LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

NUR ISLAM

[Cahaya Islam][bsummary]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][twocolumns]

BOXIMEAL - Bento Lunch Box Yang Unik Dan Menarik !

Assalamualaikum, salam ualls semua.. kalau ualls nak tahu daku antara ibu suka bekalkan anak-anak dengan makanan dari rumah setiap kali mereka ke sekolah namun masalahnya anak-anak daku ni agak berat nak bawa bekalan makanan tu kerana bagi mereka agak leceh dan tidak menyeronokkan.

Rasanya daku faham kenapa anak-anak kurang gemar membawa bekal makanan terbabit, yelah disebabkan ianya berisi makanan maka suka atau tidak terpaksa minta anak bawa di dalam beg bimbit supaya makanan di dalamnya tidak tumpah hingga boleh mengotorkan buku dan baju seragam yang berwarna putih tu. Walaubagaimanapun, alhamdulillah kini daku dah berjaya mengambil hati anak-anak untuk membawa bekal ke sekolah dengan perasaan penuh seronok dan teruja.

Ini semua berkat bantuan BOXIMEAL Bento Lunch Box.

BOXIMEAL - Bento Lunch Box

Pasti ualls tertanya-tanya, bagaimana Boximeal ini dapat membantu daku dan anak-anak. Namun itulah hakikatnya yang telah terjadi. Sebenarnya, Boximeal ini adalah sebuah bekas makanan dengan size (L x W x H cm) = 24.4 x 19.4 x 5.5 manakala beratnya pula hanyalah sekitar 700gram (0.7 kg) sahaja. 

Sebab utama kenapa ianya sangat berguna, tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan ciri utamanya yang sama sekali tidak tiris dan tidak tumpah walau sudah di terbalikkan sehingga 360 darjah. Apakah ini semua benar? Jangan risau kerana di sini daku akan tunjukkan buktinya.



Daku sendiri agak susah untuk mempercayai berdasarkan percakapan kerana itu cara terbaik untuk daku pastikan segalanya dengan sahih adalah dengan membeli dan mencubanya sendiri. Yelah, setakat percaya apa orang cerita je mana boleh kan? Maka, daku pun belilah satu unit secara direct dari LAZADA MALAYSIA dan alhamdulillah tempoh pengeposannya sangat cepat! Pembungkusannya juga sangat bagus dan cantik.

Sebaik saja terima mata aku dah tertancap pada warnanya yang sangat awesome di dalam colour purple. Cantikkk sangat. Daku belek-belek dan ternyatalah bahan yang digunakan sangat berkualiti dan jika di lihat secara mata kasar pastinya orang akan sangkakan yang Boximeal Bento Lunch Box ini jauh lebih mahal daripada harga sebenar yang perlu di beli sewaktu membuat pembayaran.



Namun hati aku masih lagi terdetik dan berasa makin tidak sabar untuk tahu apakah benar bahawa Boximeal Bento Lunch Box ini kalis tiris dan tidak tumpah ataupun segala yang di gembar gemburkan itu hanyalah sekadar omong kosong semata.

Tidak mahu tunggu lama, daku terus start operasi untuk mengetahui hakikat sebenarnya. Nak tahu jawapannya? Sila lihat sendiri menerusi video di bawah ini.



Macamana? Dah tengok? Okay jika dah,.. jom daku start cerita apakah kelebihan lain yang ada pada Boximeal Bento Lunch Box ini.

Kelebihan lain untuk Boximeal ini adalah :

1. BPA FREE

2. FDA

3. Design dan warna yang menarik sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur

4. Dibahagikan kepada empat (4) bahagian untuk mengisi bermacam jenis makanan

5. Tray yang berwarna putih, boleh dimasukkan ke dalam microwave dan mesin dishwasher

6. Mudah di tanggalkan untuk di cuci

Selamat dan Mudah Untuk Digunakan...

Bagi pendapatku sendiri, bekas makanan Boximeal Bento Lunch Box ini sangat sesuai digunakan oleh semua golongan terutamanya untuk anak-anak kita yang masih di bangku sekolah. Almaklumlah, anak-anak kita yang masih bersekolah tu bukannya boleh bawa bekas makanan dengan cara betul. Tambahan pula yang suka berlari ke sana sini, tak pasal bekas makanan akan jadi tunggang terbalik dan tidak mustahil boleh menyebabkan tumpah di dalam beg. Omg!!

Seperkara lagi, jika dulu perlu bawa bekas makanan di dalam bag yang berasingan kerana takut tumpah terkena barangan yang lain tetapi kini tidak perlu risau lagi kerana ianya sama sekali selamat dan kalis tiris serta tahan tumpah. Sukaaa sangat sangat suka.. 

Daku sendiri semasa sedang bercuti telah masukkan Boximeal Bento Lunch Box ini ke dalam bag dan sama sekali amat memuaskan hati.


Jaminan Khas Untuk Para Pembeli !!

Haaa... tengok tu.. jika tidak bagus masakan sanggup pihak pengeluarnya memberikan warranty selama SETAHUN secara percuma bagi setiap pembeli untuk setiap unit Boximeal ini. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membuat pendaftaran secara terus di website utama mereka DI SINI setelah selesai melakukan pembelian dan menerima Boximeal milik ualls nanti.



Jom Sediakan Bento Yang Berkhasiat Untuk Anak

Bekas untuk isi makanan telah siap sedia, jadi apa tunggu lagi... jom kita sediakan makanan yang berkhasiat tidak kisahlah untuk di bawa ke sekolah mahupun ketika bercuti, yang pasti makanan yang akan kita sediakan dengan penuh rasa kasih sayang itu tidak akan mudah rosak dan pastinya sama sekali tidak akan tumpah sebelum tiba masa untuk dinikmati.

Tengok tu, senang kan? Boleh isi nasi, sayur berkuah, sos dan juga apa saja lauk yang ualls suka hanya di dalam satu bekas yang cantik lawa tanpa perlu bimbang akan tiris, meleleh atau tumpah terbalik.



Jika anda punya anak yang agak cerewet tentang makanan maka, bekas ini boleh membantu anda mempersembahkan hasil kreativiti anda dalam menyediakan bento untuk anak-anak. Ualls juga boleh membawa makanan tersebut untuk di nikmati secara santai di dalam suasana yang lebih seronok di luar rumah seperti di taman permainan dan juga


Dapatkan BOXIMEAL Bento Lunch Box Yang Menarik Ini

Untuk dapatkan Boximeal Bento Lunch Box ini,
ualls boleh terus membuat belian melalui lamanweb Lazada >> DI SINI 



Apa yang lebih menggembirakan, khas untuk para pembaca blog ini, ualls akan di beri potongan harga sebanyak 10% hanya dengan memasukkan kod SISHAWA semasa melakukan pesanan. Manakala kosposnya pula adalah secara percuma!!


Harga selepas diskaun tanpa sebarang kos pos...

Harga selepas di tolak diskaun sebanyak 10%

Untuk dapatkan info tambahan bolehlah menghubungi pihak Boximeal melalui :


INGAT BENTO? INGAT BOXIMEAL LUNCH BOX !!


Apa pendapat ualls?? Okay ke tidak ??



4 comments:

  1. bestnya boleh masuk dalam microwave, dah tak payah nak alih bekas lain kalau nak panaskan

    ReplyDelete
  2. Wah bagusnya boximeal ni..nak beli lah untuk kakak anith

    ReplyDelete
  3. Cantiknya la box nya..rasa nak ada jugaklah

    ReplyDelete
  4. Kalau satu ni boleh bagi abe guna buat g kerja ni

    ReplyDelete

BE GORGEOUS

[BEAUTY][twocolumns]

SIMPLE COOKING

[Home Recipe][twocolumns]

INSTA STORY