16 RAHSIA KEJAYAAN SISTEM PENDIDIKAN FINLAND

by - 08:42

Sebagai ibubapa semestinya kita mahu semua anak-anak berjaya dengan cemerlang. Kita juga mahu berikan pendidikan yang terbaik. Makin seronok jika anak suka ke sekolah dan gemar habiskan masa dengan benda yang berfaedah, tak hanya asyik dengan gadget. Antara pendidikan yang terbaik di dunia ini adalah dari negara Finland. 

Dari dulu hingga kini sistem sistem pendidikan Finland masih lagi di anggap sistem pendidikan yang paling terbaik di dunia. Malah, mengikut laporan daripada OECD, kajian telah mendapati bahawa murid sekolah dari negara Finland yang juga di sebut sebagai Finnish ini merupakan antara pelajar yang terbaik di dunia. 



Timbul sedikit tanda tanya, mengapa pelajar dari negara terbabit antara yang terbaik? Apa yang di sajikan di sekolah mereka hingga murid-murid sangat suka habiskan masa di sekolah? Kenapa sistem pendidikan mereka di angkat sebagai salah satu sistem pendidikan yang paling terbaik di dunia?

Inilah dia  kaedah yang telah menjadi penyebab kenapa ini semua berlaku....


1- TIADA KOS PENGAJIAN SAMA SEKALI

Kos pengajian sejakdari awal hingga ke peringkat tertinggi di biayai oleh negara sepenuhnya kerana anak-anak yang bijak pandai adalah aset negara yang paling bernilai bagi mereka.Education is not for sale - ataupun pelajaran bukanlah sesuatu yang patut di dagangkan, menjadi misi utama mereka.

2- BANGUNAN SEKOLAH YANG CANTIK DAN SELESA

Bangunan sekolah di naiktaraf supaya lebih selesa, cantik dan sesuai untuk digunakan sebagai tempat menjalan pelbagai aktiviti.


3- BOLEH BERPAKAIAN BEBAS YANG SESUAI

Untuk mewujudkan suasana yang lebih santai, seronok dan ceria... pelajar tidak di paksa berpakaian segeram seperti sekolah-sekolah yang lain. Ini bagi mewujudkan suasana 'bebas' supaya pelajar tidak berasa terkongkong. Pelajar boleh memakai pakaian biasa mengikut batas yang di tetapkan.


4- PENGANGKUTAN PERCUMA ANTARA RUMAH DENGAN SEKOLAH

Pengangkutan percuma dari rumah ke sekolah ini sangat memudahkan ibu bapa dan pelajar. Pengangkutan bas secara percuma di sediakan untuk semua murid dan bagusnya pengangkutan ini ianya sama sekali tidak dihentikan termasuk pada musim sejuk.

5- BELAJAR DALAM SUASANA SANTAI

Guru memang patut di hormati tetapi guru juga boleh di buat sebagai kawan rapat. Tidak semestinya apabila jumpa guru harus berasa kecut perut dan perlu memberi hormat hanya kerana terpaksa semata-mata. Kerana itu, di situ pelajar di beri kelonggaran bagaimana untuk duduk bagi mendapatkan pelajaran yang di ajar. Mereka boleh memilih untuk duduk di meja masing-masing, di lantai ataupun di sofa. Terpulang pada pelajar itu sendiri yang penting harus fokus dengan apa yang di ajar.


6- TIADA PAKSAAN UNTUK MENGIKUT MANA-MANA MATAPELAJARAN

Lain pelajar lain tahap minatnya. Begitu juga dengan pelajaran. Kerana itu walau ada pelbagai jenis matapelajaran yang di sediakan di sekolah namun untuk mengikutinya atau tidak itu semua di tentukan oleh diri pelajar itu sendiri. 

Jika tidak suka dan kurang minat dengan sesuatu matapelajaran itu, si pelajar boleh memenuhi sesi terbabit dengan mana-mana matapelajaran lain yang di sukainya ataupun boleh saja lakukan aktiviti bebas yang di sukainya.

7- DIGANTIKAN BUKU YANG BERAT DENGAN TABLET

Pelajar tidak lagi di bebani dengan mengalas buku-buku yang tebal dan berat setiap kali pergi dan pulang dari sekolah. Ini kerana pihak sekolah telah menukar sistem pembelajaran daripada menggunakan buku-buku kepada penggunaan tablet sepenuhnya.


Rupa bentuk dan pengisian yang terdpat pada tablet ini juga di selaraskan mengikut tahap usia si pelajar itu sendiri.


8- ADA REHAT SETIAP KALI LEPAS HABIS SATU SESI BELAJAR

Lebihkan bermain daripada belajar. Itulah penekanan sebenar yang di tekankan kerana rata-rata pelajar ini masih 'muda usianya' dan di dalam usia sebegini sebagai kanak-kanak pastinya mereka lebih cenderung untuk bermain daripada belajar. Kerana itu sekolah memainkan dua peranan sebagai pengasuh harian dan juga pengajar di dalam satu masa.

Buktinya setiap kali selepas selesai sesi pembelajaran, para pelajar akan di beri waktu rehat selama 15 hingga 30 minit untuk merehatkan minda sebelum menerima sesi pembelajaran yang berikutnya.


9- MAKANAN YANG SEDAP SECARA PERCUMA

Makanan di hidang secara buffet dan pelajar boleh memilih dan makan mana-mana makanan yang mereka suka seberapa banyak yang mereka mahu dan semuanya ini di sediakan secara percuma oleh pihak sekolah.



10- TIDAK DIMARAHI GURU , SEBALIKNYA DI BERI SEMANGAT BARU

Jika tercicir, guru tidak akan menunjukkan sifat pemarah sebaliknya membantu memahami masalah pelajar dan cuba menasihati dan memberi motivasi supaya si pelajar dapat bangkit dan supaya si pelajar juga tahu bahawa setiap masalah itu ada jalan untuk menyelesaikannya.

11- TIADA BEBANAN KERJA SEKOLAH DI RUMAH

Di rumah adalahwaktu untuk berehat dan bersama dengan keluarga. Maka apa saja aktiviti sekolah akan diselesaikan di sekolah. Pelajar juga tidak dibebankan dengan pelbagai kerja sekolah terutama sehingga perlu di bawa balik sehingga ke rumah.

12- SEMUA PELAJAR DI LAYAN SECARA SAMA RATA

Semua pelajar ini di layan secara saksama tanpa mengambil kira keturunan, pangkat, darjat dan juga kaum. Tugas guru adalah untuk melayan semua murid ini secara adil dan memastikan yang setiap pelajar dapat bangkit dan bersemangat untuk belajar supaya boleh berjaya di depan hari.

13- TIADA SEBARANG PEPERIKSAAN KETIKA DI SEKOLAH RENDAH

Percaya atau tidak, tiada sebarang peperiksaan besar yang perlu di lalui oleh si pelajar. Berbeza dengan negara lain, di Finland hanya ada satu peperiksaan besar saja iaitu ketika pelajar mencapai usia 16 tahun. Patutlah kanak-kanak tu happy jer... takde banyak exam besar rupanya

14- GURU YANG SANGAT BERKUALITI

Ilmu datang dari guru. Meskipun sekolah di sediakan secara percuma dengan persekitaran yang cantik dan bersih namun jika guru tidak ada apalah gunanya semua itu. Untuk membentuk pendidikan yang bagus bermula dengan menyediakan tenaga pengajar yang terbaik dan disebabkan itu syarat utama untuk menjadi guru di Finland adalah mempunyai Master's Degree dan haruslah antara graduan terbaik di Finland.


15-  KERJAYA GURU DI ANGKAT MARTABAT DAN BERPRESTIJ

Murid akan seronok dan gembira dengan gurunya tanpa sebarang tekanan adalah apabila si guru itu sendiri seronok ketika mengajar. Kerana itu guru-guru di Finland sangat di pandang tinggi dan di bayar dengan gaji yang agak lumayan. Status kerjaya seorang guru juga di angkat sehingga menjadi sebaris dengan kerjaya doktor dan peguam. Maka tidak hairanlah kenapa kerjaya guru di Finland di bayar dengan upah gaji yang agak tinggi dan lumayan.


16- MEWUJUDKAN HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN IBUBAPA SEJAK AWAL

Hubungan antara sekolah, guru-guru dan ibu bapa bukan hanya diwujudkan apabila si kanak-kanak itu melangkah ke alam persekolahan sebaliknya pihak sekolah telah mula membina ikatan antara sekolah dengan ibubapa sejak adanya seseorang bayi itu dilahirkan.

Apabila adanya kelahiran baru pihak sekolah akan menghantar hadiah yang di panggil 'maternity package'. Di dalamnya disertakan 3 buah buku. Dua buah untuk ibu dan juga ayah manakala buku yang ke tiga adalah untuk bayi. 


Bagi negara Finland, faktor usia kanak-kanak sangat di ambil kira kerana itu suasana pembelajaran yang tenang, seronok, santai dan meriah amat diketengahkan. Ini demi mewujudkan pemikiran yang lebih sihat supaya banyak idea dapat dicetuskan. Mereka mengambil contoh oang dewasa yang akan murung apabila terpaksa berkerja di bawah tekanan, maka para pelajar ini sentiasa di jaga baik supaya sama sekali tidak mengalami apa-apa tekanan. 



You May Also Like

4 PEMBERI ULASAN

  1. byk yg percuma tpt mereka.... bgsnya tak ada peperiksaan dan tidak bebankan pelajar. murid2 pun hepi dgn cikgu yg baik.... jauh bandingnya ngn tpt kita....

    ReplyDelete
  2. semuanya bagus...patut dicontohi

    ReplyDelete
  3. Alahai..bestnya. rasa mcm nk jadi rakyat finland utk seketika..hik3

    ReplyDelete
  4. Alahai...bestnye. rasa mcm nak jadi rakyat finland utk seketika

    ReplyDelete