Macam biasa sis ni kurang gemar masak makanan yang complicated. Bukan sebab malas (tak nak ngaku.... haha) tapi sebab nak cepat dan perlu kurangkan masa ketika berada di dapur. Kalau lelama kat dapur alamatnya meraung la si Kasih kena duduk lelama sorang-sorang.

Actually resepi yang sis nak share ni sebenarnya cukup simple dan memang dah lama sis buat. Resepi ni boleh dikatakan salah satu favourite anak-anak. Caranya bukan hanya simple tapi cepat untuk disediakan. Resepi yang sis maksudkan di sini adalah NASI KARI. Nasi kari ni terpulang samada nak guna ayam atau daging. Dan,... ualls juga boleh guna lebihan kuah kari jika ada. Maksudnya, katakanlah ualls semalam masak kari ayam atau daging pastu ada banyak lebihan kuah.. so dari makan dengan roti kuah tu, ualls boleh olah semula menjadi resepi Nasi Kari ni.... jimat, sedap, mudah dan sempoiiii... gerenti cik asben puji..



Ok tak nak tunggu lama-lama di sini sis kongsikan bahan dan caranya mengikut style sis yang suka masak cara simple ringkas ni...

Bahan-Bahan :
3 cawan beras (basmathi / biasa)
1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
4 sudu besar kari ayam daging Babas
2 sudu besar serbuk kurma ayam daging Babas
1 kotak santan pekat Ayam Brand
3 sudu besar marjerin planta
3 sudu besar minyak masak
sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 biji bawang besar (di mayang)
2 ulas bawang putih (di mayang)
1 inci halia ( di mayang)
2 sudu besar stok ayam Knorr

Cara-caranya:
1- panaskan minyak dan masukkan marjerin planta bersama bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan halia, bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga semuanya naik bau.

2. Bancuh serbuk kari dan serbuk kurma dengan sedikit air dan kemudian tumis hingga pecah minyak. Pastikan guna api yang perlahan. Masukkan ayam dan biarkan air ayam keluar.  Apabila air ayam telah kering, masukkan santan dan stok ayam.



3. Sekarang masukkan beras berserta dengan air mengikut sukatan biasa yang sering di masak. Masukkan juga sedikit garam dan biarkan semuanya masak seperti biasa.



apabila telah kering dan hampir masak, gaul sekali...

4. Setelah betul-betul masak, boleh di hidangkan dengan daun bawang / daun ketumbar dan bawang goreng jika suka.

Di sebabkan nasi ni telah punya rasa kari maka ianya boleh terus di makan begitu saja. Jika mahu lebih best bolehlah di makan bersama lauk pauk lain seperti kuah dalca, masak merah, telur dadar, daging bakar dan juga ikan goreng.

SELAMAT MENCUBA......