MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

Jom Sertai All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry - McDonald's

Wahai semua durian lovers serata alam!! Impian kita kini bakal menjadi nyata. Jom lekas kita enjoy dengan makan sepuas-puasnya aiskrim sedap abad ini dengan All-You-Can-Eat Durian McFlurryhanya dengan bayaran RM10 seorang pada 17 July 2018. Di mana? Semestinya di semua cawangan McDonald's di seluruh Malaysia. 

Bagi yang benar-benar pengemar durian terutamanya durian D24, daku rasa ualls memang akan rugi jika terlepas event ni kerana durian Mcflurry daripada McDonald's ni memang sedap!! Sebenarnya daku dan family antara mereka yang cukup gemarkan durian, bahkan ketika sedang mengandungkan anak yang ke empat (pakai baju belang dalam gambar) daku mengidam nak makan durian hokayyy... hahaha...



Maka, jangan terkejutlah kalau anak ku yang seorang ini pun cukup hantu dengan durian. Kalau setakat sebiji tu seorang dia je hadap belum lagi termasuk aku dan suami. Kerana itu apabila mendapat tahu yang McDonald's ada mengeluarkan aiskrim perasa baru dengan menggunakan durian D24 yang sebenar, daku mengambil keputusan untuk turut mencubanya sendiri. 




Tak sempat dah nak tunggu event pada 17 Julai, sebaliknya kami terus terjah untuk merasanya segera. Berdasarkan pada tahap yang ku rasa, alhamdulillah sedap. Ada isi durian sebenar gituuu... cumanya setakat sebekas macam tak cukup jer.. hahahaha... 

Ualls tengoklah sendiri tahap brutal anakku makan. Nganga punyalah besar, macamana nak kongsi hanya sebekas je. Memang hantu durian betul !!



Kesimpulannya, jika ualls benar-benar 'durianholic' (ada ke perkaatan ni), make sure ualls cuba hadirkan diri ke mana-mana cawangan McDonald's yang terdekat dan sila jangan lepaskan peluang untuk makan Durian McFlurry yang awesome ni sepuas-puas hati selagi boleh hanya dengan bayaran RM10 sekali saja. Daku doakan ualls antara 20 orang yang terawal dan untuk tahu waktu sesinya bermula, boleh rujuk poster di bawah ini.



Pada yang tidak berjaya nanti, ualls jangan nangis-nangis. Alang-alang sampai grab je sebekas macam kami hanya dengan harga RM9.90 dan jika nakkan diskaun RM1, ualls boleh download aplikasi McDonald's ke rangkaian telefon bimbit anda dan bolehlah tebus baucer RM1 ini untuk pembelian McFlurry ini.

- Jangan lupa tau..... Jom makan durian di McDonald's.... Sedap !! - 

9 comments:

  1. sedap weih. memang rugi klu tk cuba

    ReplyDelete
  2. WAahhh!!! seronoknyaa Mcd ni. buat event mcm ni. nanti bolehlah isi perut dgn Durian Mcflurry.. hehehe

    ReplyDelete
  3. wawa dah makan, sedap lemak berkrim..

    ReplyDelete
  4. Jom..jom sedap tu. Memang rugi siapa yang tak rebut peluang ni

    ReplyDelete
  5. mana cukup sebekas!hahahaah

    ReplyDelete
  6. wow..menarik ni...sebekas tu pun rasa macam tak cukup je makan kan...macam nak pi repeat makan lagi...

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY