Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan: Pelengkap Mandian Si Jejaka
Assalamualaikum...
Wahhhh... DASHING muncul lagi! Kali ni dengan produk baru mereka iaitu DASHING 2in1 FACE BODY WASH. Seriously memang bagus dan sangat-sangat sesuai untuk anak teruna sis. Yelah, sebelum ni dah berbuih mulut asyik kena ingatkan dia basuh muka dengan pencuci. Bukan dia tak mahu ambil berat tentang penjagaan wajah tetapi dek kerana nak semuanya cepat membuatkan dia selalu terlupa.
Thats why, sis happy sangat-sangat bila ada produk yang macam ni. Sangat sesuai dan dapat bantu masalah sis untuk anak teruna kat rumah ni. Lagipun anak teruna sis ni memang salah seorang pengguna dan pengemar tegar bauan Dashing.
Sis percaya produk ini muncul kerana rasa ambil berat daripada pihak pengeluar di mana mereka tahu yang di dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar ni, para jejaka sentiasa berikhtiar untuk
memudahkan urusan agar dapat menikmati kehidupan sepenuhnya termasuk dalam rutin
penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Tetapi sekarang mereka tidak lagi perlu berada risau dengan adanya mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan terbaru untuk si jejaka formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus!
Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan
diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan
membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan
memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan
tanpa iritasi.
Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan
muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran
serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan
wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat
pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk.
Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan,
DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian DASHING 2 in 1 Muka &
Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram.
Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan
kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit
dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar
anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari.
DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi yang telah diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki. 4 variasi tersebut adalah.....
COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa
dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin
ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi
dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan
Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool
dan maskulin.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan
Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif
dengan aroma maskulin yang luar biasa.
ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki
sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman
yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta
disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.
HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick
membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan
unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber.
Anak teruna sis sendiri sukakan wangian Hattrick ni sebabnya dia cakap best dan cool! Kiranya bauan untuk Hattrick ni sedang elokkkk je.... dan sangat sesuai dengan golongan muda.
Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula
dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk
membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada
tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu
mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar
lebih sihat dan segar.
Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat
dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan
yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian,
serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.
Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek
bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :
Website
Facebook
Instagram
Hi there, I would like to subscribe for this blog to get
ReplyDeletenewest updates, thus where can i do it please assist.
agak2 kalau Ariq pakai ni boleh putih tak? huhu
ReplyDeleteBest la produk baru Dashing ni. Jimat masa dan wang.
ReplyDelete