Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TEKS BACAAN DOA SEMPENA HARI GURU


HARI GURU - Sambutan meriah saban tahun sempena menghargai jasa baik guru. Bagi yang menyambut hari guru, tak lengkap rasanya sesebuah majlis jika tidak dimulakan dengan bacaan doa. 

Ingatlah jasa guru masing-masing kerana ilmu yang di curahkan sangat mahal untuk di nilai oleh wang ringgit. Semoga, anak didikan ini tahu betapa besarnya jasa mereka dan sama-samalah faham dan renung apakah sebenarnya tugas seorang guru ini.

Sama-sama kita doakan semoga guru-guru kita di beri kesihatan yang baik. Ameen


اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.


Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbal ‘Alamin,

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Guru [ NAMA SEKOLAH ] tahun ini.

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu  semata-mata .

Ya Allah, Ya ‘Aziz Ya Sattar,

Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang mulia dan murni. Justeru itu, kurniakanlah kepada guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kami di dalam mendidik dan membimbing kami menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah juga kepada mereka dengan kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama dan permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa di dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik yang menjana transformasi pendidikan Negara.

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.



اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

1 comment for "TEKS BACAAN DOA SEMPENA HARI GURU"

  1. insyaAllah. smoga selamat semua warga pendidik yg telah mendidik kita.

    ReplyDelete