MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

Berkelah Dengan SANDWICH BONITO di Pantai Terengganu

It's fun to spend time on the beach. There are various things we can do on the beach. Although we can just sit back and hear the sound of the waves is quite fun too. 

Kerana itu, daku bersama dengan dua lagi rakan blogger iaitu Sis Gee dan Husniey telah mengambil peluang untuk duduk bersantai bersama-sama di Pantai Rhu 10 dalam daerah Setiu untuk saling duduk berbual di waktu petang sambil menikmati pemandangan laut dan pantai yang sangattt cantik.

Yang membuatkan kami makin teruja kerana dapat duduk bersantai sambil mengisi perut masing-masing dengan Sandwich Bonito yang super sedappppp!!! Kami bertiga ni kalau bab makan memang handal.... yelah nampak je mcm ni tapi kaki makan. 


Cer tengok ni, bukan setakat rotinya saja lembut malah padanan bahan-bahan yang digunakan sebagai inti di dalamnya juga sangat best dan sedap. Malah, kuantiti inti-intinya tu sangat membuatkan kami bertiga berasa sangat puashati. 


Sekali lihat terus dah boleh tahu bahan-bahan yang digunakan tu adalah sangat segar. Apa yang membuatkan ianya lebih special bagi kami adalah kerana sos dan mayonis yang diletakkan dengan kuantiti yang agak banyak. Mayonya juga sangat pekat. Bila makan sampai menjilat jari! 



Bagi Sis Gee ini adalah kali ke dua untuknya makan Sandwich Bonito kerana itu dia beria-ia perkenalkan sandwich ni pada kami. "Super sedappp... dok terbayang!!" katanya. 


Maka daku dan Husniey pun jadi sangat-sangat teruja untuk mencuba dan betullah bagai yang Sis Gee khabarkan. Serius sedap! Daku sempat bawa balik sekotak pada suami dan anak-anak, alhamdulillah mereka semua juga mengatakan hal yang sama. 

Malah disebabkan rasanya yang agak balance antara manis masam masin dan sedikit pedas maka anak-anakku semuanya boleh terima dengan baik termasuk Awwal yang baru berusia 2 1/2 tahun. 


Sukar hendak digambarkan dengan kata-kata namun yang pasti makan sandwich di tepi pantai yang cantik membiru membuatkan kami tak sedar masa yang telah berlalu. Terasa sekejapppp sangat. Walaubagaimana kami bertiga amat berpuashati kerana dapat bertemu dan berbual bagi melepaskan rindu sesama kami. 

Jika kebiasaannya asyik di dada blog je so sesekali nak la juga jumpa secara bertentang mata.


Besar betul mulut Sis Gee ni nganga... nak makan sekali telan ke ganer tu? Haiii tak cukup setakat dua kotak sandwich Bonito nampaknya ni... 


Tak nak cakap lebih-lebih.... jika ualls berkesempatan ke Terengganu dan menetap di mana-mana hotel atau homestay mahupun rumah saudara sekalipun, asalkan di dalam kawasan Kuala Terengganu... apa kata ualls call pihak pengusaha Bonito Sandwich yang dah memang viral kat sana ni. Daku Kami rasa ualls pun akan puashati sebagaimana kami bertiga. 

Untuk senarai menu dan harga boleh lihat kat bawah ni dan dont worry caj penghantaran adalah percuma!! Haa... call je dan order nanti akan terus di hantar ke muka pintu. Mudah kan?


Jika blur tak tahu nak pilih menu yang mana, ualls order je dalam bentuk MIX. Habis cerita..


Apa tunggu lagi tu... jom order!! Serius sedap....

- INGAT SANDWICH , INGAT BONITO !! -



6 comments:

  1. Wah lapar la pulak tetiba tengok sandwich ni

    ReplyDelete
  2. ejulz follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  3. Harap sudi join segmen ejulz :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY