Assalamualaikum ualls... baru-baru ni daku sempatlah luangkan masa bercuti sebentar di Kota Bharu. Sesaja je holiday bersama team #bloggerpantaitimur untuk buat rangkaan untuk next project bagi rangkaan tahun hadapan. Tapi.... apabila bertemu tu bermulalah sesi makan yang sememangnya tak dapat kami nak elak. Asal jumpa je mesti nak cari tempat makan yang best-best! Ok la tu kan? At least dapat share dengan ualls semua melalui blog ni. Mana tahu, ualls ada masa nak ke Kelantan ataupun sememangnya ualls telahpun berada di Kelantan, dapatlah cuba makanan-makanan yang telah daku cuba sebelum ni.

Untuk kali ini, daku tak ke mana-mana restaurant seperti selalu sebaliknya daku nak cuba makanan dalam bentuk delivery service. Haa jangan terkejut kalau daku katakan ada agak banyak servis delivery food ni yang boleh cover hampir seluruh area Kota Bharu. So, ualls stay je kat mana-mana then kalau rasa macam malas dan leceh nak drive semata-mata untuk pergi mengisi perut, ualls boleh contact mana-mana delivery service yang ualls rasa berkenan.

Untuk hari ini daku nak perkenalkan tentang CALDO KITCHEN, one of good delivery service that is always available to give you great food. 


Antara banyak-banyak menu yang ada ditawarkan oleh CalDo Kitchen, daku membuat keputusan untuk mencuba Vietnam Roll. Sebagaimana yang daku beritahu tadi, sikap mesra pelanggan telah membuatkan pesanan dan penerimaan makanan berjalan dengan sangat cepat dan lancar.

Pada mulanya, daku minta pihak CalDo Kitchen menghantar terus sehingga ke tempat daku menginap namun disebabkan secara tiba-tiba perlu keluar untuk ke pasaraya terdekat untuk beli sedikit barangan maka daku call semula kepada pihak CalDo Kitchen untuk bertemu di Domino's Kota Bharu dan they sey yes! So easy....

VIETNAM ROLL

Sampai je kat homestay, kami semua dah teruja nak try. Apa taknya nampak terang lagi bersuluh isi udang, fillet ketam dan ayam yang besar dan mengiurkan menunggu masa untuk di gigit. Makin membuatkan kami telan air liur adalah pada sosnya yang sangat mengujakan memanggil-manggil untuk kami dip Vietnam Roll ni ke dalamnya.


Cer tengok tu, walau jeling sekali imbas dah nampak betapa padantnya isi yang diletakkan di dalam Vietnam Roll ni. Terserlah juga tahap kesegaran bahan-bahan yang digunakan.


Makanan dah ada di depan mata, apa tunggu lagi.... ngap ler!! 1st of all, pegang dulu satu bekas sos dengan tangan kiri then grab satu biji Vietnam Roll dengan tangan kanan. Eh, dah macam nak ajar anak makan la pulak... hahahaha.... sorry ualls... nampak sangat daku punya sikap teruja tu kan? 


Ni part paling menguji iman. Masa tengah mencicah Vietnam Roll ke dalam sos ni daku macam nak rendam keseluruhannya bagi mandi terus jer sebabnya sos yang di sediakan ni memang sangat-sangat menyelerakan sekali baunya.


Yes! Dah kena ngap!! Haaa puashati dapat makan sendiri. Bila dah rasa ni, pada pendapat peribadi aku yang jujur sejujurnya tanpa sebarang penyembunyian sebarang perasaan ( chewah, ayat tak boleh blah), daku rasa part yang paling best adalah isinya yang sangat besar dan segar. Sayur-sayuran yang digunakan juga sangat pelbagai dan segar juga.


Cuma!! Haaa ada cumanya di sini... cuma bagi daku yang agak kurang suka dengan sayur daku rasa menu ini agak kurang sesuai dengan seleraku. Sorry ualls tapi daku dengan sayur memang agak kurang dan bila makan satu menu yang % di dalamnya adalah sayur maka of courselah daku agak kurang berminat. 

Tapi!!! Tapi sosnya tu amat win.... sedap... masam masin manis pedas, amat cukup rasa. Sos ni bagi daku amat sesuai untuk di makan dengan apa saja menu. Best!!


vietnam roll from CalDo Kitchen

TUNGGU.... NANTI DULU.....!!!!!

Walaupun daku beri feedback yang daku kurang gemarkan Vietnam Roll ini kerana daku bukan penggemar sayur yang tegar namun citarasa setiap orang ni tak sama dan sebagai contohnya, ualls boleh lihat gambar kat bawah ni. Ramai juga pelanggan yang order dan ada yang dah mula jadi regular costumer untuk dapatkan vietnam roll special dari CalDo Kitchen.


Pada yang kurang gemar menu vietnam springroll seperti aku, tidak bermakna ualls tak boleh dapatkan servis daripada CalDo Kitchen lagi kerana di CalDo Kitchen ini sebenarnya ada pelbagai lagi menu lain yang lebih menarik dan best! Haaaaa..... jangan ingat di CalDo Kitchen ni hanya ada menu springroll saja okay.. No! No! No!


JOM KENALI CALDO KITCHEN DENGAN LEBIH DEKAT....

Sebenarnya, pihak CalDo Kitchen ini bukan hanya boleh memberikan servis untuk delivery sahaja sebaliknya untuk katering juga dan bila bercerita tentang katering pastinya ualls boleh bayangkan yang CalDo Kitchen bukan hanya mampu untuk membuat menu biasa untuk di makan secara santai-santai tetapi juga menu yang lebih berat untuk makan tengahari dan makan malam.

Ualls hanya perlu call dan beritahu apa yang ualls inginkan, InshaAllah pihak CalDo Kitchen akan bantu berikan cadangan menu yang sesuai mengikut budget ualls sendiri.

pelbagai menu lauk pauk dari CalDo Kitchen

Jika kebetulan ualls memang tinggal di Kota Bharu dan kebetulan kurang sihat dan sebagainya, ualls boleh dapatkan bantuan daripada pihak CalDo Kitchen untuk menyediakan menu makanan untuk ahli keluarga lain yang ada. Dengan cara ini setidak-tidaknya ualls tak perlu bersusah payah dan ahli keluarga juga tidak lagi harus buang masa untuk keluar makan di luar. Dengana danya alDo Kitchen ualls hanya perlu duduk saja di rumah menunggu makanan tiba untuk di nikmati.


Sekiranya tidak mahukan menu melayu, ualls boleh order menu masakan barat dan shellout juga ada. Yang penting, terus saja hubungi pihak CalDo Kitchen untuk bincangkan soal menu dan harga.


CalDo Kitchen turut menyediakan perkhidmatan katering & event utk anda yang memerlukan katering servis di sekitar bandar Kota Bharu khususnya dan antara menu yang paling terkenal dari CalDo Kitchen ini adalah Nasi Kerabu Ayam Madu dan juga kambing grill.


kambing grill special dari CalDo Kitchen

SEBAHAGIAN DARI TESTIMONI PELANGGAN



Tukang Masak Yang Berpengalaman 

Tidak hairanlah kenapa CalDo Kitchen semakin mendapat tempat di hati para pelanggan mereka dan tidak hairan juga kenapa menu-menu yang ada di CalDo Kitchen sangat special dan berbeza. Siapa sangka walaupun menyediakan servis menyediakan makanan dalam bentuk delivery dan katering namun hakikatnya CalDo Kitchen mempunyai sentuhan tangan dari ownernya sendiri yang merupakan seorang tukang masak yang sangat berpengalaman. 



Minatnya dalam bidang masakan dengan visi untuk menyediakan makanan yang bersih, segar dan berkhasiat seperti di masak sendiri di rumah memang patut di puji.


Selepas ini jika ualls berada di negeri Cik Siti Wan Kembang, sila-silalah mencuba makanan yang disediakan oleh pihak CalDo Kitchen ini dan nikmatilah percutian anda dengan penuh rasa happy dan senang hati tanpa perlu lagi pening kepala.


Pada yang berminat untuk mendapatkan servis daripada CalDo Kitchen KB Food Delivery & Catering ini sila hubungi mereka di 

FB : https://www.facebook.com/caldokitchenkb/


p/s: ada bisnes sendiri? Mahu kami review? emailkan ke rosebirumuda@gmail.com