MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

SAMJEANG PIZZA DOMINO'S - Pedas Tapi Awesome. Makin Makan Makin Teringat !

Assalamualaikum ualls... hari ni daku sempat singgah ke Domino's. Bukan singgah saja-saja tapi singgah dengan perasaan teruja sebabnya dah tak sabar nak cuba pizza terbaru keluaran mereka yang di beri nama Samjeang Pizza. Kalau diikutkan pada maklumbalas kawan-kawan, ramai juga yang beritahu yang pizza ni sedap so daku pun nak la juga tahu sedap bagaimana yang dimaksudkan tu.


Di sebabkan daku dah buat tempahan secara online sehari sebelum maka tak perlulah nak tunggu lama-lama dan beratur. Pergi je terus ke kaunter, sebut nama dan pekerja kat sana yang mesra dan ramah tamah tu terus cakap YA dan minta tunggu sekejap sementara menunggu makanan disiapkan.


Sambil menantikan pizza di bungkus, bau semerbak pizza dah buat perut makin berkeroncong. Mujurlah pizza ni hendak di bawa pulang untuk makan bersama famili kat rumah, kalau tidak mau habis pizza-pizza ni kat sini hahaha... sedap semerbak bau sosnya tu.


Bertuahnya apabila buat pesanan secara online di website Dominos sehari sebelum ni bukan setakat tak perlu tunggu lama malah tak payah nak susah payah berdiri menunggu giliran untuk buat bayaran. Semuanya dah di settlekan secara bayaran online so terus je pergi pickup dan makan. 

Bagi daku yang sememangnya sangat busy dengan jadual yang padat bersama anak-anak, cara begini memang sangat daku suka. Senang kerja, jimat masa, cepat boleh di makan. Yang paling penting barulah order tu betul-betul panas hot from oven!


Sampai kat rumah, terus letak depan TV. Sambil makan bolehlah tonton drama. Malam ni daku ambil cuti tutup dapur so kami satu family jadi 'mat and minah salleh' makan pizza sampai kenyang! Wakaka....

Paling teruja sekali adalah dua daripada anakku yang ada di dalam gambar ni. Punyalah asyik diaorang dok lihat rupa pizza yang mengiurkan tu sambil tak perasan daku snap gambar ni. Agaknya tengah dok berfikir, perasa mana satulah yang patut di cuba dulu. Apa taknya, ada 4 perasa untuk keluaran samjeang ni iaitu udang, ayam, daging dan juga tuna.


Tak nak tunggu lama-lama terus daku cuba ke empat-empatnya. Pendapat peribadi yang sangat ikhlas jujur dari hati ianya memang sedap! Serius sedap! Toppingnya juga sangat banyak dan memang sangat puashati. 

Cuma... haa ada cumanya di sini. Cuma ianya agak kurang sesuai untuk kanak-kanak. Sebabnya sos samjeang yang di gunakan ni memang agak pedas, melainkan jika anak ualls tu memang makan pedas. Bagi golongan dewasa rasanya tidak ada masalah, masih boleh di tahan melainkan jika memang tak suka makan pedas sama sekali. Di sebalik rasa pedas tu turut ada rasa masin manis yang sangat seimbang.

Inilah rupa ke empat-empat pizza tersebut...

1. SAMJEANG UDANG

2. SAMJEANG AYAM

3. SAMJEANG DAGING

4. SAMJEANG TUNA

Antara yang paling ku suka adalah pizza samjeang daging sebabnya memang di letakkan hirisan daging yang agak tebal dan sangat lembut ketika di makan. 

Ni pula perangai anak-anak bila di beritahu yang pizza tu agak pedas. Dah di kasi warning yang ianya agak pedas tapi tetap juga nak cuba rasa so kita kasi dia rasa sendiri. Biar sampai terbeliak biji mata. 



Bagi suami dan anak sulung yang memang hantu pedassss.... diaorang senyum lebar dari mula makan lagi. Bagi diaorang ini barulah tahap makan pizza yang sebenar-benarnya. Puashati tahap maksimum kata mereka dari segi rasa, topping dan juga tahap pedas yang kick tu!

Kesimpulannya, jika ualls memang suka makan pedas, ualls patut cuba pizza dengan sos samjeang ni. Daku percaya ualls pasti akan angkat ibu jari tanda bagus sebabnya gabungan sos dan tahap kepedasan tu memang sedap dan power. Bagi yang kurang makan pedas, dont worry.... di Domino's ada pelbagai lagi perasa lain yang juga sedap dan terbaik.

Apa tunggu lagi... jom makan pizza di DOMINO'S...


-  Teringin pizza?  Ingatlah DOMINO'S PIZZA -


5 comments:

  1. Dah lama tak makan domino ni..

    ReplyDelete
  2. rabia tak pernah makan lagi kat domino ni

    ReplyDelete
  3. wahhhh terliur tgok gambar2 tu semua!! okay nak pgi dominos skrg jugakk haha

    Aerill Hassan


    ReplyDelete
  4. alaaa bestnya! aira pernah makan jugak ssamjeang ya tuhan pedassss tapi sedappp!

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY