MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

AMALAN DOA SUAMI ISTERI TIKA SEDANG HAMIL

Sejak di sahkan hamil antara amalan yang paling elok dilakukan oleh ibu adalah dengan menjaga solat lima waktu dan membaca AlQuran. Ini bukan hanya dapat membantu memohon kepada Allah SWT supaya kandungan sihat dan selamat bahkan juga dapat membantu kita sebagai ibu untuk bersalin dengan mudah.

Bahkan InshaAllah secara tidak langsung dapat meminta supaya anak kita yang sedang dikandungkan itu dapat menjadi insan yang baik dan elok pekerti setelah tiba di dunia yang sementara ini nanti.


Membentuk peribadi anak bukan hanya setelah ia lahir. Mencorak sikap anak bukan setelah dia tiba ke ribaan kita dan asuh dari telapak kaki sebesar dua jari sebaliknya ia boleh di bentuk sejak masih di alam rahim lagi. Kerana itu sebagai seorang muslim, kita sangat di minta untuk menjaga tingkah laku ketika hamil ini.


Cabarlah diri untuk baca surah Yasin tiap kali usai solat

Ya! Ini adalah amalan yang ku praktikan semasa solat. Selalunya jika di izinkan, setiap kali usai solat fardhu daku akan membaca surah Yasin ini. Ini bermakna di dalam sehari daku boleh membaca sebanyak 5 kali sehari terutama sekiranya daku solat di rumah. Ini cara terbaik kerana surah Yasin tidaklah terlalu panjang dan sekiranya ada dikalangan ualls agak kurang lancar untuk membaca AlQuran maka ualls boleh membaca surah Yasin yang sememangnya telah ada ayat bacaan di dalam bahasa melayu.

Sekiranya masih juga kekok, ualls baca saja terjemahannya yang ada di dalam bahasa melayu itu. Tapi pastikan anda baca di dalam suasana tenang dan sila baca dengan penuh rasa rendah diri dari hati kerana saat itu sememangnya ualls sedang diperhatikan oleh Nya Yang Maha Melihat segala apa yang sedang kita kerjakan.


Semakin besar kandungan maka semakin lenguh rasa badan untuk nak habiskan bacaan dari awal hingga akhir. Masa ini mulalah datang rasa malas, penat dan sebagainya. Sebenarnya inilah saat-saat ujian yang perlu kita tepis! Anggaplah itu sebagai ujian kecil yang Allah SWT beri demi untuk melihat sejauh mana tahap keikhlasan kita. Tolonglah jangan berhenti, teruskan teruskan teruskan demi bayi kesayangan di dalam kandungan.


Pengalaman diri sendiri tika menahan sakit di bilik bersalin

Semua orang tahu cara terbaik adalah membaca doa-doa supaya dapat dipermudahkan urusan bersalin ini agar segalanya dapat berjalan dengan lancar dan selamat. Tapi saat sedang sakit tidak seperti ketika tidak sakit. Sakit bersalin ni bukannya sakit main-main.....

Sebab itu semasa sedang sakit sangat tu, daku sendiri kurang mampu untuk baca doa yang sebelum ini boleh saja di baca dengan mudah. Apa yang ku ingat hanyalah ingin Allah SWT permudahkan. Kerana itu adalah lebih baik baca saja doa-doa ringkas. Tidak boleh dalam bahasa arab sebut terus dalam bahasa melayu.


Daku sendiri pada ketika sedang sakit itu, kata-kata inilah yang sering berlegar-legar di hati, di fikiran dan juga di mulut. Ayat ini yang ku sebut tanpa henti dari awal hingga ke saat sedang menerima jahitan perineum.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau sulitkan......"

"Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau sulitkan......"

"Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau sulitkan......"

"Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau sulitkan......"

"Ya Allah, Kau permudahkanlah, jangan Kau sulitkan......"

Hanya ayat ini yang berulang alik bermain di hati dan mulut dan mahu percaya ataupun tidak, setiap kali daku fokuskan semuanya hanya mengingat Dia dengat ucapan itu alhamdulillah terasa kurang sedikit kesakitan. Mungkin juga berkat akibat amalkan surah Yasin setiap kali usai solat tadi.

Doa - Amalan Terbaik Tika Hamil

Doa ini bukan hanya boleh diamalkan oleh si ibu malah oleh si ayah juga. Sejak isteri di sahkan hamil bakal ayah ini bolehlah ikut berdoa ke hadrat Ilahi agar segalanya berjalan dengan lancar dan bakal anak yang bakal lahir juga mudah-mudahan di dalam keadaan yang sihat dan sempurna.


Jika di takdirkan tidak seperti yang kita inginkan, pasti Allah SWT mempunyai alasanNya yang tersendiri. Apa yang kita minta jika tidak dimakbulkan atau masih belum diberikan, pastinya saat itu masih belum tiba ataupun besar kemungkinan apa yang kita minta itu tidak sepadan dengan apa yang boleh kita tanggung akan ujian hasil dari permintaan tersebut.

Doa yang boleh suami amalkan tika isteri sedang hendak bersalin

Suami yang berada disisi isteri semasa proses bersalin juga akan berasa cemas dan tidak senang duduk. Melihat kesakitan dan keperitan yang ditanggung isteri saat mengeluarkan seorang bayi dari janin ke bawah.
Justeru, amalkan doa ini sepanjang proses kelahiran dan bertawakallah sepenuh hati kepada Allah SWT.
ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي
(rabbi yassir wa la tu’assir ,rabbi tammim bil khayr)
Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan”
Selain itu juga, suami boleh mengamalkan Surah Insyirah kerana setiap kesukaran itu pasti akan disusuli dengan kemudahan.

Anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat? Jika YA, marilah jadi salah seorang followers blog ini  >> DI SINI << sebagai tanda sokongan. Mudah-mudahan coretan ini dapat memberi sedikit sebanyak info pada yang memerlukan. Terima kasih.



2 comments:

  1. Bagus diamalkan ni. Ibu bapa muda kena buat amalan doa ni, in Sha akan berikan kesan yang baik untuk keluarga.

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. kena always doa both husband and wife. untuk masa depan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan =)

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY