LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

NUR ISLAM

[Cahaya Islam][bsummary]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][twocolumns]

SNOW CRYSTAL BOLEH MEMBAIKI TONA KULIT - BETUL KE NI?

Hari ni nak share tentang SNOW CRYSTAL atau SC dari ELLDORA. Apa itu Snow Crystal? Ala janganlah buat-buat tanya, aku yakin ualls mesti pernah ternampak 'nama' ni kat mana-mana... baik melalui media social dan sebagainya cause produk ni memang dah menjadi bualan ramai. 

Mana tak ramai yang berbual tentang produk ni kalau dah ada yang mengaku dapat jadi makin cantik flawless dengan wajah berseri glowing. Yang paling ketara kulit makin cerah bukan hanya pada wajah je semata-mata tapi seluruh tubuh. Persoalannya, apakah semua ini benar atau auta? 

Inilah dia Snow Crystal daripada Elldora

Actually, aku ni bukanlah berhajat nak putih melepak bak minah Korea di tengah salji tu tapi... aku berminat sangat nak tahu tentang produk ni disebabkan oleh anak teruna sulungku yang dah 'gelap gelita' dek kerana terbakar dek panas. Anak sulung yang bernama Ariff ni dah berusia 15 tahun dan dia merupakan seorang yang aktif sukan di sekolah terutamanya dengan sukan bola tampar. 

Minat betul dia dengan sukan sampaikan hari-hari berjemur di bawah panas matahari pun dia sanggup.... yang rungsing siapa lagi kalau bukan mama dia nih! Haiii la anak... dari kulit sawo matang dah jadi macam arang! Kerana itulah aku amat-amat inginkan satu produk yang dapat membantu Ariff untuk memberinya tona warna kulit yang sedikit lebih cerah daripada sebelum ni.

SNOW CRYSTAL DI KATAKAN MAMPU UNTUK MASALAH TONA KULIT - YE KE NI?

Gelapnya Ariff ni hinggakan rakan-rakannya mengadu pada aku.... "aunty, adik-adik Ariff nampak putih tapi napa Ariff makin hitam?" Aku yang mendengar ni nak suka ada, nak nangis pun ada... aduhai anak oiiii... sebab jatuh kasihan pada dia yang asyik kena perli ni akhirnya aku nekad mendapatkan Snow Crystal daripada Elldora ni untuk Ariff. Mujur jugalah anak lelaki, kalau anak perempuan? Ops...

Inilah Ariff yang akan berjuang bersama Snow Crystal 

Tanpa tunggu lama-lama aku terus berhubung dengan wakil pihak Elldora. 
Aku nyatakan juga pada mereka apa masalah Ariff. Sebelum tu, aku sempat juga soal tanya itu ini dan ambil tahu apakah sebenarnya kelebihan yang ada ke atas produk SC ni. Well, nak guna mestilah kena ambil tahu dulu. Mana boleh redah macam tu saja kan? 

At least kita boleh buat pilihan terbaik samada produk ni bagus untuk di cuba ataupun tidak. Kuasa membeli kan kat tangan pengguna? Alhamdulillah, wakil daripada pihak Elldora ni memang awesome. Apa yang di tanya semua di jawab dengan terang dan padat. Kat sini aku kongsikan sekali semua info yang telah aku perolehi daripada mereka berkaitan dengan produk yang bernama Snow Crystal ni. 




Untuk pengetahuan ualls juga, Elldora adalah nama kepada pengasasnya dan slogan yang di bawa oleh pihak Miss Elldora ini adalah "Inspire Your Desire".

Elldora di asaskan pada tahun 2017 yang lalu produk-produk yang diasaskan sangat mementingkan hasil untuk para pengguna sesuai dengan slogan tersebut. Kerana itu Miss Elldora senantiasa melakukan penyelidikan dan kajian demi untuk membantu para pengguna di luarsana supaya boleh tampil berseri dengan kulit wajah yang lebih sihat dan cantik. Antara produk yang dikatakan terbaik daripada Miss Elldora sudah semestinya Snow Crystal ini.

Apakah kelebihan Snow Crystal?

Aku diberitahu yang Snow Crystal ni merupakan produk Premium keluaran Elldora yang dihasilkan dengan menggunakan sebanyak 22 bahan terpilih yang terbaik dengan mementingkan konsep semulajadi tanpa sebarang bahan yang terlarang.

22 bahan! Banyak giler...

Ia dihasilkan dalam bentuk tablet supaya mudah untuk di amalkan dengan rasanya yang cukup sedap. Aku sendiri dah rasa. Aku setuju memang betul-betul sedap! Yelah, macamana boleh tak sedap jika sudah berperisa laici campur strawberi. Masam masam manissss gitu.. bila kunyah seolah-olah sedang makan gula-gula jer. Sebab itulah produk ini sangat sesuai untuk semua golongan. Disebabkan rasanya yang sedap inilah aku terpaksa kawal si Ariff supaya dia tak habiskan semuanya hanya dalam masa sehari.

warna putih (laici) dan pink (strawberi)

Adakah Snow Crystal selamat untuk digunakan?

Sebagai seorang ibu memang kita perlu pantau apa yang di makan oleh anak-anak terutama untuk produk makanan tambahan seperti ini tapi aku jadi berani untuk beri Ariff cuba produk Snow Crystal daripada Miss Elldora ni kerana ia bukan hanya mementingkan soal halal malah ia juga mempunyai logo MeSTI. 


MeSTI ni membawa maksud Makanan Selamat Tanggungjawab Industri, maka dengan adanya logo ini terbuktilah yang pihak Miss Elldora telah keperluan kebersihan dan keselamatan makanan. Jadi, bolehlah kita makan produk Snow Crystal ni dengan yakin tanpa sebarang rasa was-was. Tambahan pula ianya memang buatan anak jati Malaysia jadi memang patutlah aku sokong dengan menjadi salah seorang pengguna produk tempatan.



Sebotol Snow Crystal ini mengandungi 60 biji yang harus di ambil sebanyak 2 hingga 3 tablet sehari. Untuk Ariff aku suruh dia makan 2 biji tablets sehari iaitu sebelum pergi ke sekolah dan sebelum tidur. Masa mula-mula suruh dia kunyah tu, Ariff tengok semacam je. Siap hidu dulu sebelum masuk ke dalam mulut. Tapi bila dah letak kat lidah, sengih sampai ke telinga! 

Agaknya masa awal tu dia sangka mamanya ni nak beri makan ubat yang tak sedap macam di beli dari farmasi tu kot.... almaklumlah, nama pun anak lelaki. Kalau anak perempuan bila di beritahu produk untuk putih begini rasa tak sedap pun akan sanggup di telan. Haha.


Demi untuk memastikan Ariff mendapat kesan yang sepatutnya, aku pastikan supaya dia amalkan tips-tips yang telah diberikan oleh pihak Elldora seperti kat bawah ni. Yang paling penting kena lebihkan minum air putih dan juga elakkan minuman bergas dan berkafein seperti kopi dan teh. 

Minuman berkafein ni sebenarnya memang patut di elakkan jika kita mahu makan apa-apa makanan tambahan terutamanya yang bersifat seperti vitamin. Ini kerana kafein ni boleh menghalang tubuh badan daripada menyerap semua kebaikan daripada makanan tambahan tu sepenuhnya. Jadi jika makan makanan tambahan lepas tu minum pula minuman yang berkafein memang bukan satu tabiat yang baik. Jangan sampai cara kita tak betul lepas tu nak salahkan produk tu tak okay. No! No! No!



Sementara memantau perkembangan Ariff, aku sempat juga melihat hasil daripada pengguna-pengguna yang lain. Makin hari semakin ramai pengguna yang memberi maklumbalas positif hinggakan aku sendiri jadi tak sabar nak lihat wajah terbaru Ariff. Makin melihat wajah testimoni pengguna yang makin gebus gebas dan cerah berseri, makin aku jadi jealous nak guna juga. Ehhh dah kenapa pula dengan aku ni...???

Kalau tak percaya, ualls lihat sendiri sebahagian daripada testimoni kat bawah ni.... bergetar hati aku dek kerana cemburu... haha...




Testimoni yang kat bawah ni aku kenal. Namanya Cik Tie. Salah seorang rakan blogger yang memang aku dah pernah jumpa in person... memang berubah habis wehh!! Makin comey... omg.. makin meruaplah tahap ke'jealous'an aku... huhu...


Selepas hampir sebulan Ariff menggunakan SC ni, inilah dia hasilnya!! Ualls boleh lihat sendiri wajah Ariff untuk sebelum dan juga selepas. Antara perbezaan yang amat ketara adalah tona kulitnya makin cerah daripada sebelum ini. Hip hip hoorayyyy. Nampaknya apa yang di war-warkan oleh Snow Crystal seperti sebelum ni memang betul. Hehe... =D

Ariff ni tak bolehlah nak terus jadi putih 100% tu tau sebabnya tona kulit Ariff ni memang jenis sawo matang, tapi at least takde la nampak hitam rentung macam sebelum ni. Kemudian, jerawatnya juga dh makin berkurangan bukan setakat yang baru malah bekas jerawat lamanya juga sudah semakin pudar dari dulu. Apa yang pasti wajahnya dah nampak glowing daripada sebelum ni. Alhamdulillah.... Suka suka suka!!


Ohya, sebotol Snow Crystal ini boleh bertahan selama sebulan dengan 22 bahan terpilih yang terbaik maka aku rasa memang patut pun produk ini diamalkan oleh semua. Aku sendiri jadi teruja untuk cuba selepas melihat perkembangan anakku ni.


KESIMPULAN:

Aku amat berpuashati dengan produk Snow Crystal daripada Elldora ni. Dari soal harga juga aku rasa sangat berbaloi kerana dengan cuma RM79 sebotol ia mengandungi sebanyak 60 tablet untuk di gunakan selama sebulan! Bahan yang digunakan juga adalah sebanyak 22 jenis. Memang sangat-sangat murah jika mahu di bandingkan dengan sebahagian daripada produk lain di luar sana. Tahniah aku ucapkan untuk Miss Elldora kerana berjaya mengeluarkan produk yang bagus seperti ini. 



Pada yang mahu baiki tona kulit seperti Ariff... apa lagi yang nak di tunggu tu? Segera dapatkan di talian yang tertera di bawah ni dengan harga RM79 (Semenanjung) dan RM82 (Sabah Sarawak)



WHATSAPP:
019-2271077


SNOW CRYSTAL - A BEAUTIFUL GIFT FOR YOUR SKIN!



2 comments:

BE GORGEOUS

[BEAUTY][twocolumns]

SIMPLE COOKING

[Home Recipe][twocolumns]

INSTA STORY