Setiap hari ada saja kes-kes yang tidak elok di kalangan masyarakat kita terutamanya dikalangan remaja baik lelaki mahupun perempuan. Sebenarnya, gejala 'remaja liar' ini sudah lama malah ketika zaman daku dulu sudah ada sehingga di beri gelaran bohsia dan bohjan tetapi sebagai manusia biasa siapalah kita untuk menjatuhkan hukum secara melulu. Tetapi, apabila adanya aktiviti sosial yang keterlaluan antara lelaki dan perempuan maka ia boleh menghampiri zina malah sudah ramai anak gadis yang berzina dan sudah tidak ada dara lagi.

Persoalannya di sini, perlukah si gadis yang telah berzina itu menceritakan akan perihal dirinya yang lalu sehingga sudah tidak ada dara itu kepada bakal suaminya sendiri?



Sebelum menjawab persoalan terbabit, suka untuk aku ingatkan yang tidak semua wanita itu hilang kehormatan dirinya (dara) dek kerana berzina dengan sukarela. Masih ada kes yang hilang dara kerana di rogol tanpa kerelaan dirinya sendiri.

Walaubagaimana, seandainya diri sudah tidak punya dara akibat berzina baik secara rela mahupun paksa, apakah perlu menceritakan semuanya pada bakal suami? Atau, seandainya kejadian zina itu dirahsiakan dan secara tiba-tiba setelah berkahwin suami bertanyakan samada pernah berzina ataupun tidak sebelum ini, apakah perlu berterus-terang menceritakan segalanya sebagai tanda ingin berlaku jujur?

Baca juga: Apabila dara sudah hilang harga 

Jawapannya adalah TIDAK!!

Tidak kiralah samada pihak suami bersetuju ataupun tidak namun hakikatnya si wanita ini tidak wajib untuk menceritakan kisah lalunya sama sekali terhadap bakal suami mahupun suami terutama yang melibatkan perbuatan berzina. Sendainya di tanya, si wanita ini wajib mengelak dari menjawab soalan-soalan tersebut.

Seandainya belum berkahwin dan si lelaki itu mahu tahu siapakah bakal isterinya maka si lelaki terbabit haruslah 'merisik' tentang mana-mana wanita yang ingin dijadikan isteri itu daripada pihak yang lain. Jika sudah merisik daripada beberapa orang yang boleh dipercayai dan diyakini dengan sahih, kemudian didapati si perempuan ini tidak berapa molek suatu ketika dulu... maka terpulanglah ke atas lelaki terbabit samada ingin memperisterikannya untuk menjadi pembimbing dan pelindung ataupun sebaliknya.

Tetapi..... hakikatnya, bagi seorang wanita yang sudah pernah terlanjur, soal sudah tidak punya dara dan pernah berzina ini tidak perlu diceritakan pada siapa  jua termasuklah suaminya sendiri. Tak perlulah buka aib sendiri sekiranya ia boleh mendatangkan masalah yang lebih besar sehingga boleh memusnahkan rumahtangga kita sendiri.

Pada yang sudah pernah terlanjur segeralah kembali ke pangkal jalan dan jangan sesekali gunakan pepatah 'alang-alang menyeluk pekasam biar hingga ke pangkal lengan' untuk hal-hal seperti ini. 
Sekali tersilap jalan tidak bermakna itu adalah noktah terakhir. Jangan risau, meskipun sudah pernah berzina namun anda masih punya pilihan untuk tidak menceritakannya pada sesiapa dan ingatlah yang kita masih ada Allah SWT yang sentiasa menerima taubat. Soal jodoh ada di tanganNya dan jika benar-benar bertaubat pasti akan didatangkan jodoh dari kalangan insan yang sepatutnya untuk terus membimbing kita ke jalan yang benar dan diredhai. InshaAllah.

Pada yang masih belum bertaubat segeralah kembali ke jalan yang benar kerana hukum Allah SWT itu adalah amat pedih !!! =(


 Anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat? Jika YA, jadilah salah seorang followers blog ini  >> DI SINI << sebagai tanda support. Terima kasih.