MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

CARRIE JUNIOR | ODOUR BUSTER KIDS SHAMPOO - PEMBELAI TERBAIK UNTUK RAMBUT SI MANJA

Asalamualaikaum ualls.... may I know which shampoo did you give to ur kids? For me, I choose Odour Buster from Carrie Junior. For me this Odour Buster not just a very good fragrant smell shampoo but also has a lot of other good things for my kids.

Sebagai salah seorang pengguna produk Carrie Junior, daku berasa sangat teruja saat apabila mendapat tahu Carrie Junior memperkenalkan Carrie Junior Kids Shampoo Odour Buster, syampu yang khusus untuk kanak-kanak. 

CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER yang hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst dengan bauan menyenangkan serta mempunyai pH seimbang in sangat lembut dan tidak menghakis. Kerana itu ianya amat bagus untuk kegunaan seharian si manja.



Untuk pengetahuan ualls juga, anak-anakku semuanya jenis lasak dan aktif maka selalulah berpeluh dan antara bahagian yang selalu mengalami masalah ada pada bahagian rambut dan kulit kepala. Tambahan pula rambut anakku ini agak panjang dan halus. Bukan sebab tak nak potong terus rambutnya tu tapi wajah dia memang sesuai dengan gaya macam tu. Lagipun cukup susah nak bawa dia ke kedai gunting sebabnya dia geli bila gunting terkena kepala dan kawasan leher hehe.. 

Apabila rambut begitu maka agak bermasalah bila ada bau yang kuat dari kulit kepala dan rambut yang berpeluh selepas bermain di luar atau pulang dari sekolah. Jika ketika travel lagilah masalah bau kulit kepala dan peluh ini semakin menjadi-jadi.



Maka antara kaedah terbaik cara untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ini adalah dengan memastikan anak kesayangan mencuci rambutnya selepas waktu sekolah, atau bermain di luar. Mengekalkan kebersihan rambut akan dapat mengurangkan risiko jangkitan kulit kepala selain memastikan mereka berbau segar.

Penting bagi kita untuk mengetahui bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun. Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.





Kelebihan Carrie Junior | Odour Buster Kids Shampoo



Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. 




Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman. Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.



Harga Yang Ditawarkan



CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. 

Manakala CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER bersaiz 700g dijual pada hargaRM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak. Ada mainan juga kat dalamnya. Besttt !!


Produk CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.



*Harga tertakluk kepada perubahan berdasarkan cukai yang akan diumumkan oleh Kerajaan


** JOM GUNA PRODUK CARRIE JUNIOR **


3 comments:

  1. anak2 dilah mmg guna carie junior ni sis.. tp yg baru ni x penah try lagi.. boleh cari la next time..

    ReplyDelete
  2. anak2 Liez mmg nak carrie junior je sebab ada toy tu..so mmg stock berbotol2 sbb tak nak bg diaorg berebut.. tapi liez pun suka carriee junior

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY