LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

NUR ISLAM

[Cahaya Islam][bsummary]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][twocolumns]

Bergembira Dengan Meriahnya Dalam Suasana Petang di - MCDONALD’S JALAN GAMBANG, KUANTAN

Sebagaimana lazimnya seorang ibu yang perlu melayan kerenah anak yang pelbagai. Antara ragam yang paling buat aku berasa tercabar adalah dek kerana tak boleh duduk diam setempat. Jika berada di rumah, daku tidaklah kisah sangat tetapi bayangkan jika berada di luar rumah terutama ketika balik kampung dan travel. Eeee boleh stress daku di buatnya!

Maka setiap kali akan lakukan perjalanan jauh, daku kena make sure anak-anak akan berada di dalam mood happy dan relaks terlebih dulu. Kerana itu, ketika ingin pulang selepas check out dari Bukit Gambang Resort City baru-baru ni, daku membuat keputusan untuk singgah ke McDonald's Jalan Gambang yang juga di kenali sebagai McCafe Sungai Isap sebagai destinasi terakhir kami semua sebelum berpisah mengikut haluan untuk kembali ke lokasi kediaman masing-masing.


Jarak di antara Bukit Gambang Resort City dengan McDonald's Jalan Gambang ini tidaklah jauh mana. Masa yang di ambil hanyalah sekitar 25 minit saja. Bahkan, ketika di dalam perjalanan turut ada stesen minyak maka dapatlah kami mengisi penuh dulu tangki kereta masing-masing, seterusnya bergerak ke McDonald's untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan kami yang masih jauh.

Tiba saja di sana, anak-anak yang tadi mula merengek sudah mula tersenyum. Apa tidaknya, pekerja yang ada di situ terus menyapa kami dengan suara yang penuh nada gembira dengan senyuman yang melebar sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran kami sebagai pelanggan.



Peluh yang mula menitik ketika berada di luar tadi terus kering dek terkena rasa sejuk penghawa dingin di dalam premis McDonald's tersebut. Makin sukahati apabila di beri aiskrim mini secara percuma. Alhamdulillah, sejuk tekak sementara menanti semua pesanan kami disiapkan. Kalau ualls nak tahu aiskrim mini ini memang ada diberikan secara percuma bagi ualls yang sudi menjamu selera secara terus di mana-mana cawangan McDonald's yang berhampiran.

Disebabkan jumlah kami semua yang agak ramai, maka kami memilih untuk duduk beramai-ramai di tingkat atas.


Ketika di sana, kami mengambil keputusan untuk mencuba menu terbaru McDonald's yang di beri nama burger RIO. Daku yang agak kurang dengan menu makanan yang agak pedas, pada mulanya berasa cuak juga tetapi untuk suami dan anak sulung, mereka berdua dah berasa sangat teruja. Tambahan pula burger Rio ini adalah bersempena dengan piala dunia, maka bertambahlah tahap keterujaan mereka berdua untuk mencuba burger terbaru daripada McDonald's ini.

Pendapat pertama aku setelah melihat burger Rio ini adalah, wowwwww!!! Mana tidaknya, sizenya yang agak besar di tambah dengan rupa bun yang bulat seakan bola berserta dengan inti dagingnya yang lembut dan tebal berserta dengan sos dan sayur yang sangat mengiurkan telah membuatkan daku menelan liur berkali-kali.


Suami dan anak sulung tak tunggu lama, terus ngap!! Dan daku perasan mereka memang makan dengan penuh rasa nikmat. Sedappp do oh kata orang pantai timur. Bayangkanlah, makan hingga menjilat jari okay.. apa tidaknya, sosnya yang sangat sedap dan banyak membuatkan siapa saja pasti akan berasa puas ketika menikmatinya.

my family

Daku yang tak berapa sukakan pedas ini turut ikut acah-acah berani disebabkan dah tak tahan tengok lengok kawan-kawan yang asyik menikmati burger Rio masing-masing. Macammm sedappppp jerr... Lepas dah rasa, ehhh memang sedapppp pun.... haha...



Ohya! Sambil sedang menikmati makanan, daku berasa amat berterima kasih kepada beberapa orang pekerja McDonald's yang sudi bertungkus lumus melayan kami terutamanya anak-anak yang agak lasak dan nakal. Itu belum di kira dengan baby-baby. Dalam ramai yang ada di situ, daku paling tertarik dengan salah seoarang daripada mereka yang dengan mesranya membahasakan dirinya sebagai 'mama' ketika sedang berbual dengan kami semua pada hari itu.

Keramahan mama berserta dengan gelagatnya yang amat suka melayan anak-anak kami yang agak nakal itu telah membuatkan daku semakin tertarik hati untuk tahu siapakah sebenarnya wanita yang menggelarkan dirinya sebagai 'mama' ini. Setelah menjalankan soal siasat bagaikan polis wanita pencen, rupa-rupanya 'mama' mempunyai kisahnya yang tersendiri sehingga akhirnya berada di McDonald's tersebut.


- mama yang sangat manis dan peramah -


Nama sebenar 'mama' adalah Nik Anisah binti Mohd Ibrahim dan beliau merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak. Umurnya kini telah mencecah usia 50 tahun , walaubagaimanapun faktor usia sama sekali tidak menghalangnya untuk bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di restoran McDonald’s Jalan Gambang. Mama ( Nik Anisah ) adalah contoh terbaik kepada wanita berumur di Malaysia yang memegang kepercayaan bahawa umur bukanlah penghalang bagi seorang wanita berkhidmat kepada masyarakat.

Sebagai GEL, tugasan seharian mama ( Nik Anisah ) adalah untuk berkhidmat sebagai duta khidmat pelanggan. Fokus beliau adalah untuk  memberi pengalaman hebat kepada pelanggan McDonald’s. Ini termasuk memastikan pelanggan diberi layanan baik dan meninggalkan restoran McDonald’s Jalan Gambang dalam keadaan gembira dan berpuas hati dengan pengalaman mereka sepanjang berada disitu.

Mama ( Nik Anisah ) mula bekerja di McDonald’s Jalan Gambang pada 6 April 2015, menjadikan tahun ini tahun ketiga dia berkhidmat. Walau bagaimanapun, dedikasinya sebagai pekerja menarik perhatian pihak pengurusan sehingga pada 1 Oktober 2015, hanya 6 bulan selepas bermulanya perkhidmatannya, beliau dinaikkan pangkat untuk menjadi GEL.
Kanak-kanak semuanya happy dengan staff McDonald's terutamanya MAMA

Pada permulaannya, mama ( Nik Anisah ) ingin bekerja di McDonald’s hanya kerana ingin membantu menambah pendapatan keluarga. Penutupan syarikat perniagaannya sendiri memaksa beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Punca penutupan syarikat tersebut disebabkan masalah ekonomi dan ketiadaan projek. Mama ( Nik Anisah ) selepas itu bertemu rezeki sebagai pekerja di McDonald’s Jalan Gambang. Sebelum berkhidmat di McDonald’s Jalan Gambang, Nik Anisah menjalankan perniagaan kontraktor elektrik dan mekanikal. Nik Anisah malahan pernah menjalankan projek kerajaan dan swasta bernilai hampir RM1 juta.

Bagi mama ( Nik Anisah ) , beliau berasa seakan sentiasa muda dan ceria di restoran McDonald’s tempat beliau bekerja. Ini kerana beliau berpeluang bertemu dan bergaul dengan setiap lapisan masyarakat yang hadir di situ. Tidak kira peringkat umur, lapisan masyarakat ataupun status, semua pelanggan memberi kegembiraan dan pengalaman baru kepada beliau. Hubungan sesama pekerja di restoran juga tidak ubah seperti hubungan keluarga dan mereka sentiasa saling membantu antara satu sama lain.


Bersungguh kami menderngar cerita dari mama

Setelah mendapat tahu semua itu barulah daku faham kenapa McDonald's boleh menjadi antara hentian yang paling bagus untuk seisi keluarga. Ia juga menjawab persoalan kenapa daku dan anak-anak akan berasa happy setiap kali masuk sehinggalah saat keluar dari McDonalds.

Bagi aku, McDonald’s merupakan sebuah syarikat yang sentiasa memberi peluang kepada semua pekerjanya untuk membina kerjaya walaupun sudah berumur. McDonald’s juga sentiasa menjaga kebajikan perkerjanya. Sebagai contoh, baru-baru ini ramai pekerja Islam yang berkelayakan telah menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri. McDonald’s merupakan tempat makanan yang sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan selain memberi layanan yang bagus.

Mama (Nik Anisah) dan rakan-rakannya yang lain meskipun berstatus sebagai pekerja namun mereka sentiasa menganggap pelanggan adalah VIP dan mengalu-alukan kedatangan kita semua dengan penuh senyuman dan tanda terima kasih di restoran tersebut.


Segalanya cukup bagus hinggakan tiada lagi alasan untuk ibu ayah berasa stress untuk melayan kerenah anak-anak. Terus terang daku sarankan, jika ualls punya masalah seperti kami ataupun tidak punya idea di mana patut ualls singgah sebelum memulakan perjalanan yang agak jauh terutama jika bersama anak-anak, adalah baiknya ualls singgah je ke mana-mana cawangan McDonald's yang berhampiran kerana di sana ualls sekeluarga akan berasa happy dan ceria sambil menikmati makanan yang sedap.

Begitu juga jika ualls sedang di dalam perjalanan dan tiba-tiba berasa penat dan mengantuk, singgahlah sekejap buat lepaskan lelah. Jangan risau, warga McDonald's sentiasa siap sedia untuk menerima kedatangan siapa saja dengan tangan yang terbuka.

Sedikit info mengenai McDonald's Jalan Gambang, Kuantan

McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan, dibuka pada 15 April 2015 dan dikenali sebagai salah satu lokasi persinggahan buat pengunjung yang datang atau pulang daripada Bukit Gambang Resort City. Restoran yang juga mempunyai McCafe itu dibuka 24 jam, memberi kemudahan dan kelapangan buat pelanggan untuk datang pada bila-bila masa.

Lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, restoran McDonald’s Jalan Gambang sesuai dihadiri seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua.



Opsyen untuk mengadakan sambutan hari jadi kanak-kanak di McDonald’s Jalan Gambang ini juga menjadikannya lokasi yang tentunya menjanjikan kegembiraan dan memori indah dilakar buat semua yang hadir.

Tidak kiralah jika anda sekumpulan remaja atau sebuah keluarga yang hadir di McDonald’s Jalan Gambang, staf-staf dan juga perkhidmatan terbaik menanti anda tidak kira masa!




Yang penting, jika berkunjung ke Gambang, jangan sesekali lupa untuk menjadikan McDonald's Jalan Gambang sebagai destinasi kerana ianya sangat-sangat membantu hinggakan terasa seperti sedang berada di rumah keluarga sendiri.


- NAK BERCUTI DI GAMBANG? JANGAN LUPA SINGGAH DI MCDONALD'S - 


McDonald's McCafe Jalan Gambang, Kuantan
No. A29(Gf), Pusat Komersial
Batu 3, Jalan Gambang,
25150 Kuantan, Pahang.

No. Telefon
09-536 2746

2 comments:

  1. Tak pernah cuba lagi burger Rio ni, habis world cup, burger ni tak jual jugak ke Hawa?

    ReplyDelete
  2. best. seronok lepak dekat sini. ank ank pun seronok buat hal masing-masing

    ReplyDelete

BE GORGEOUS

[BEAUTY][twocolumns]

SIMPLE COOKING

[Home Recipe][twocolumns]

INSTA STORY