Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ALTHEA TURNS 3 - ALTHEA ANGELS WITH REAL FRESH SKIN DETOXER

ALTHEA TURNS 3! Wah dah tiga tahun rupanya umur si Althea ni tetapi daku ni sebenarnya baru saja kenal dengan si Althea beberapa bulan yang lalu dan memang sangat-sangat tak sangka yang si Althea boleh melamar aku melalui email untuk turut bersama menjadi sebahagian daripada 'family besar' mereka yang di beri nama ALTHEA ANGELS.

Keistimewaan yang akan di perolehi sekiranya bergelar sebagai Althea Angels ini adalah seperti :
  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaways
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access
  • dan banyak lagi aktiviti lain yang menarik

Bersempena dengan keahlian ini, satu kotak khas berwarna pink telah di terbangkan khas dari Korea secara terus sehingga ke depan pintu dan makin terkejut rasanya kerana masa yang di ambil adalah sangat pantas dan cepat tanpa ada sebarang kerosakan pada parcel sama sekali. Daku sendiri terkesima melihat kotaknya yang comel. Baru kotak, belum lagi buka tengok isi kat dalam yang di hantar sebagai hadiah oleh pihak Althea ini. 


Bila di buka dan di lihat isi dalamnya, inilah dia antara barangan yang sudi di beri sebagai hadiah padaku. Terbalik kan? Althea sambut ulangtahun tetapi bukan dia yang menerima hadiah sebaliknya dia pula yang mengambil peranan untuk memberi hadiah. Bukan hanya padaku seorang sebaliknya kepada semua ahli-ahli Althea Angels yang ada di dalam rekod mereka.

Antara barangan yang ada di dalam kotak tersebut adalah :

  1. Althea Real Fresh Skin Detoxer Green Tea
  2. Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose
  3. Tote Bag #AltheaTurns3
  4. "Spread Your Wing" Hand Mirror
  5. "Spread Your Wing" Makeup Bag 
  6. Cute Small Origami Present Box 
  7.  Card Discount super saver!


Dalam banyak-banyak item yang dihadiahkan, terdapat dua barangan yang paling menarik perhatian iaitu Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose (Refining)  dan juga Althea Real Fresh Skin Detoxer Green Tea (Purifying).



Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose (Refining) 

Real Fresh Skin Detoxer Rose ini diperbuat menggunakan
 adunan daripada 100% kelopak bunga ros yang di petik dengan tangan sepenuhnya tanpa menggunakan mesin pada setiap tahun di bulan May tertempat di Grasse Southern France. 

Sebagaimana kelopak rose yang sangat halus, lembut dan sememangnya sangat harum maka itulah juga fungsi produk ini yang dapat menghaluskan kulit wajah untuk menjadi tak ubah seperti kelopak bunga ros tersebut. 



Ia paling sesuai untuk digunakan pada waktu pagi setelah bangun dari tidur untuk membantu melindungi dan menstabilkan pH kulit. Bukan hanya boleh memberi kulit menjadi halus dan lembut saja ia juga dapat menjadikan wajah lebih bersih dan berseri. Masa penggunaannya tidak lama, hanya dalam masa 10 saat saja sudah dapat mendetox kulit wajah sepenuhnya.


Althea Real Fresh Skin Detoxer Green Tea (Purifying) 


Untuk Real Fresh Skin Detoxer Green Tea ini pula ia dapat membantu menjadikan kulit wajah lebih tenang dan relaks kerana itu ia paling sesuai untuk digunakan pada sebelah malam hari sebelum masuk tidur. 


Jika tadi diperbuat daripada kelopak bunga rose , ini pula diperbuat daripada estrak green tea yang di petik dari Jeju Green Tea Plantation. Ia merupakan 100% bahan semulajadi tanpa bahan berbahaya demi untuk mengembalikan kesegaran wajah selepas terdedah seharian pada cahaya matahari, debu kotoran dan sebagainya. Masa yang diperlukan juga 10 saat sahaja.


Cara penggunaannya :

  1. Cuci muka dengan bersih untuk menanggalkan sebarang kesan makeup dan keringkan wajah dengan tuala yang bersih.
  2. Picit sedikit Real Fresh Skin Detoxer Rose atau Real Fresh Skin Detoxer Green Tea di atas telapak tangan kemudian terus sapukan ke seluruh wajah. Biarkan sebentar selama 10 saat.
  3. Setelah itu, terus basahkan telapak tangan dan urutkan wajah yang telah di sapu dengan detox rose / green tea tadi sehingga rata ke seluruh wajah.
  4. Gosok buih yang keluar dengan perlahan sepenuhnya dan bolehlah di bilas dengan air bersih seperti biasa.


Testimoni Diri Sendiri

Wangi!!! Sangat sangat wangi!! Macam bunga rose sebenar dan sangat-sangat lembut. Untuk malam hari dapat tidur lena dengan lebin nyenyak dan bila bangun pagi wajah tetap rasa lembut dan fresh. Mujurlah pakai 2x sehari je pagi dan malam kalau tidak mahu ku pakai beberapa kali sehari sebab best... 

Harga Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea ini adalah RM86 dan jika mahukan
info yang lebih lanjut atau ingin terus membuat urusan pembelian, boleh lihat kat sini >>  https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set



Anyway, congratulations Althea for your 3rd birthday and for all Althea Angels out there, nice to know u alls.... 



8 comments for "ALTHEA TURNS 3 - ALTHEA ANGELS WITH REAL FRESH SKIN DETOXER"

  1. wah bestnya dapat produk althea ni.

    ReplyDelete
  2. You could definitely see your skills in the article you write.
    The sector hopes for even more passionate writers
    such as you who are not afraid to say how they believe.
    All the time go after your heart.

    ReplyDelete
  3. I believe that is among the so much important info for me. And i'm glad reading your article.
    However want to statement on some general things,
    The site taste is great, the articles is in reality great : D.
    Just right process, cheers

    ReplyDelete
  4. Hello, everything is going nicely here and ofcourse every
    one is sharing information, that's in fact fine, keep
    up writing.

    ReplyDelete
  5. Wonderful, what a weblog it is! This webpage provides useful information to us, keep it up.

    ReplyDelete
  6. Simply want to say your article is as astonishing.

    The clearness in your post is simply great and i can assume you are an expert on this subject.
    Well with your permission allow me to grab your feed to keep up to date with forthcoming post.
    Thanks a million and please keep up the gratifying work.

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat produk daripada Althea ni

    ReplyDelete