MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

JOM KENAL ATIN - SI PELAKON CILIK MAK CUN 4

Walau terdapat banyak nama besar di dalam drama Mak Cun untuk musim yang ke empat ini seperti Awie, Erra Fazira, Ziana Zain dan juga Aiman Tino namun mereka semua tu belum mampu untuk melawan 'permata' kecil molek yang baru nak bersinar.



Ya, mata dan hati aku sebenarnya lebih tertarik pada Atin, si pelakon cilik yang bagi aku sangat comel, keletah dan lucu. Loghat Kedah nya tu memang pure dan pekat bak ang sampaikan aku sendiri jadi rindu pada kampung halaman. 

Masa mula-mula menonton, firasat aku sangat kuat mengatakan yang si Atin ni memang anak jati Kedah kalau tidak mana mungkin untuk dia bercakap dengan loghat sebegitu sebabnya loghat percakapan yang Atin guna tu memang 'pekat dan dalam' yang agak susah untuk lidah negeri lain follow. Thats why aku jatuh hati tangkap lentok dengan watak Atin. Bukan setakat aku je malah suami juga. Tengok Mak Cun kali ni hanya kerana nak tunggu part Atin hahaha...

Atin bersama 'ibu' dan 'abang' nya (Atul & Atan)
Bagi yang belum kenal siapakah Atin ini, nama sebenarnya adalah Nur Khadra Syamimi atau lebih mesra di panggil Mimie dan beliau sememangnya memang anak jati Kedah Darul Aman. Mimie adalah model cilik dan kini sedang cuba dengan bakatnya di dalam bidang lakonan pula. 

Mimie bersama Erma dan ibu kandungnya

Insan pertama yang bertanggungjawab memperkenalkan 'Atin' ke dalam dunia lakonan adalah salah seorang pelakon drama tanahair yang bernama Azhan Rani dan Mimie sendiri memanggilnya dengan gelaran Pak Uda. Adakah Mimie ini anak sedara sebenar pada Azhan Rani? Wallahualam... bab tu daku tak tahu...

Mimie (Atin) with pak uda - Azhan Rani

SINOPSIS MAK CUN 4
Kali ini, Mak Cun mengumpul usahawan kampung seperti Miss Olio dan Rock untuk menjadi geng Mak Cun. Mak Cun semakin berjaya dengan business Mart dan online nya. Malangnya kejayaan Mak Cun tidak dapat dikongsi bersama Pak Akob kerana Cik Pah isteri Pak Akob yang begitu cemburu dengan Mak Cun sehingga tidak langsung membenarkan Pak Akob rapat dengan Mak Cun.

Dalam masa yang sama, Atin dan Atan, cucu Mak Cun yang berusia 7 tahun, mewarisi minat dalam perniagaan seperti Mak Cun. Atin bijak dalam matematik manakala Atan mahir dalam internet dan gajet. Perniagaan Mak Cun semakin viral dan maju dengan bantuan mereka.

Mak Cun mula memikirkan untuk memajukan kedai jahitnya itu kepada butik dengan bantuan Normah. Mak Cun terdengar misi ke New York Fashion Week dan dia berusaha untuk melebarkan empayar perniagaannya ke sana. Drama komedi popular ini bersiaran setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam di TV3 bermula pada 7 April 2018 .

Sama-sama kita tonton drama bersiri Mak Cun dan bagi yang berminat untuk terus kenal dengan 'Atin', boleh singgah ke akaun instagram beliau DI SINI


12 comments:

  1. MZ suka atin jugak.. comel ja.. bawak watak tu menjadi

    ReplyDelete
  2. betul tu sis,comel sangat si atin.sukaa dengar dia cakap..

    ReplyDelete
  3. hehehe
    memang comel dan adik bawang bila tengok dia dalam mokcun
    haha

    ReplyDelete
  4. Mek layan jugak. Tp jarang jarang. Cntik atin

    ReplyDelete
  5. Suka tengok budak dalam mak cun 4. Comel. Hehe

    ReplyDelete
  6. Atin comel sngat2 Dan berbakat dalam lakonan,memang suka betoi tgk dia belakon,hari3 ada mak cun mesti tak MISS TGK

    ReplyDelete
  7. Atin comel sangat2,berbakat dalam lakonan pulak Tu,comel...gila,Tak Miss aq tgk

    ReplyDelete
  8. Saya suka dgr lagu, tepuk tepung tepuk tepung gak ooii, jgn tukar channel lg, sat lg kita sambung, nak tgk apo jadi.

    ReplyDelete
  9. Saya suka dgr lagu, tepuk tepung tepuk tepung gak ooii, jgn tukar channel lg, sat lg kita sambung, nak tgk apo jadi.

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY