MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

3 PELINDUNG AMPUH YANG DI AJAR NABI UNTUK SELAMAT DI AKHIR ZAMAN

FITNAH akhir zaman adalah perkara penting untuk kita ambil berat dan cara terbaik untuk kita meminta perlindungan pastinya daripada ALLAH SWT agar selamat daripada fitnah-fitnah yang amat banyak di akhir zaman ni. Kita memang tak boleh nak elak sebabnya kita memang sedang berada di akhir zaman.

Jika dulu para sahabat tidak boleh membayangkan bagaimana manusia akhir zaman ini sebagaimana yang di ceritakan oleh Rasullullah SWT mengenai umat akhir zaman ini yang boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam masa yang sangat cepat hinggakan jika perjalanan mereka di zaman itu perlu memakan masa selama berbulan-bulan untuk sampai, umat akhir zaman boleh bergerak dan tiba di tempat yang sama hanya dalam masa beberapa jam.  



Jika di zaman dulu itu manusia satu dunia sukar untuk di lihat, susah untuk berhubung tetapi umat di akhir zaman boleh melihat dengan sekelip mata bahkan boleh berhubung terus secara langsung seluruh dunia hanya dalam masa beberapa minit mahupun saat. 

Pastinya para sahabat sangat terkejut membayangkan betapa membangunnya kehidupan umat manusia di akhir zaman namun mereka bukannya berasa gembira sebaliknya sedih kerana mengikut apa yang disabdakan, umat manusia akhir zaman inilah antara umat yang akan melihat betapa meluasnya fitnah! pembohongan! penipuan! maksiat! dan sebagainya. 

Meskipun para sahabat tidak mampu untuk melihat dan berada di akhir zaman ini namun mereka dengan penuh taat mempercayai apa yang Rasullullah SWT ceritakan meskipun agak sukar untuk mereka bayangkan tahap kemajuan yang dikatakan itu. 



Kita? Ya kita! Kita yang menjadi sebahagian daripada umat manusia akhir zaman ini pastinya sangat-sangat boleh tahu apakah benar sebagaimana yang Rasulullah ceritakan kepada para sahabat itu seribu tahun lebih yang lalu meskipun pada ketika itu 'dunia' manusia akhir zaman ini masih belum wujud lagi. 

Tetapi........ jika umat di zaman itu dapat mempercayai Rasullullah SWT tentang kita hanya dengan cara membayangkan, kenapa tidak kita mempercayai akan Rasulullah SWT sedangkan kita sendiri sedang melihat, merasai dan menjalani kehidupan di akhir zaman ini yang sememangnya sangat-sangat tepat dan benar sebagaimana yang Rasulullah SWT ceritakan suatu ketika dulu di zaman terdahulu sebelum kita. 



3 PETUA MUDAH UNTUK BENAR-BENAR MERASAI BAGAIMANA HIDUP AKAN DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT 


1. MENJAGA SOLAT FARDHU LIMA WAKTU DENGAN BAIK

2. MENGAMALKAN PEMBACAAN SURAH AL-KAHFI 

- Mengamalkan pembacaan surah Al-Kahfi ini ada di dalam pelbagai cara.




Cara #1 
BACA SURAH AL-KAHFI * AYAT 1 - 110 * 
Baca seminggu sekali pada setiap hari Jumaat. Tidak kisah baca pada masa mana sekalipun. Boleh baca pada waktu pagi, lepas zohor, lepas asar, lepas mahgrib dan sebagainya. Cuma jika di baca pada waktu selepas maghrib pada hari khamis itu sudah di kira sebagai hari Jumaat. Maknanya jika di baca pada waktu selepas isyak pada hari khamis malam Jumaat, itu sudah di kira sebagai hari Jumaat dan  dah boleh baca surah Al-Kahfi.


Cara #2
BACA SURAH AL-KAHF * AYAT 1 - 10 
Bacalah pada bila-bila masa sekurang-kurangnya sehari


Cara #3
BACA SURAH AL-KAHFI * AYAT 101 - 110 
Bacalah pada bila-bila masa sekurang-kurangnya sehari sekali


Cara #4
BACA SURAH AL-KAHFI * 10 AYAT TERAWAL DAN 10 AYAT TERAKHIR
Setiap hari pada waktu pagi baca surah kahfi ayat 1 hingga 10 dan pada waktu petang baca pula ayat 101 - 110. 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.


3. BACA DOA SELEPAS TAHAYAT AKHIR SEBELUM BERI SALAM

Rasullullah SWT setiap kali nabi solat akan membaca doa ini. Ini adalah doa Nabi dalam tahiyat sebelum beri salam.



Amalkan, pasti akan dapat lihat perubahan. Jika Allah SWT terima akan lihat bagaimana Allah SWT menjaga kita dan keluarga. Bagaimana Allah SWT akan mempelihatkan cara Nya menjaga kita itu? Wallahualam. Itu kita kena buat dulu dan rasai sendiri, InshaAllah.

Yang penting, niat kita yang utama adalah untuk mengikut sunnah Nabi, niat yang ke dua, "ya Allah peliharalah aku dan keluargaku dari fitnah yang begitu banyak pada akhir zaman ini". Ini adalah antara kita dengan Allah SWT bukannya dek kerana nak tunjuk alim.



APAKAH BENAR SEMUA PETUA DI ATAS?

Sebagaimana yang daku telah katakan tadi, semuanya bergantung kepada Allah SWT dan jika benar nak tahu samada benar-benar menjadi silakanlah buat. Sebagaimana yang diperkatakan, iman itu tidak boleh diwarisi meskipun daripada si ibu ayah kepada anaknya maka bagaimana juga hendak ditempiaskan dan diyakini hanya dengan bicara.

Jika kita rasa benar-benar hendak berusaha ke arah ingin menyelamatkan diri, maka berusahalah dengan titik peluh kita sendiri. Jangalah hendak ditanya samada menjadi atau tidak kemudian baru ingin buat dek kerana orang lain berjaya. Ini soal hati dan soal iman, bukannya tutorial masak-masak cuba resepi.


Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak panduan dan ya! daku sendiri sedang cuba berusaha untuk mempraktikkannya kerana daku salah seorang yang amat takut akan fitnah-fitnah di akhir zaman ini.

"Ya Allah..... Kau lindungilah aku Ya Allah... Hanya Kau saja segalanya dan hanya Kau saja yang dapat melindungiku dan keluargaku daripada kehidupan di tempoh akhir zaman yang penuh cabaran ini"




2 comments:

  1. Memang sedih melihat keadaan umat skarang. Kalau disenaraikan, pasti akan menangis para sahabat bila lihat. Sayang sekali tak ramai kita yang sedar (termasuklah diri saya). Allahu Akbar, moga kita semua dilindungi dan diberikan petunjuk jelas untuk kebaikan dunia akhirat.

    Janganlah terhimpun dalam golongan yang rugi.

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya dalam apa jua keadaan. berada dalam golongan yang dirahmati dan jauhla dari segala bentuk fitnah dunia.

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY