LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

NUR ISLAM

[Cahaya Islam][bsummary]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][twocolumns]

ZUL YAHYA - DARIPADA MR.PAPAYA KEPADA PEJUANG DI JALAN ALLAH

Assalamualaikum ualls....
Semakin hari semakin seronok pula melihat perkembangan terbaru artis-artis Malaysia yang semakin ramai berubah dan berhijrah untuk berada di jalan Allah SWT. Ada yang memang telah di jangka dan ada juga yang sama sekali tak di sangka-sangka. Walaubagaimanapun, memang sis tabik dengan mereka semua yang telah berhijrah ni kerana sedikit sebanyak mereka dapat menyuntik rasa keazaman dan keinsafan di dalam diri. Antara artis yang sis suka lihat perkembangannya sekarang adalah saudara ZUL YAHYA.


Jika suatu ketika dulu abang Zul menjadi hero di dalam sebuah drama dengan watak Mr.Papaya tetapi kini abang Zul telah berjaya menjadi hero pejuang agama. Abang Zul saat ini sama sekali mengambil keputusan untuk tidak lagi berlakon sebaliknya mengusahakan restoran steamboat dan bbq bersama isterinya. Bahkan kini abang Zul sekeluarga telah tampil dengan penampilan yang lebih muslim. Sis sering juga melihat videonya di youtube dan secara tak langsung dapatlah sis tahu cerita awal yang boleh menyebabkan dirinya berubah secara total.

Saudara Zul Yahya berubah bukan semata-mata untuk dirinya tetapi demi untuk keluarga. Malah, abang Zul sendiri rasa mahu terus melangkah dengan gaya hidup baru di jalan Allah SWT di sebabkan rasa bimbang akan hala tuju anak-anaknya selepas ini.

berkongsi cerita detik awal penghijrahannya dulu

Abang Zul dengan tanpa segan silu sering berkongsi yang beliau nekad berubah pada suatu dinihari sebaik saja pulang dari pengambaran drama. Ketika itu anak-anaknya telah terlena di ruang tamu selepas puas menonton TV. Wajah lembut tanpa bersalah anak-anaknya yang sedang nyenyak tidur membuatkan abang Zul terfikir apakah ini sebenarnya yang abang Zul mahukan untuk anak-anak atau apakah dia mahu anak-anaknya menjadi orang yang soleh solehah di depan hari? Persoalan itu membuatkan abang Zul terus tersentak!

Disebabkan masih lagi agak keliru apakah cara yang patut dan harus dilakukannya untuk berhijrah dengan sebenar-benarnya ini maka abang Zul telah meminta bantuan daripada salah seorang rakannya yang juga telah pernah bergelar artis sebelum ini. Beliau yang di maksudkan di sini adalah saudara Shamsul Ghau Ghau.

Abang Shamsul sebenarnya antara artis lelaki terawal yang nekad berhijrah sepenuh hati malah beliau juga berazam dengan niat yang suci membawa misi untuk membantu rakan artis lain untuk sama-sama kembali ke jalan Allah SWT yang lurus. Dek kerana itu Shamsul sangat bersyukur apabila abang Zul menghubunginya untuk menyatakan hasrat untuk turut sama berubah.

Ternyata hijrahnya abang Shamsul bukan hanya telah memberi impak kepada dirinya sendiri malah kepada rakan-rakan artis lain yang juga. Abang Shamsul boleh di katakan sebagai abang long untuk artis lain membuat rujukan untuk sama-sama berhijrah. Niat abang Zul untuk berhijrah turut di terima baik oleh isteri tersayang.



Sayu hati abang Zul apabila isteri beliau menerima niat suci abang Zul untuk berubah itu tanpa sebarang rasa berbelah bagi walaupun di ketika itu nama abang Zul sedang berada di satu tahap yang boleh menjanjikan pulangan pendapat yang sangat-sangat lumayan. Bayangkan sebagai artis abang Zul berjaya menjada pendapatan sebanyak berpuluh-puluh ribu untuk satu job tetapi setelah berhijrah bermakna punca pendapatan yang lumayan itu akan terpaksa diketepikan.

Walaubagaimanapun, tanpa mempedulikan soal glamour, isteri abang Zul terus bersetuju malah turut berikhtiar untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah untuk abang Zul dan anak-anak mereka. Soal rezeki mereka nekad atas pemberian oleh Ilahi.  Abang Zul nekad berhijrah, begitu juga dengan anak isterinya.

Sikap isteri abang Zul benar-benar boleh di jadikan idola bila mana beliau sendiri dapat mempamerkan sifat seorang isteri yang sentiasa ada di belakang sang suami di dalam apa saja keadaan. Rasa cinta kasih sayang abang Zul semakin menebal terhadap isterinya itu bilamana sang isteri dengan sendirinya telah mengenakan niqab. Inilah dia contoh seorang isteri mithali di mana sentiasa menyokong sang suami sepenuh hati tanpa banyak soal tanda selagi mana tidak berlawan dengan perintah agama.


Malah isterinya juga telah berjaya berdiri di sebelah abang Zul untuk turut membentuk anak-anak mereka. Sejuk hati memandang keluarga abang Zul ini. Anak-anak perempuan abang Zul tampak sangat manis di sisi ibu mereka yang berhijab dan berniqab. Dan, keputusan berniqab itu sebenarnya tidak pernah Zul suarakan pada isterinya dulu sebaliknya isterinya sendiri dengan rela hati dan inisiatifnya sendiri telah mengenakan niqab sebaik saja setelah sang suami nekad untuk berhijrah.

Kini abang Zul dan abang Shamsul sedang aktif berdakwah. Pelbagai program mereka adakan berkat kerjasama dengan pelbagai pihak dan hari demi hari bilangan artis Malaysia yang telah berhijrah ini semakin bertambah bilangannya. Antara artis lelaki lain yang telah turut sama berhijrah seperti langkah abang Zul dan juga abang Shamsul adalah seperti kumpulan XPDC, Iwan, Zul HandyBlack, Noh Hujan, Pierre Andre, Hairie Othman, Tai dan ramai lagi.


Dikesempatan ini sis doakan semoga keluarga kecil saudara Zul Yahya sentiasa happy dan semoga sedikit sebanyak daripada kisah jalan hidup beliau itu dapat memberi inspirasi kepada kita. Ameen...


Bagi yang ingin ke restoran abang Zul kita ni, boleh hubungi untuk membuat tempahan melalui talian 60135030075
#zulyahyasteamboatbbq

Alamat:
E- E E, 40160, 22-1, 
Jalan Elektron U16/N, 
Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor

di buka setiap hari :
10 am - 12 am



4 comments:

  1. bila taufik n hidayah telah sampai maka perubahan drastik ke jalan yg diredhai Allah pasti akan berlaku. Cuma Allah yg memberi hidayah tersebut.

    ReplyDelete
  2. suka sangat dengan lakonan zul yahya nie .

    ReplyDelete
  3. zul yahya dari dulu smpai lanie mcm xmkn tua eh..
    semoga terus istiqamah..

    ReplyDelete
  4. suka tgk zul yahya ni.rabia dah jumpa dia dkt stadium negeri

    ReplyDelete

BE GORGEOUS

[BEAUTY][twocolumns]

SIMPLE COOKING

[Home Recipe][twocolumns]

INSTA STORY