LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

NUR ISLAM

[Cahaya Islam][bsummary]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][twocolumns]

LAZADA RIANG RIA RAYA SALES - UNTUK BUAH HATI SEMPENA RAYA

Assalamualaikum ualls... Makin hari semakin kurang hari di bulan Ramadhan ini dan itu bermakna semakin dekat juga kita dengan Hari Raya. Apabila terkenangkan hari raya yang bakal menjelang ni terus teringat suasana ceria ketika di kampung semasa kecil dulu. Terimbas juga kenangan lama termasuk betapa sibuknya emak di dapur untuk membuat kuih tradisional seperti bahulu, karas, goyang dan semperit. Tapi kini agak sukar untuk imbas balik kenangan tu sebabnya emak dah tak sekuat dulu.

Walaubagaimanapun, sis dah dapat idea yang bernas bagaimana untuk kembalikan keceriaan dan keseronokan ketika itu pada masa sekarang ni. Sis bercadang untuk beli sesuatu untuk dihadiahkan pada emak. Walaupun jarak kami agak jauh sekarang tapi sis tak perlu susah hati kerana sis boleh gunakan khidmat aplikasi LAZADA. Tambahan pula sekarang ni Lazada sedang membuat promosi RIANG RIA RAYA dengan potongan harga, diskaun sehingga 90%! Promosi ini berjalan dari 01 Jun hingga 04 Jun 2018.
RIANG RIA RAYA - LAZADA

Mujurlah ada promosi Riang Ria Raya ni so dapatlah sis jimatkan kos. Apa yang perlu sis buat sekarang hanyalah memilih mana-mana barangan yang ingin sis hadiahkan dan biarkan pihak Lazada menguruskan urusan penghantaran. Kalau dulu sis risau juga sebabnya lokasi rumah emak kat kampung tau tapi sekarang tak lagi kerana Lazada memang sediakan servis penghantaran yang merangkumi hingga ke ceruk kampung mana sekalipun.

Inilah antara jenama yang ada di dalam lamanweb Lazada...


Banyak betul brand yang terlibat dengan kempen Riang Ria Raya Lazada ni! Hmmm.. Nak beli apa ye? Mungkinkah telekung untuk di pakai pada pagi raya?


atau daku beli je mana-mana salah satu daripada barangan elektrik seperti yang ada di bawah ni, mengikut mana yang sesuai untuk emak?


Aduh, naik pening nak pilih produk mana ni tapi bila fikir balik, jika dah harganya ada diskaun sehingga 90% so apa yang sis nak risaukan. Dengan hara yang rendah sudah tentu sis dapat beli macam-macam untuk emak. Yes!!

Apa yang lebih menyeronokkan, jika punya masa lapang, sis dapat pulang ke kampung dan membawa emak untuk berbuka dalam suasana yang agak special dengan menu makanan yang lebih hebat dan sedap. Semua ini tidaklah mustahil kerana sis boleh beli mana-mana baucer berbuka puasa yang sis suka menggunakan Promosi Buffet Ramadhan Lazada dengan harga yang hanya serendah RM20 / seorang.

Tengok ni, betapa banyaknya baucer yang ada untuk di pilih. Bulat biji mata ni di buatnya. Sebenarnya baucer ini menjadi lebih murah kerana ia telah di beri potongan sebanyak 40% istimewa untuk sepanjang Ramadhan pada tahun 2018 ini.




Lokasi untuk menikmati baucer-baucer ini juga bukanlah calang-calang tempatnya. Antara tempat makan yang terlibat dengan tawaran istimewa promosi bufet Ramadhan Lazada ini adalah seperti Putrajaya International Convention Centre, Furama Hotel Bukit Bintang, Silka Johor Bahru, Best Western I-city Shah Alam,  Dorsett Grand Subang Jaya,The Grand Beach Resort Port Dickson,  A'Famosa Resort Melaka dan Hadramawt Palace Bukit Bintang.

Antara menu makanan yang boleh kita pilih baucernya adalah seperti masakan melayu, makanan barat dan asia. Pendekata semua ada... apa yang perlu kita buat hanyalah pilih dan beli mana-mana baucer yang ualls rasa teringin nak makan.  Jangan risau kerana semuanya mempunyai sijil Halal yang telah diperakui oleh pihak Jakim. 


Selain daripada itu, pihak Lazada juga turut melancarkan sebuah permainan melalui handphone yang di beri nama DUIT RAYA SHAKIN' DEALS


Caranya mudah saja, anda hanya perlu download aplikasi Lazada melalui handphone kemudian login mengguanakan telefon bimbit anda tersebut. Kemudian anda 'duduk' diam-diam di halaman utama Lazada dan siap sedialah untuk shake (goncang) telefon bimbit anda itu ke kiri dan ke kanan. Hadiah yang di tawarkan adalah sehingga RM50 untuk membeli belah di Lazada di dalam bentuk baucer tunai.



Akhir kata, jangan lupa untuk bersiap sedia bagi mendapatkan harga terendah, special sempena hari raya yang bakal menjelang melalui Lazada pada 01 Jun sehingga 04 Jun ini. Jom shopping! Jangan risau walau di ceruk kampung mana sekalipun, pihak Lazada akan berusaha sedaya upaya untuk menguruskan penghantaran barangan anda sehingga ke muka pintu.


2 comments:

BE GORGEOUS

[BEAUTY][twocolumns]

SIMPLE COOKING

[Home Recipe][twocolumns]

INSTA STORY