LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

NUR ISLAM

[Cahaya Islam][bsummary]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][twocolumns]

Resepi Jemput Ubi Kayu Terlajak Mudah Tapi Sedap

Assalamualaikum ualls,.... kalau ualls nak tahu kat rumah ni adalah beberapa pohon ubi kayu dek kerana favouriteku yang agak suka makan bingka ubi kayu. Tapi, sejak dua menjak ni rasa malas pula nak buat bingka cause yang makannya tu bukan semua orang. Apa taknya, hanya daku suami dan dua orang anak kami je yang minat makan bingka sedangkan yang lain agak liat sikit.

Jadi, untuk berlaku adil maka kali ini hasil tuaian ubi kayu kami tidak lagi di buat bingka sebaliknya daku hanya goreng jer. Actually, cara ni lagi best sebab tak payah berpeluh lama-lama berperang kat dapur.


Bagi yang belum pernah makan dan mungkin masih belum tahu yang ubi kayu juga sesuai untuk di buat jemput, ualls boleh cuba resepi kat bawah ni. Jangan risau, meskipun ubi kayu ni keras tapi ada cara untuk di masak tanpa perlu nak rebus-rebus bagai.... pendekata, tak payah nak penatkan badan. Kita buat cara ekspress yang boleh cepat di makan.

Cara-cara untuk membuat jemput ubi kayu ini adalah :

1. Buang kulit dan bersihkan


2. Sagat ubi kayu dengan menggunakan penyagat. Jika punya stok ubi kayu yang agak banyak, ualls boleh sagat siap-siap ke dalam tupperware dan simpan dengan keadaan bertutup di dalampeti sejuk. Nanti, time nak buat jemput lagi dah terus boleh guna.


3. Hasil setelah siap di parut.


4. Sekarang ambil dua hingga tiga genggam ubi kayu, kemudian campurkan dengan tepung gandum, gula, garam dan air. Bancuh sebagaimana ualls bancuh tepung untuk buat jemput biasa tu. Jika nak makin sedap boleh tambah lagi parutan ubi kayu ke dalam adunan tepung.


5. Begini rupanya hasil adunan tepung bersama ubi kayu parut yang telah siap secukup rasa.



Kemudian, bolehlah terus di goreng dan ualls bolehlah ngap beramai-ramai bersama family sebagai sarapan pagi mahupun minum petang. Jangan bimbang, jemput ni sama sekali tak keras walaupun sifat ubi kayu tu 'keras' sebaliknya jemput ubi kayu ni lembut di dalam dan rangup di luar.

- SELAMAT MENCUBA -

3 comments:

  1. First time ni nampak ubi kayu boleh dibuat jemput gandum camni selalu tahu goreng takpun rebus. Menarikkkk boleh try hehe

    ReplyDelete

BE GORGEOUS

[BEAUTY][twocolumns]

SIMPLE COOKING

[Home Recipe][twocolumns]

INSTA STORY