MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

MAKSUD HADAS BESAR DAN CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Mandi Hadas atau Berhadas besar adalah wajib kerana hadas besar ini jika menurut istilah syarak bermakna kotoran yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Kotoran yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar ini di panggil juga sebagai maknawi. Sekiranya maknawi ini berada pada tubuh badan seseorang maka Allah SWT melarang kita daripada mengerjakan solat selagimana kotoran ini tidak di bersihkan. Kerana itu, jangan sesekali sengaja memperkecilkan soal hadas besar ini dengan sengaja melengah-lengahkan masa untuk mandi wajib bagi membersihkannya daripada seluruh tubuh badan kita.


Sebab Mengapa Terjadi Hadas Besar

  • HAID - keluar darah kotor setiap bulan bagi perempuan 
  • JIMAK - melakukan persetubuhan antara suami dan isteri walau tidak keluar air mani.
  • MANI - keluarnya air mani samada secara sengaja (bersetubuh) atau tidak sengaja (mimpi basah)
  • NIFAS - keluarnya darah nifas selepas melahirkan walau darah yang keluar itu hanya setitik.
  • WILADAH - melahirkan bayi tetapi tidak ada darah nifas yang keluar sama sekali.

Bagi yang musykil tentang Nifas dan Wiladah boleh baca penerangan yang lengkap >> DI SINI <<

Perkara Yang Tidak Dibenarkan Apabila Sedang Berhadas Besar

  • Tidak  dibenarkan solat sama sekali samada solat fardhu (wajib) mahupun solat sunat
  • Tidak dibenarkan mengerjakan tawaf samada fardhu mahupun sunat
  • Tidak dibenarkan menyentuh Al-Quran apatah lagi memegang dan membawanya
  • Tidak dibenarkan membaca Al-Quran
  • Tidak dibenarkan berpuasa samada fardhu (Ramadhan), sunat atau qadha bagi wanita yang sedang didatangi darah haid atau nifas
  • Tidak dibenarkan bersetubuh dengan isteri yang sedang didatangi haid dan nifas

Cara Untuk Membersihkan Diri Dari Hadas Besar Dengan Betul

1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram dengan air sebanyak 3 (tiga) kali dengan air.
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.


PANDUAN CARA MANDI PALING RINGKAS



Sama-sama kita belajar dan sama-sama kita praktikkan....


5 comments:

  1. Nice sharing awa. Walaupun dh blaja time skolah dlu tp kbnyakkan tidak d praktik so lupa.

    ReplyDelete
  2. thank you for the sharing.. :)

    ReplyDelete
  3. sgt details..thanks sis for sharing

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY