MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

RESEPI DAN SEBAB SEBENAR KENAPA KUIH KERBAU GULING BOLEH MENJADI VIRAL

Assalamualaikum ualls.... sebagai salah seorang penduuk yang sedang menetap di Kelantan, terkejut juga apabila tiba-tiba saja viral tentang sejenis kuih yang di beri nama 'KUBAU GULING' atau dalam bahasa bakunya Kerbau Guling. Apa keistimewaan kuih ni? Kenapa sampai boleh jadi viral? Bagaimana rasanya? Sampaikan bila nak beli kuih kerbau guling ni kena ambil nombor giliran. Bahkan walau ada nombor giliran perlu pula beratur hingga berjam-jam lamanya.

Kuih ini menjadi tular dan semakin viral di sebabkan rupanya yang unik, namanya yang pelik dan rasanya yang sedap. Kerana itu ia sangat special hingga menjadi rebutan ramai. Walaupun rupa dan namanya agak 'pelik' tapi hakikatnya tidaklah seburuk yang di sangka.


Wan Suriana Wan Ali, 35, adalah antara penjual kuih Kerbau Guling terkenal di pekan ini kerana ayahnya orang yang memperkenalkan kuih terbabit dengan resipi sendiri sejak 31 tahun lalu.Dia yang juga anak ketiga daripada enam adik beradik, masih meneruskan legasi keluarga dengan menjual lebih 25 jenis kuih setiap kali Ramadan dengan menu utamanya, Kerbau Guling. 

Sebenarnya kuih kerbau guling ini seakan-akan sama dengan kuih koleh dan bila di lihat pada tesksturnya daku terus teringat pada bubur asyura Perlis cuma yang membezakan adalah pada bahan-bahan hingga menyebabkan rasa dan rupanya sama sekali berbeza. Patutlah bila pertama kali perkenalkan bubur asyura dulu, keluarga mertua terus sebut sebagai koleh... alamak...

Ramainya yang sedang tunggu nak beli..... omg!


Macam yang semua orang tahu kuih di Kelantan ni kalau tak manis memang tak sah la tapi... rasa manis tu telah dapat di seimbangkan dengan lemak dari kelapa parut yang di gaul bersamanya. Sebab itu rasanya sangat unik dan mampu membuatkan sapa saja jatuh suka. Di sebabkan tekstur nya yang lembut maka ia boleh di makan oleh siapa saja dengan mudah.

Kuih ini di katakan berasal daripada Siam dan warna hitam pekatnya itu pula bukannya di sebabkan pewarna yang banyak di jual di kedai-kedai tu sebaliknya ia adalah daripada arang tempurung kelapa yang telah di bakar dan di tumbuk. Air daripada tempurung kelapa bersih yang telah di bakar itulah yang telah di gunakan sebagai pewarna asli untuk kuih ini. Bagi yang terfikir samada tempurung ini sesuai untuk di makan rasanya tak perlu khuatir kerana jika hendak di ikutkan di kedai-kedai bakeri kuih turut menjual serbuk arang untuk digunakan sebagai pewarna hitam bagi membuat kek cuma bagi yang tidak rajin dan tidak pandai ilmu membuat kek, hal ini agak asing dan pelik.


Kerana warna hitam pekat itulah maka ia di sebut seperti kerbau dan apabila telah di masak sebelum di makan ia akan di guling-gulingkan di atas kelapa parut maka sebab itu secara mudahnya ia di beri nama kuih kerbau guling.... haaa simple.... bagi masyarakat Kelantan nama-nama gitu tak hairanlah sebabnya ada macam-macam lagi nama kuih yang pelik-pelik kat sini...

RESEPI KUIH KERBAU GULING

Bahan-bahan :

  • 250 gram tepung beras
  • 200 gram gula
  • 150 gram tepung jagung
  • 1/2 sudu makan kapur makan
  • 3 sudu makan tepung beras pulut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Tempurung bakar (guna tempurung bersih - bakar & tapis ambil airnya yg warna hitam saja)
  • 1 liter air dan mungkin lebih - mengikut kepekatan
  • secubit garam

Cara-caranya :

1 - Satukan semua bahan di dalam sebuah periuk yang agak besar.
2 - Kacau semuanya hingga betul-betul sebati kemudian baru di letakkan di atas dapur gas.
3 - Buka api yang sederhana dan terus di kacau tanpa henti seperti membuat dodol sehingga semuanya pekat dan tidak lagi melekat pada periuk
4 - Sediakan loyang bersaiz 8 , sapukan minyak di seluruh permukaan loyang dan tuangkan adunan yang telah siap di masak tadi
5 - Biarkan sejuk sepenuhnya dulu, kemudian bolehlah di potong dan di guling-gulingkan di dalam kelapa parut muda yang telah di gaulkan dengan sedikit garam
6 - Sedia untuk di makan!



Bagaimana cara nak ambil air dari tempurung bakar tu?

Tempurung yang telah di bakar akan menjadi lebih nipis dan mudah untuk di tumbuk. Untuk dapatkan airnya, tumbuk tempurung tadi hingga menjadi agak halus, kemudian masukkan air. Gaul seketika kemudian bolehlah di tapis menggunakan kain yang agak jarang. Pastikan ambil airnya yang hanya berwarna hitam pekat sahaja. Jika hendak lebih mudah boleh beli serbuk arang yang ada di jual di kedai bakeri.

Daku percaya lepas ni mesti akan ada pelbagai versi kuih ini dan akhirnya akan start muncul di tempat-tempat yang lain juga. tak kisahlah, janji orang ramai yang teringin nak tahu rasanya tu dapat makan dan melepaskan rasa ingin tahu masing-masing =D

SEBAB UTAMA KENAPA KUIH INI VIRAL

Walau apapun, daku percaya hal ini menjadi viral hingga memberikan keuntungan yang lebih kepada pengusahanya di sebabkan ciri-ciri yang ada pada si pengusaha itu sendiri. Mudir Madrasah Tahfiz al-Quran Darul Riyadh, Fakhrurrozi Fauzi berkata, penduduk di sini bukan sahaja mengenali keluarga Wan Suriana Wan Ali, 35, sebagai peniaga berjaya, malah mereka dihormati kerana gemar menginfakkan sebahagian rezeki kepada golongan asnaf.


Menurutnya, keluarga ini sering menghulurkan sumbangan kuih-muih kepada pelajar tahfiz di sini.
“Setiap petang, pelajar di sini ditugaskan untuk ambil kuih di gerai tapi kalau kami terlupa, dia akan menghubungi kami untuk datang ambil kuih yang disimpan lebih awal.


Antara Pelajar Madrasah Tahfiz al-Quran Darul Riyadh yang sentiasa sangat berasa berterima kasih kepada keluarga Wan Suriana di atas sumbangan yang diterima sejak beberapa tahun lalu.

“Sumbangan pertama yang kami terima adalah daripada bapa Wan Suriana namun selepas pemergiannya, anak-anak Allahyarham Wan Ali tetap meneruskan tradisi itu sehingga ke hari ini,” katanya.  Jelas ini adalah rezeki daripada ALLAH kepada golongan yang gemar membelanjakan harta kepada golongan miskin. Jom kita sama-sama membanyakkan sedekah di bulan Ramadan, kerana tidak akan rugi bagi mereka yang suka bersedekah.



8 comments:

  1. macam kuih kaswi ek..cuma kuih kaswi guna gula melaka..

    ReplyDelete
  2. kan..macam kuih kaswi..cuma bezanya kuih kubau guling ni guna pewarna dari air tempurung kelapa yg dh dibakar..

    ReplyDelete
  3. kan..macam kuih kaswi..cuma bezanya kuih kubau guling ni guna pewarna dari air tempurung kelapa yg dh dibakar..

    ReplyDelete
  4. First time dgr ms dgr hotfm pg td. Viral terus..

    ReplyDelete
  5. Bgsnya byk hikmah dan rahmat Allah bila menderma

    ReplyDelete
  6. oooohkay kerbau guling first time dengar hehe.. ramai nyee oranb beratuq tu nak membeli..

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY