MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

BEAUTY REVIEW - SAFI BALQIS OXY WHITE

SELAMAT BERSIH SUCI atau dalam erti kata lain adalah 'halal' merupakan satu kata kunci utama yang membuatkan daku berasa amat sayang terhadap jenama yang bernama SAFI BALQIS ini. Makin best kerana sekarang telah ada kelahiran set baru dari SAFI yang di beri nama Safi Balqis Oxy White bukan sahaja mampu menjadikan kulit kepada dua (2) tona lebih cerah, malah boleh juga menolong menjadikan kulit sihat dari dalam untuk semua pemakainya.


Safi Balqis Oxy White ini berfungsi dengan cara membersih, menyegar, merawat, melembap dan merapi. Ianya dihasilkan dengan menggunakan formulasi terbaru dengan rekabentuk yang menarik serta mudah untuk di bawa. 

Setiap set Safi Balqis Oxy White ini mengandungi 3 jenis produk iaitu :
  • Safi Balqis OxyWhite Facial Cleanser (pencuci muka)
  • Safi Balqis OxyWhite Tone (penyegar wajah)
  • Safi Balqis Oxywhite Moisturising Day Cream SPF20PA++IR  (Pelembab)

TIGA JENIS PRODUK UNTUK SET OXY WHITE

1 - Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka
Isi Kandungan : : 50 gram / 100 gram


Fungsinya :
Kerja harian dan faktor cuaca menyebabkan kulit menjadi kotor, kusam dan tidak bermaya. Pembersih Muka SAFI BALQIS OxyWhite mewah dengan formulasi teknologi buih mikro yang berkrim ini dapat bertindak untuk :

• Membersihkan pori kulit sehingga mendalam
• Menghapuskan kotoran lebihan dan menanggalkan makeup
• Mengekalkan kelembapan kulit selepas guna
• Sesuai untuk semua jenis kulit


2. 
Safi Balqis OxyWhite Toner (penyegar)
Isi Kandungan : 100g



Fungsinya :
Pori kulit yang terbuka terutama setelah mencuci wajah akan dikecilkan semula dengan kegunaan penyegar ini. Selain dari itu ia juga amat berkesan untuk

• Menegangkan pori kulit supaya kulit kekal bersih
• Menyediakan kulit untuk menerima penggunaan produk dengan lebih berkesan
• Menyegarkan kulit tanpa menyebabkan rasa melekit tanpa formulasi alkohol



3. Safi Balqis Oxywhite Day Moisturiser Cream SPF20PA++IR 
Isi Kandungan : 45 gram



Fungsinya :
Matahari dan penghawa dingin boleh menyebabkan kulit mudah kusam dan hilang lembapan. SAFI BALQIS OxyWhite Perlembap Siang SPF20PA++IR:

• Kulit menjadi 2 kali cerah sempurna
• melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB dengan SPF20PA++
• memudarkan pigmentasi dari radiasi inframerah (IR) dengan IR perisai
• melindungi kulit 100% dari radikal bebas
• Mencerahkan kulit lebih cepat dan intensi
• menghaluskan kulit
• menyamaratakan tona kulit


Cara Pakai Safi Balqis Oxywhite

Cara penggunaan Safi Balqis Oxy White ni mudah jer. Hanya dengan tiga langkah ( 3 step ) semuanya dah settle. 
  • Langkah pertama - gunakan Safi Balqis OxyWhite Pembersih Muka
  • Langkah ke dua - gunakan Safi Balqis OxyWhite Toner (penyegar)
  • Langkah ke tiga - gunakan Safi Balqis Oxywhite Moisturising Day Cream SPF20PA++IR  (Pelembab)

Testimoni Diri Sendiri Setelah Menggunakan Safi Balqis Oxywhite

Actually daku pernah try Safi ni ketika berada di ketika usia belasan tahun lagi dan tak sangka Safi telah bertahan sudah berpuluh tahun. Saat daku cuba set pengjagaan wajah Safi bagi aku ianya sangat-sangat lembut dan yang paling penting kawasan wajah T-Zone daku yang sebelum ini agak berminyak telah mampu dikurangkan. Kulit juga makin bersih dan tampak lebih cerah dari hari ke hari jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.


Dapatkan Safi Balqis Oxywhite Segera Hari Ini Dengan Harga Kebaboom!!!

Mesti ualls dah tahu yang produk keluaran jenama Safi ni banyak terjual di mana-mana kedai mahupun pasaraya di luar sana. Ia juga ada di jual secara online. Apa yang menjadi persoalan, apakah ualls juga berminat dengan produk yang best seperti Safi Balqis Oxy White ini.



Jika ingin tahu tentang Safi Balqis Oxy White mahupun produk-produk lain keluaran Safi yang ada di pasaran, ualls boleh layari lamanweb utama mereka di http://safi.com.my


KHIDMAT PELANGGAN : 1-800-88-8867



2 comments:

  1. singgah tengah hari...
    nieyl mmg pakai rankaian product safi ni...
    cuma skrg ni pakai Rania :)

    ReplyDelete
  2. Safi adalah antara product yang dipercayai for years =)

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY