Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Banding Harga Baru Pasang - Jadilah Pengguna Bijak Dengan MyTayar.com

Assalamualaikum...
bila nak travel jauh dengan kereta, kita memang harus check segalanya dan antara part yang paling penting or course lah tayar. Bukan setakat hanya check tayar yang dah di pasang kat body kereta tu saja malah tayar spare juga. Bila sebut tentang tukar tayar terus terbayang kedai tayar yang agak besar tu. Dalam masa yang sama ikut terbayang berapa banyak wang yang akan terbang dari poket ni. Apa taknya, tukar tayar ni bukannya murah... terutama kalau perlu tukar ke empat-empat tayar sekaligus.. pengsan!

Walaubagaimanapun, daku sedikit berasa lega kerana sekarang ni dah ada satu website yang boleh memberikan maklumat dan lokasi di mana boleh mendapatkan jenis tayar yang di kehendaki berserta dengan harga yang jauh lebih murah. Website yang ku maksudkan ini adalah MYTAYAR.COM

Sebagai salah seorang yang mempunyai kereta sendiri untuk bergerak ke sana ke mari, kita wajib tahu tentang kereta walaupun hanya sedikit. Yang penting, kita tahu bilakah waktu yang sepatutnya untuk tukar tayar kereta tu kepada tayar yang lebih baru teruatama apabila 'bunga tayar tu dah bertukar jadi botak licin'.

Setelah yakin perlu di tukar, gunakan aplikasi Mytayar.com kerana melalui MyTayar.com ini, kita boleh dapatkan segala maklumat mengenai tayar seperti jenama, saiz tayar yang sesuai  termasuklah dengan harga jualan yang sangat berbaloi dan bersifat mampu milik. Lokasi dengan harga yang paling rendah di kawasan anda untuk menukar tayar terbabit akan muncul di sana maka sudah semestinya ia akan dapat membantu menyelesaikan masalah kita itu dengan lebih cepat.


Sebenarnya, objektif utama My Tayar ini adalah untuk menghalang pengguna daripada ditipu oleh mana-mana pihak ke atas mana-mana pengguna yang kurang waspada. Laman web ini akan membantu pengguna membeli tayar cara "Jimat, Mudah dan Telus" dari Bengkel Rangkaian yang menyertai mereka.

Pada masa ini, mereka mempunyai 120 Rangkaian Bengkel yang diselaraskan untuk bersikap jujur ​​dan berminat untuk berkhidmat kepada pengguna. Antaranya di Lembah Klang, Johor Bharu dan Ipoh. Mereka akan menambah lebih banyak Rangkaian Bengkel di lokasi lain tidak lama lagi.

Dengan membenarkan Bengkel Rangkaian untuk memasukkan harga mereka secara langsung di laman web semasa mengikuti standard harga yang telah di tetapkan, pengguna akan gembira dengan pelbagai pilihan tayar pada harga yang kompetitif. Harga kompetitif adalah hasil daripada standard harga piawai.


Contohnya, Bengkel A mungkin menawarkan harga yang rendah pada tayar Michelin tetapi bukan untuk tayar Continental yang lebih murah oleh Bengkel B. Oleh itu, pengguna boleh memilih harga terendah atau membuat keputusan berdasarkan lokasi dan jarak.

Ini memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat keputusan sebelum membeli. Mereka juga telah menyamakan aspek teknikal tayar-yara berkenaan, Lihat gambar di bawah di mana tayar yang sama Continental ComfortContact 6 saiz 175 / 65R14 ditawarkan pada harga yang berbeza oleh setiap bengkel individu.




Cara untuk membeli tayar untuk kereta masing-masing dengan menggunakan aplikasi ini mudah saja.... boleh rujuk mengikut gambar di bawah ini langkah demi langkah.....


Menurut pengasasnya yang bernama Ridzuwan Ayeop, MyTayar.com ialah kedai online pertama di Malaysia yang membolehkan pengguna mendapat segala informasi mengenai tayar. Menurutnya lagi, MyTayar.com, yang diasaskan pada 2014 dengan meliputi kawasan Lembah Klang, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.


"Apabila memilih tayar dimahukan, pengguna perlu bayar deposit 5 peratus daripada jumlah keseluruhan, dan bayaran penuh dilakukan selepas selesai proses menukar tayar. Menerusi MyTayar.com, pengguna tidak perlu risau ditipu kerana semua bengkel yang dipilih sudah mendaftar dengan kami.
"Bukan saja menjimatkan masa, pengguna juga boleh melakukan perbandingan harga. Ini secara tidak langsung membolehkan pengguna mendapatkan harga terendah yang mungkin tidak ada di bengkel tayar lain," katanya lagi.
Kesimpulannya, masalah kita sebagai pengguna untuk menukar tayar kenderaan akan menjadi lebih mudah selepas ini. Apa tunggu lagi jom dapatkan tayar baru dengan harga yang awesome melaalui MYTAYAR.COM

NAK TUKAR TAYAR? TAKUT KENA TIPU?

 INGAT TAYAR... INGATLAH MYTAYAR.COM !!




5 comments for "Banding Harga Baru Pasang - Jadilah Pengguna Bijak Dengan MyTayar.com "

  1. senang nak ingt tu...mytayar.com gituu..bagus la dunia makin maju..guna apps je

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la... berguna terutama utk org pompuan sbb kita mmg blur bab nak beli tayar ni

      Delete
  2. Mudah dan senang la lepas ni

    ReplyDelete
  3. Mudah dan senang la lepas ni

    ReplyDelete