MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

MR GREY - Jom Tonton, Sinopsis dan Biodata Pelakon

Drama terbaru di slot Megadrama Astro Ria yang bertajuk Mr. Grey telah mula bersiaran sejak 9 April 2018. Drama ini merupakan adapatasi dari novel cinta yang telah di tulis oleh Syamnuriezmil dan merupakan drama terbitan Global Station Sdn Bhd yang diarahkan oleh  Riza baharudin. 

Pelakon yang menjayakan drama ini adalah Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Fauziah Ahmad Daud, Farah Nabilah dan lain-lain lagi.




Pada mulanya aku sendiri kurang berminat untuk tonton drama ini kerana gandingan pelakon utamanya yang aku kurang kenal. Terdetik kat hati, hmmmm macam tak best jer!! Tapi.... disebabkan terdapat banyaknya reaksi yang mengatakan bahawa drama ni awesome maka aku nekad untuk turut menonton drama ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam melalui saluran Astro Ria 104 dan HD 123.



Sinopsis Mr. Grey

Drama ini mengisahkan seorang jejaka iaitu Mr. Grey dan juga Nisa Ardina yang mengambil keputusan untuk berkahwin tetapi pernikahan mereka didatangi banyak dugaan. Perkahwinan mereka juga telah melukakan hati ibu Mr.Grey iaitu Datin Musalma yang menganggap Nisa sengaja ingin menggoda anaknya demi kekayaan. Perkahwinan itu juga turut mengecewakan hati Ilham yang telah menaruh hati terhadap Nisa sejak kecil lagi. 

Sayangnya Ilham terhadap Nisa tetap utuh meskipun gadis itu sudah bergelar isteri orang. Ilham yang penyayang dan amat memahami Nisa terus menerus cuba menjaga hati Nisa dan mengambil berat tentangnya walau hanya dari jauh. Kebaikan Ilham akhirnya membuatkan Nisa terfikir kenapa dia boleh memilih Mr.Grey dan bukannya Ilham yang sangat tahu bagaimana untuk menghargai dirinya itu.



Suatu hari, Mr.Grey nekad untuk menghilangkan diri dari Nisa untuk kembali kepada ibunya dan keadaan itu benar-benar membuatkan Nisa berasa patah hati. Adanya Ilham yang sentiasa setia di sisi Nisa telah membuatkan Nisa kembali bersemangat hingga akhirnya Nisa kembali berfikir semula samada mahu terus setia dengan Mr.Grey yang telah menghancurkan hatinya ataupun menerima Ilham yang senantiasa melayannya bagaikan seorang puteri.


BIODATA MR.GREY (FENDY BAKRI)


Nama Asal - Mohd Affandi Bin Nor Bakri
Nama Komersial - FENDY BAKRY / FENDI 
Tarih Lahir - 11 August 1988 (30 tahun)
Asal - Perlis Indera Kayangan, Malaysia

Kerjaya - Pelakon dan Associate Trainer Gymnasium Lotus LC Management - Kangar Perlis .
Status Hubungan - Bujang
Media Sosial : @FENDYBAKRY

Fendy Bakry mula muncul di dunia hiburan ini dengan menyertai peraduan Hero Remaja pada tahun 2012 dan antara peserta lain yang turut memasuki pertandingan itu bersama Fendi adalah Fattah Amin, 
Syafiq Kyle dan juga Saharul Ridzwan. Pertandingan tersebut di menangi oleh Fattah Amin. 

Fendi memulakan kerjaya lakonannya bersama Zeel Production dan apabila bercerita mengenai rakan seangkatannya iaitu Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan yang telah terlebih dahulu mengecap populariti mendadak berbanding diri sendiri yang masih mencari tapak kukuh, kata Fendi, dia tidak kisah dengan situasi tersebut sebaliknya terus berfikiran positif.  

"Tidak cemburu langsung pun.  Kami kalau berjumpa tetap berbual seperti biasa.  Lagipun saya anggap ini adalah rezeki masing-masing. Untuk diri saya sendiri, mungkin sebab saya belum dapat lagi slot yang popular yang boleh membuatkan orang betul-betul kenal dengan saya."

"Tak ada masalah, saya pun banyak yang perlu belajar lagi," katanya yang turut menyertai Persatuan Teater Negeri Perlis.

BIODATA NISA (EYRA HAZALI)


Nama Asal : Hazirah Qasdina binti Hazali
Nama Komersial : Eyra Hazali
Tarikh Lahir : 21 Februari 1999 
Asal : Kuala Lumpur
Kerjaya : Pelakon dan Model

Hazirah Qasdina Hazali atau lebih dikenali dengan sebagai Eyra Hazali (lahir 21 Februari 1999) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula berlakon semejak kecil lagi. Eyra juga pernah menerima anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010 menerusi telefilem Anak-Anak Lorong.

Bagi yang tidak punya masa untuk menonton secara langsung di kaca tv, ualls boleh lihat melalui di SINI..... 


3 comments:

  1. Macam best jer citer ni. Excited pulak baca sinopsis citer ni.

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tengok episode seterusnya

    ReplyDelete
  3. Orang kg awa rupanya mr grey. Mek tak tgk cite ni sbb biasanya jam 10 dh kroh kroh ..

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY