Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

My Obses With A Little Girl As A Mother

Assalamualaikum... well today I just want to share how do I feel after getting a baby girl. As you all know, I was a mother of five sons and just now I have the opportunity to feel how to be a mother to a daughter.



Menjadi ibu kepada anak perempuan berbanding dengan anak lelaki memang sangat-sangat berbeza sekali terutama dari segi pemilihan pakaian. Jika anak lelaki dulu apa yang boleh di beli hanyalah seluar jeans, tracksuit, shirt dan kemeja kerana itu daku agak kurang gemar bershopping dek kerana baju anak-anak ku boleh di perturunkan daripada abang kepada si adik secara berperingkat. Almaklumlah, sudah semuanya lelaki secara berterusan.

Tetapi sejak dikurniakan anak perempuan daku sudah semakin mula start bershopping. Apa tidaknya, ini baru pertama kali dapat baby gurl maka baju untuk perempuan sama sekali tak ada dalam simpanan. Yang ada hanyalah pakaian untuk kanak-kanak lelaki. Kesempatan yang ada ini pastinya tidak daku persia-siakan dan bermulalah misi terbaru daku untuk mendapatkan pakaian-pakaian untuk Kasih yang kena dengan dirinya.


Seperkara lagi, daku juga tak lepas dari melihat aksesori rambut! Haha... mujurlah Mr.Qamar memahami isi hati isterinya ini yang sudah lama berhajat nakkan anak perempuan. Maka untuk sesi pakaian dan perhiasan rambut semuanya Mr.Qamar tak marah apa-apa sebaliknya dia juga turut melayan kerenah aku yang kadangkala suka hiaskan Kasih dengan pakaian serba pink.

Buktinya, jika daku pakaian headband pada Kasih dan kebetulan semasa di dukungnya Kasih headband tersebut jatuh atau senget, maka Mr.Qamar akan segera pakaikan semula dan betulkan supaya elok. Begitu juga dengan anak-anak lelakiku yang lain. Tapi jika dia lihat Kasih tak selesa, haaaa itu akan terus ditanggalkan. Biasalah, kita kena faham yang ada masa baby tak suka dengan apa yang kita buat.


Ohya, sejak ada Kasih juga daku sendiri dah mula jatuh suka dengan warna pink. Ohlala... kalau dulu daku suka juga tapi jika nak pilih pakaian pink bukanlah warna pilihan utama namun kini setiap kali ingin membeli pakaian pasti mata akan tertancap kepada warna pink terlebih dulu. Dah macam ada magnet kata orang.

Yang pasti, makin hari makin seronok dengan kerenah Kasih dan tak sabar nak tunggu Kasih besar sikit untuk berpakaian sedondon bersama. Alhamdulillah, sekarang daku dah tahu apakah antara perbezaan antara menjadi ibu kepada anak lelaki dan juga anak perempuan.



Ualls macamana? Sama macam daku juga ker?


Post a Comment for "My Obses With A Little Girl As A Mother"