Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

SINOPSIS PENUH DRAMA CIK SEMPURNA - TV3

MISS PERFECT? CIK SEMPURNA!! Ehhh.. payah juga kalau segalanya nak serba sempurna kan? Tapi hakikatnya memang ada gadis sebegini di luar sana dan mungkin kerana itu juga wujudnya drama TV3 yang bertajuk Cik Sempurna dengan gandingan Emma Maembong dan juga Azrel Ismail ini.

Drama Cik Sempurna ini merupakan terbitan A. Aida Production Sdn Bhd yang diarahkan oleh Khalid Nadzri dan mula disiarkan pada 16 Jun 2018 lalu di slot Dahlia dengan waktu siaran dari jam 6.58 malam pada setiap hari Sabtu dan Ahad.



Drama ini mengisahkan tentang kehidupan dua orang adik beradik perempuan yang bernama Noreen dan Munirah. Noreen adalah seorang kakak yang sangat pembersih dan cerewet. Manakala adiknya Munirah pula adalah seorang yang agak pemalas dan pengotor.

Dek kerana itu seringlah berlaku pertengkaran di antara Noreen dan juga Munirah namun hakikatnya mereka adalah adik beradik yang saling sayang menyayangi kerana itu meskipun Noreen kuat membebel namun Munirah tetap juga cool dan hanya memekakkan telinga.

Walaubagaimanapun, segalanya mula berubah tatkala ke dua-duanya berumahtangga. Takdir telah menyebabkan mereka bertemu jodoh dengan pasangan yang sama sekali amat kontras sifat keperibadian dengan diri mereka berdua.

Noreen yang sangat pembersih dan teratur telah mendapat suami yang agak pemalas dan pengotor manakala Munirah pula mendapat suami yang sangat mementingkan ciri hidup dalam keadaan teratur sepanjang masa.

Di saat awal perkahwinana segalanya indah belaka dan masing-masing masih boleh menahan sabar namun lama-kelamaan tidak semua yang tidak indah itu akan terus boleh di biarkan begitu saja. Kewujudan ibu-ibu mertua juga turut memainkan peranan dan apa agaknya yang akan terjadi pada Noreen dan Munirah? Sama-sama kita nantikan drama yang sepanjang 21 episod ini.


1 comment for "SINOPSIS PENUH DRAMA CIK SEMPURNA - TV3"

  1. sikap yg bertentangan antara suami isteri... yuh tengok walaupun umh ku xde tv... hehe

    ReplyDelete