Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Siti Nurhaliza Di Kritik Nitizen Kerana Tunjuk Koleksi Kasut Siti Aafiyah

Banyaknya kasut anak Dato Siti!! Hinggakan baru-baru ni telah ada setengah nitizen berasa tidak puashati terhadap Dato' Siti Nurhaliza kerana telah mempamerkan sebahagian daripada kasut peribadi milik satu-satunya anak dara kesayangan beliau yang bernama Siti Aafiyah atau 'Si Comel Pipi Merah' itu di laman sosial instagram miliknya.

Rata-rata meluahkan pendapat bahawa Dato Siti tidak seharusnya mempamerkan hal-hal sebegitu kerana ia boleh memperlihatkan unsur riak sehingga boleh menyebabkan orang lain yang semestinya kurang berkemampuan dan tidak sekaya beliau berasa kurang senang.



Koleksi Kasut Peribadi Milik - Comel Pipi Merah




Kata-kata Nitizen Yang Kurang Senang



Pendapat Peribadi Dari Diriku Sendiri

Aku amat faham naluri Dato Siti sebagai seorang ibu kerana aku sendiri sebenarnya sedang merasai apa yang beliau rasai. Bayangkan, selama hampir 15 tahun aku impikan seorang anak perempuan baru tahun ini daku di beri rezeki itu. Kasih Sufi yang hadir membuatkan aku sebagai seorang ibu ini sangat teruja tahap maksima hinggakan jika boleh semua pakaian cantik comel ingin aku belikan untuknya, namun apakan daya daku tak berkemampuan.

Apa yang daku beli sekadar di tahap apa yang aku mampu untuk Kasih Sufiku yang tersayang. Sudah itu tahap kemampuan aku. Mungkin ada yang cakap membazir namun orang kena faham yang bayi comel ini semakin hari semakin membesar dan ketika itu segalanya sudah tidak dapat di putar lagi.

Comel Pipi Merah yang semakin membesar


Ya, Dato Siti mungkin telah beli dengan harga yang mahal tetapi pastikah itu semua di beli dengan duitnya sendiri dan bukan hadiah daripada orang lain? Masakan anak kepada Dato Siti yang super duper hot ever tu tak boleh dapat sponsor? Jangan-jangan dah berderet sponsor lain ikut tengah beratur!!

Jika benar sekalipun beliau membelinya sendiri , adakah salah sebagai seorang ibu untuk membeli pakaian untuk si anak mengikut tahap kemampuan masing-masing? Cuma biasalah apabila Dato Siti menunjukkannya kepada umum maka ada yang suka dan tidak kurang juga yang tidak senang.

Siti Aafiyah


Kerana itu bagi daku ada baiknya kita biarkan saja Dato Siti dengan livenya sebagai seorang ibu yang sudah lama beliau idam-idamkan itu. Soal harga rumah, perabot, pakaian dan apa saja milik beliau dan siapa saja orang-orang seperti beliau biarkanlah. Sudah itu rezeki mereka boleh menjadi antara orang yang kaya raya.

Kita yang tidak berkemampuan ni terima saja apa adanya yang pasti kita berada di dalam keadaan yang sihat walafiat, suka dan gembira bersama insan-insan kesayangan yang Allah SWT telah kurniakan....

Apa pendapat ualls?




2 comments for "Siti Nurhaliza Di Kritik Nitizen Kerana Tunjuk Koleksi Kasut Siti Aafiyah"

  1. normal la tu. tak semua orang suka apa yg kita buat. perasaan seorang ibu yg telah lama menunggu cahaya mata nya sendiri tu tak semua nak dapat dalami :)

    ReplyDelete
  2. Ada je yg berckp buruk ye... biarlah org yang nak tayang ke apa.. duit sendiri tak kacau duit org pun...makin buruk perangainya manusia skrg

    ReplyDelete