Salam ke atas nabi junjungan kita yang amat di sayangi, Nabi Muhammad SAW, nabi yang terakhir dan tidak ada lagi nabi selepasnya. Namun sayangnya masih ramai yang belum mengenali siapakah beliau sebenarnya. Maka tugas kita untuk berkongsi akan bukti-bukti dan peninggalan yang masih ada untuk kita sama-sama kenal dan faham bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah benar dan bukan hanya sebuah dogengan semata-mata.

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah yang paling agung melebihi semua agong-agong yang pernah bertakhta di singahsana negara kita selama ini. Hebatnya nabi kesayangan kita ini sehinggakan terdapat pelbagai peristiwa yang telah berlaku bukan setelah kelahiran Baginda sebaliknya sebelum Baginda tiba ke muka bumi ini lagi.



Antara kejadian yang berlaku tatkala Baginda belum dilahirkan lagi ialah:

1. Semasa Rasullullah SAW berada di dalam kandungan bondanya, bonda baginda sama sekali tidak merasa susah sebagaimana yang di alami oleh ibu-ibu hamil yang lain. Malah berita akan kehamilan terbabit telah disedari oleh bonda baginda melalui perkhabaran yang disampaikan oleh malaikat sendiri yang hadir melalui mimpi ketika bonda baginda sedang tidur.

Di dalam mimpi tersebut, malaikat memberitahu bahawa bonda baginda sedang mengandungkan seorang nabi yang akan menjadi penghulu kepada seluruh umat manusia. Tanda lain akan kehamilan terbabit adalah terputusnya darah haid dan berpindahnya cahaya wajah daripada ayahanda baginda kepada bondanya.

2. Tatkala 'Nur Muhammad' memasuki rahim bonda baginda, Allah SWT telah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus untuk memberitahu kepada semua penghuni langit dan bumi akan berita terbabit. Akibatnya, tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang mana kering terus bertukar menjadi subur. pohon-pohon kayu turut menjadi rimbun dan berbuah dengan lebat. Haiwan-haiwan yang ada di darat dan laut turut sibuk memperkatakan akan hal terbabit sesama mereka.

3. Menurut hadis, ketika kandungan bondanya genap 6 bulan, datanglah seorang lelaki tidak dikenali pada suatu malam melalui sebuah mimpi yang agak menakjubkan. Di dalam mimpi terbabit, bonda baginda telah menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat terbabit berdiri di hadapannya lalu berkata;  “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”

4. Di tahun itu juga telah datang angkatan tentera bergajah milik Raja Abrahah al-Ashram dari Yaman yang di sebut di dalam al-Quran dalam surah al-Fil yang ingin menyerang Kota Makkah dan menghancurkan Kaabah. Angkatan tentera itu diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmud. Walaubagaimanapun, Allah SWT telah hantarkan sekumpulan burung Ababil yang datang menyerang hingga menghancurkan angkatan terbabit dengan melempar batuan api dari neraka sebagaimana yang di sebut di dalam al-Quran.


Kemusnahan tentera Abrahah itu bukan sahaja menunjukkan bahawa Allah SWT ingin memelihara kaabah tetapi juga demi menjaga tanah bumi Mekah yang akan menerima seorang utusan mulia dalam masa terdekat pada tahun tersebut.

Kerana itu Nabi Muhammad SAW disebut telah dilahirkan pada tahun gajah dek kerana peristiwa serangan tentera Raja Abrahah yang menaiki gajah terbabit. Tarikh sebenar baginda dilahirkan adalah pada hari ISNIN, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570M.

Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim setelah ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib wafat semasa Baginda berusia dua bulan di dalam kandungan. 

Pada subuh hari kelahiran baginda, keadaan Makkah dan sekelilingnya ketika itu berada di dalam keadaan amat damai sekali dan benar-benar amat menyenangkan jiwa. Angin juga ikut bertiup sepoi-sepoi bahasa dan keadaan alam ketika itu ternyata amat berlainan daripada sebelumnya.

wajah terakhir bangunan tempat Baginda dilahirkan sebelum dilenyapkan.
Bangunan lain di didirikan di atas tapak yang sama. Penghapusan ini dikatakan demi untuk menjaga kemurnian tauhid.

Menurut seorang Ulama, Nabi Muhammad SAW lahir tidak seperti manusia lainnya yaitu keluar dari kemaluan ibunya, tapi dari dalam perut bondanya telah keluar cahaya yang begitu terang lalu terlihat Rasulullah SAW dalam keadaan bersujud. 

Menurut riwayat lain pula, Nabi Muhammad SAW lahir ke dunia ini dengan meletakkan dua tangannya di lantai dan mengangkatkan kepala ke langit sebagai pertanda ketinggian martabatnya dari semua makhluk. Beliau lahir dalam keadaan bersih, sudah berkhitan, sudah terpotong tali pusatnya, wangi dan bercelak mata dengan kodrat Allah SWT. 

Walaubagaimanapun menurut sebahagian ahli sejarah, bidan yang telah membantu semasa proses kelahiran terbabit bernama Asy-Syifa' binti Abrul Rahman bin Auf dan Baginda telah  dikhitan oleh datuk Baginda, yakni Abdul Muthalib sesudah berusia 7 hari dan sekaligus menamakannya dengan nama “Muhammad”. Kelahiran baginda di sambut dengan penuh rasa sukacita oleh keluarga Bani Hasyim.

Gambaran Bani Hashim suatu ketika dulu

Jika sebelum lahir lagi sudah ada keajaiban yang berlaku, apatah lagi setelah Baginda dilahirkan. Antara peristiwa menarik yang telah berlaku setelah kelahiran baginda pada hari tersebut adalah:

1. Cahaya dari tubuh Rasullullah SAW telah memancar naik ke langit dan menerangi semua tempat yang boleh tercapai dek cahaya tersebut.

2. Pendeta-pendeta mendapat mimpi yang menakutkan.

3. Berhala-berhala yang memenuhi kaabah pada ketika itu telah bergoncang dan retak.
Gambaran Kaabah suatu ketika dulu

4. Jauh nun di negeri Parsi, kelahiran baginda itu telah menyebabkan api keramat kaum majusi di kuil yang telah disembah selama seribu tahun telah terpadam dengan sendirinya. Api ini bergilir-gilir di jaga selama seribu tahun dan terpadam pada hari tersebut.
Gambaran ritual kaum majusi yang menyembah api 

5. Kelahiran baginda juga telah menyebabkan dinding-dinding istana putih Qisra retak dan menaranya roboh akibat sebuah gegaran yang kuat. Istana Qisra ini merupakan sebuah kediaman pemimpin paling gah dan berkuasa pada masa itu. Balkoni utama istana itu juga telah runtuh terbelah dua dan menyembah bumi.

peninggalan istana Qisra yang retak dan roboh masih wujud hingga kini
6. Air tasik Saawah yang dulunya di dalam jajahan Parsi telah mengering dan gereja yang terdapat di sekelilingnya pada ketika itu ikut runtuh.



Semoga perkongsian semula ini dapat mengamit semula rasa rindu dan peringatan kita terhadap Rasullullah SAW dan ingatlah, sekali kita rindu pada Baginda. Tinggi dan dalam lagi rasa rindu Baginda terhadap diri kita. 

sumber : Biografi Agung Rasulullah