kaum.

Tambahan pula John Torode telah pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2015 untuk sebuah rancangannya yang di beri nama John Torode's Malaysian Adventure di mana ia mencari dan mencuba masakan-masakan yang sinonim dengan Malaysia namun ternyata John sama masih belum kenal 'rupa' Malaysia.



Isu ini turut mendapat perhatian masyarakat dunia yang lain teruatama yang pernah datang ke Malaysia dan pernah mencuba rendang. Apa yang lebih mengejutkan masyarakat Barat yang telah pernah berkunjung ke Malaysia sebelum ini turut memuatnaik video untuk membidas semula kenyatan ke dua-dua orang chef terkenal terbabit kerana sama sekali tidak tahu tentang sajian utama Asia yang amat terkenal ini.


Apa yang menyedihkan Puan Zaleha Kadir Olpin telah tersingkir hanya kerana ini. Huhuhu.....



12 comments for "KISAH PENUH - AYAM RENDANG TAK RANGUP PUNCA TERSINGKIR DARI MASTERCHEF UK"

  1. mmang trending isu ni kan..tapi pandai pulak dia psing citer yg bukan crispy tp ayam tak masak

    ReplyDelete
  2. o... rupanya rendang crispy i pasal ni, aduih... mmg la akak tak tahu....

    ReplyDelete
  3. Sedap ka.. tengah viral kan sekarang

    ReplyDelete
  4. geram juga pasal ni. lagi2 john torode tu angkuh dan tak nak mengaku bersalah meskipun netizen dah banyak menegurnya di twitter.

    ReplyDelete
  5. Viral sangat tentang rendang crispy ni, baru tahu cerita sebenar hehe

    ReplyDelete
  6. Hmmm..memang dia xtau apa itu rendang sebenarnya tu

    ReplyDelete
  7. Dah tengok kat youtube pasal ayam rendang tak crispy ni. Mengarut betul chef tu komen.

    ReplyDelete
  8. rakyat nusantara bersatu padu demi rendang..haha

    ReplyDelete
  9. The power of rendang ayam aka masakan traditional asia mampu membuatkan negara-negara asia yang lain bersatu hati menbidas the so call chef juri profesional.

    ReplyDelete