Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LHDNM TERUS LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Pada 25 April 2018 yang lalu, daku telah nekad untuk meluangkan sedikit dari masa kami untuk mengikuti sebuah program Tanggungjawab Sosial anjuran pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang bertempat di Pantai Rhu 10, Setiu Terengganu.



Program Tanggungjawab Sosial (SR) LHDNM tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hanafi Iberahim selaku Penghulu Kanan Daerah Setiu. Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Tuan Hj. Ngah Bidin, Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Hj. Badrulhisham Hj. Shafie, Penolong Pegawai Tadbir Majlis Daerah Setiu, Puan Rozina Shaik Osman Merican, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM, Puan, Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu.

Dari kiri: Encik Muhammad Hanafi Iberahim, Penghulu Kanan Daerah Setiu (dua dari kiri), Datuk Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM (satu dari kiri), Puan Zalina Chik, Pengarah LHDNM Cawangan Kuala Terengganu (dua dari kanan), Encik Mohamad Rosli Mamat, Timbalan Pengarah Cawangan LHDNM Kuala Terengganu (satu dari kanan) semasa merasmikan Program Tanggungjawab Sosial LHDNM Bil 6/2018.


Turut hadie bersama ke program terbabit adalah pegawai-pegawai Kanan LHDNM dan para guru serta pelajar dari beberapa buah sekolah.
Antara barisan tetamu yang hadir 
Tujuan utama kehadiran kami ke situ sebenarnya adalah untuk mendapatkan maklumat yang secukupnya berkaitan LHDNM secara terus dari mereka. Tambahan pula di dalam fikiranku selama ini hanya tahu beranggapan bahawa pihak LHDNM ini hanya ingin mengutip cukai saja semata-mata tanpa aku sedar apakah sebenarnya tugas dan kepentingan mereka terhadap masyarakat setempat.

Setelah mendengar ucapan ringkas berkaitan LHDNM oleh Datuk Noor Azian Abdul Hamid yang juga merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM itu sendiri, kami berasa amat berpuashati.


Datuk Noor Azian dalam ucapan beliau berkata “Program SR LHDNM pada hari ini merupakan bukti bahawa LHDNM komited dan tidak pernah jemu untuk berkongsi manfaat cukai kepada masyarakat serta berusaha meningkatkan kesedaran cukai dalam kalangan rakyat menerusi pengedaran risalah percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan. Ini semua adalah untuk mengeratkan ukhwah serta mendekatkan diri dengan mayarakat dari masa ke semasa."

Kerana itulah Program Tanggungjawab Sosial ini dilaksanakan dan nampaknya memang tepatlah untuk kami hadir ke situ bagi mendapatkan info yang sepatutnya selain mengenali pihak LHDNM dengan lebih dekat dan mendalam.



Aktiviti program tanggungjawab sosial (Social Responsibility) ini diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan alat bantuan mengajar kepada lima buah sekolah terpilih dari daerah Setiu, Terengganu. Lima buah sekolah terbabit adalah :

  • 1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarek
  • 2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap
  • 3. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong
  • 4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera Jaya
  • 5. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong

Datuk Noor Azian dan pihak LDHNM khususnya mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Daerah Setiu ini sedikit sebanyak akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan fasiliti yang lebih selesa kepada para pelajar sekaligus dapat membantu sekolah untuk mencapai tahap akademik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.






.
Pihak LHDNM bergambar kenangan bersama para pengetua daripada lima buah sekolah yang terpilih
Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini sebanyak lima program tanggungjawab sosial telah berjaya dilaksanakan oleh LHDNM setakat ini bermula dengan Program Pembersihan Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, diikuti dengan Penyerahan Sumbangan Cermin Mata kepada 150 orang pelajar kurang berkemampuan di kawasan Bachok dan Tumpat, Kelantan, seterusnya penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 32 buah sekolah dalam Parlimen Jerlun, Kedah, penyerahan sumbangan Alat Bantuan Mengajar kepada 5 buah sekolah terpilih di Bukit Mertajam dan penyerahan sumbangan dua unit Alat Bantuan Mengajar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa Kuala Lumpur baru – baru ini.

Selesai upacara pemberian sumbangan, kami sempat berkunjung ke Kaunter Hasil 4U yang di buka khas bersempena dengan Program Tanggungjawab Sosial LHDNM untuk kali ke enam ini.  Di kaunter terbabit kami telah berjaya mendapat pelbagai info lengkap lain berkaitan LHDNM. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke program sebegini, anda boleh mendapatkan info-info yang berkaitan di lamanweb utama mereka di www.hasil.gov.my.


Akhir sekali, kami amat berpuashati dengan program Laksana Tanggungjawab Sosial ini dan semoga program sebegini dapat di teruskan lagi dari masa ke semasa supaya masyarakat mendapat info yang lebih tepat dan padat berkenaan LHDNM. Sememangnya program sebegini harus di beri pujian dan contoh oleh pihak lain. Tahniah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan jutaan terima kasih dari kami atas segala keprihatinan pihak LHDNM demi untuk memudahkan masyarakat.


INGAT CUKAI! INGAT #HASIL! INGAT LHDNM

Bersama Membangun Negara #HASIL
Manfaat Cukai Untuk Semua #HASIL
Cukai Memakmurkan Malaysia #HASIL



1 comment for "LHDNM TERUS LAKSANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL "

  1. Chaiyok bpt. Jgn lupa byr cukai bg yg kena. Muahahah

    ReplyDelete