Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Panduan Untuk Memilih Nama Idaman Untuk Anak / Bayi

Sebagai seorang ibu dan ayah, kita di wajibkan untuk memberikan nama yang baik dan elok maknanya untuk anak-anak kita dan selalunya nama anak ini akan di beri dengan dipengaruhi oleh kehendak ibu dan ayah itu sendiri.

Tak kisahlah style macamana yang ualls suka tetapi pastikan nama anak kita ini di beri berdasarkan panduan memilih nama bayi yang betul. Bagi yang beragama Islam pastinya perlu memilih nama bayi berpandukan cara-cara dan garis panduan yang di telah diberikan dalam Islam.



Untuk diri aku ni, urusan memberi nama hampir di beri kuasa yang mutlak oleh suami pada diri aku sepenuhnya. 

Selalunya aku akan mula mencari cari cari cari dan cari sejak usia kandungan dah masuk bulan ke 6 lagi. Semua nama yang aku rasa berkenan akan di senaraikan di atas satu kertas berserta dengan maksudnya sekali dan nama-nama itu akan aku serahkan pada suami.

Setelah itu baru suami akan suarakan pendapatnya jika ada di antara nama tersebut yang dirasakannya kurang sesuai. Nama-nama tersebut selalunya rujuk pada buku dan juga website.

Buku yang sudah lama berbakti memberi khidmatnya setiap kali nak cari nama anak

Setelah dapat pendapat suami, barulah aku akan pillih satu nama terbaik daripada shortlist tersebut. Antara perkara yang sering aku tekankan untuk memilih nama anak-anak adalah :

1. Bermula daripada huruf / nama yang disukai

Untuk anak-anak lelaki daku memilih bermula dengan Muhammad sempena nama nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dan kemudian barulah di ikuti dengan nama mereka sendiri.

2. Mempunyai makna yang baik dan jelas

Setiap nama mereka itu mempunyai makna yang baik dan jelas. Makin bagus jika dapat makna yang sangat terang dan mendalam seperti kuat beribadat, beriman, seorang yang lembut hati dan lain-lain.

3. Tidak terlalu panjang

Ini perlu di ambil berat kerana takut nanti hanya di atas surat beranak je nama tersebut panjang dan punya makna yang baik-baik tetapi bila di panggil erti nama telah hilang atau lebih takut lagi nama panggilan boleh membawa maksud yang tidak bagus.

Dah penuh kena conteng dengan pensil... guna pensil la mudah nanti boleh padam balik.. 


4. Tidak terbelit lidah

Ini juga telah masuk dalam list panduanku untuk memilih nama anak sebabnya takut terbelit lidah atuk nenek si baby. 

Antara nama yang tidak dipersetujui walau punya maksud yang baik adalah Ahnaf dan juga Razin. Ahnaf ini maksudnya 'yang berpegang teguh kepada ajaran Islam' manakala Razin pula membawa maksud 'yang berakhlak' tapi di sebabkan macam rasa susah sikit nak sebut so tak jadi nak guna pada anak.

5. Boleh di sebut dengan betul walau mengikut dialek

Dek kerana orang pantai timur ni dialeknya 'pelik' sikit maka banyak nama akan berubah bunyi panggilan. 

Nama pendek pun akan jadi semakin pendek dengan sendirinya dan takut nanti nama pendek tersebut akan jadi tak sedap. 

Kerana itu aku selalu fokuskan mencari nama yang boleh dipanggil tanpa lari bunyi sebutan walau di sebut dalam dialek.

Antara petua yang boleh digunakan supaya nama anak tidak berubah walau di sebut dalam dialek adalah dengan mencari nama panggilan yang tidak terlalu panjang dan tidak diakhiri dengan huruf 'N' bagi Kelantan dan Terengganu.


Nama untuk bayi dalam Islam tersangat banyak dan susah nak pilih. Kalau boleh nak letak semua nama tapi mana boleh kan? 

Masa untuk memilih nama yang terbaik ni memang agak sukar bagi aku terutama untuk buat gandingan antara dua nama seperti Kasih dan juga Sufi. Sebelum dapat Kasih Sufi tu macam-macam nama lain yang turut mendapat perhatian.

Contoh Gabungan Nama Untuk Anak / Bayi Yang Telah Berjaya Dikumpulkan

Antara nama-nama lain yang pernah ku gabungkan sebelum ini setelah meneliti semua perkara di atas  dari segi makna, sebutan, gandingan dan sebagainya adalah :

AISYAH NUR DINI - Panggilan Aisyah, Nur atau Dini
Aisyah [ hidup bahagia ] + Nur Dini [ seri agama ]

WAFIY WAIZ - panggilan Wafiy atau Waiz
Wafiy [ jujur setia ] + Waiz [ penasihat / mubaligh ]

IMAN INSAFI - panggilan Iman  atau Safi
Iman [ iman ] + Insafi [ menginsafkan ]  

FARAH DAMIA - panggilan Farah atau Damia
Farah [ kegirangan ] + Damia [ kebijakan / keberkatan ]

SAFIAH HAWANI - panggilan Safiah atau Hawa
Safiah [ sahabat yang ikhlas ] + Hawani [ ibu yang penyayang ]

LUTH ADAM - panggilan Luth atau Adam
Luth + Adam [ nama-nama Nabi ]

HANIS HANANIA - panggilan Hanis
Hanis [ berani , warak ] + Hanania [ dikasihi Tuhan ]

IBAD IMRAN - panggilan Ibad atau Imran
Ibad [ yang rajin beribadah ] + Imran [ Berbudi bahasa ]

IZZ MIRZA- panggilan Izz
Izz [ kekuatan ] + Mirza [ Anak baik ]

FAHIM AMIN - panggilan Fahim atau Amin
Fahim [  yang faham ] + Amin [ yang amanah / yang dipercayai ]

NISA LIYANA - panggilan Nisa
Nisa [ perempuan ] + Liyana [ kelembutan ]


Baca Lagi : 40 Gabungan Nama Islam Untuk Baby Girl Yang Indah Dan Baik Maksudnya


Walaubagaimanapun, akhirnya nama Kasih Sufi yang telah berjaya menjadi pilihan daku dan suami kerana bagi kami nama tu bukan saja mempunyai maksud yang baik malah senang untuk di sebut dan agak unik dan sedikit klasik.

Cuma, ibu daku sendiri kat kampung telah memanggil Kasih dengan panggilan Wahidah.

 Kata emak, Wahidah yang bermaksud 'satu' itu agak sesuai kerana Kasih merupakan satu-satunya puteri di antara lima orang hulubalang. So sekarang ni Kasih Sufi dah ada dua nama yang di pilih oleh ibu ayah dan juga neneknya.

KASIH SUFI @ WAHIDAH yang sudah sudah makin debab bab bab...

Cadangan konsep untuk nama anak

Bagi yang masih keliru nama bagaimana yang hendak di pilih. Ualls boleh memilih untuk menggunakan kaedah konsep. Dengan cara ni ualls boleh memberi nama anak-anak dengan lebih mudah nanti dan pastinya nama-nama tersebut akan ada kaitan di antara satu dengan yang lain.

Sebagai contoh ualls boleh beri nama seperti nama-nama nabi, nama-nama malaikat, nama-nama srikandi Islam, nama-nama bulan dalam Islam dan sebagainya. Jangan mandai-mandai beri nama mengikut artis pujaan sudahlah! :(

Maksud di sebalik nama Awadah?

Nama Awadah membawa makna Baik dan Lembut. Ye ke baik? Ye ke lembut? Entahlah.. kena jumpa depan-depan kenal-kenal dulu. 


Jemput join :

Telegram Rasmi Sis Hawa Blog 👉  https://t.me/sishawadotcom

Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby 👉  https://t.me/ibuhamilmalaysia



4 comments for "Panduan Untuk Memilih Nama Idaman Untuk Anak / Bayi"

  1. ye ke lembut tu sis awadah.... kang ghimau jd nya takut nak jumpa depan-depan ni... hahaha

    ReplyDelete
  2. Bab cari nama anak pun Liez bg pada En Dearie. Nama anak mesti F.Q.N..
    Liez cr jugak nama yang macam sesuai utk digabungkan tapi yang penting kena ada makna yang baik

    ReplyDelete
  3. Nama artis pujaan, kalau makna best pun ok juga ... Hehe ...
    Nama sebenar mrs pip singkatan dari dua negara, so bunyi pun semacam ... :)) ...

    ReplyDelete
  4. Nama Syafi memang panjang. Jenuh gak nak tulis. Tapi sesuai dengan maksudnya. Anak lelaki penawar hati. Sebab 2 tahun tunggu dia. :)

    ReplyDelete