Pada 20 Mei 2018 yang lalu, seramai 54 orang anak-anak syurga daripada 4 buah rumah anak yatim telah diraikan di dalam sebuah majlis berbuka puasa yang agak meriah bertempat di Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu.   Majlis yang bagus bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia telah diadakan oleh Datuk Wan Zaid Wan Abdullah yang juga merupakan Pengarah Urusan Zee Palace Sdn. Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Pembangunan Insan Kelantan.
Datuk Wan Zaid Wan Abdullah yang juga merupakan pemilik kepada hotel berkenaan berasa amat bersyukur kerana dapat mengadakan majlis sebegitu lagi pada tahun ini. Sebenarnya, majlis berbuka puasa bersama anak yatim memang sudah sering di lakukan oleh Tuan Wan Zaid.
Menurut beliau, program sebegitu dianggapnya sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari pihaknya bagi memastikan golongan yang kurang bernasib baik ini boleh mendapat perhatian yang sewajarnya. Bagi pihak Holiday Villa & Suites Kota Bharu, anak-anak yang bergelar yatim ini memang patut digembirakan dan bulan Ramadhan yang mulia adalah masa yang paling baik sekali untuk mendeati mereka. Malah, pihak Datuk Wan Zaid juga berhasrat untuk cuba terlibat dengan lebih banyak program kebajikan seumpama itu dari masa ke semasa dengan izin Allah SWT.
Inisiatif yang dilakukan oleh Datuk Wan Zaid dan Holiday Villa & Suites Kota Bharu ini sangat dihargai dan pihak Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pembangungan Insan Kelatan yang di wakili oleh Ustaz Fatahiyah berasa amat berterima kasih di atas kesungguhan pihak pengurusan hotel demi untuk menjayakan majlis tersebut.
"Alhamdulillah, rezeki anak-anak ini sentiasa murah terutama apabila menjelangnya Ramadhan dan Syawal. Saya harap syarikat-syarikat lain akan mengambil contoh dengan apa yang dilakukan oleh pihak Holiday Villa Hotel & Suites ini." katanya.
Kehadiran anak-anak syurga ini di sambut dengan meriahnya bersama dengan penjaga mereka masing-masing. Seramai 54 orang semuanya termasuk dengan penjaga seramai 7 orang. Mereka adalah Rumah anak yatim dan Dhuafa’ Al Qamariah (Raydaq) seramai 17 orang, Rumah anak yatim dan Dhuafa’ Baitul Ruhana (Rayhan) seramai 11 orang, Rumah anak yatim dan Dhuafa’ Darul HUffaz (Raydah) seramai 13 orang dan Rumah anak yatim dan Dhuafa’ Sri Peraksi (Raysp) seramai 13 orang.
ACARA SEKITAR MAJLIS
Terdapat pelbagai menu yang dihidangkan untuk di nikmati bersama-sama. Selain itu turut diberikan wang raya untuk anak-anak ini. Semuanya tampak hensem dan cantik di dalam jubah putih dan hitam.
Bukan sekadar majlis berbuka puasa semat-mata, malah pihak Holiday Villa Hotel & Suite juga telah turut menyediakan satu kaunter untuk anak-anak syurga ini bergambar sebagai kenangan. Tahniah buat pihak Holiday Villa Hotel & Suite yang begitu prihatin dengan anak-anak syurga ini.
Di kesempatan ini sis doakan semoga pihak Holiday Villa & Suites akan terus sukses dan semoga majlis sebegini akan terus diadakan di masa-masa yang akan datang. Semoga juga majlis sebegini akan di jadikan contoh oleh pihak yang lain terutamanya di bulan yang mulia bersempena Ramadhan kerana ketika kita senang jangan lupa mereka yang agak kekurangan.