Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

CARA PALING BERKESAN UNTUK KEMBALIKAN SELERA BABY PICKY EATERS

Assalamualaikum ualls.... okay hari ini daku nak share tips bagaimana untuk mengendalikan baby yang picky eater atau dalam bahasa melayunya, bayi yang terlalu cerewet ke atas mana-mana makanan hingga sama sekali tidak mahu makan. Jika orang dewasa mudah untuk kita bertanyakan apa yang suka dan apa yang tidak suka tetapi apabila melibatkan baby yang masih kecil sememangnya ia menjadi satu perkara yang agak merisaukan.


Inilah my baby, si Kasih Sufi yang kini telahpun menginjak usia 8 bulan. Tapi Kasih ni agak mencabar tahap kesabaran daku kerana dia agak susah nak terima makanan. Hmmm picky eater betul si Kasih ni!


Baby Picky Eater ni tidak boleh dibiarkan tau! Jangan kerana dia tak nak makan maka kita pun terus abaikan tugas untuk memberi baby makanan pada masa yang sepatutnya. No! Jangan buat macam tu nanti berat badan baby akan menurun dan tak pasal boleh mendapat masalah lain yang lebih teruk.

Tips Utama Untuk Kendalikan Baby Picky Eater

1. Perkenalkan Bubur Nasi Kosong Sejak Usia 6 Bulan

Apa yang paling penting, cara terbaik untuk elak anak picky eater ini adalah dengan memperkenalkan bubur nasi sejak dari usianya 6 bulan. Buatlah sedikit bubur nasi kosong kemudian kisarkan sehingga halus dengan blander. Setelah itu tapis dan berilah pada anak. Nasi tersebut haruslah hanya beras dan air semata-mata tanpa meletakkan apa-apa bahan perasa dan lain-lain.

2. Pantau Tahap Penerimaan Baby Terhadap Makanan Tersebut

Pengalaman daku sendiri dulu, pada usia 6 bulan sewaktu mula perkenalkan bubur nasi biasa, apabila di suap dengan bubur nasi tersebut Kasih akan sembur nasi tu tanpa mahu ditelannya sama sekali. So, disebabkan Kasih sembur maka daku ubah sedikit tekstur bubur yang baru supaya menjadi lebih pejal (kurangkan air) namun sekali lagi daku tewas. Kali ini Kasih dengan senang terus diluahnya bubur nasi tersebut. Eeee geram! Rasa macam nak sumbat jer bubur tu dalam mulut si Kasih yang cerewet ni..



3. Cuba Fahami Kehendak Baby

Disebabkan Kasih tidak mahu menerima bubur nasi kosong sama sekali maka daku ambil keputusan untuk memperkenalkan Kasih dengan buah-buahan. Antara buah yang ku perkenalkan adalah epal dan pisang. Apabila diletakkan sedikit pada lidahnya, Kasih terus mula memberi reaksi untuk makan. Saat itu daku dah boleh faham yang Kasih cerewet bukan kerana tekstur makanan tetapi kerana rasa.

4. Mula Memasak Menu Baru Untuk Baby

Setelah mengetahui kehendaknya maka bermulalah episod baru untuk memasak menu-menu sedap demi untuk cuba memenangi selera makan Kasih yang banyak kerenah ni. Memasak bubur untuk baby tidak perlu di buat dalam kuantiti yang banyak kerana ketika ini kita masih di dalam fasa untuk cuba memahami selera makannya dahulu. Memadai dengan memasak segenggam beras bersama setengah biji epal buat permulaan. Make sure epal merah tau! Jangan di beri epal hijau pula, tak pasal boleh sakit perut sebab epal hijau tu masam sangat.

Cadangan Menu Sedap Untuk Baby Dan Picky Eaters

Menu sedap untuk memenangi hati baby terutama picky eaters adalah dengan mengabungkan nasi dengan buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Sebagai contoh :

1. BUBUR NASI EPAL KELEDEK 

Bubur nasi epal keledek ini akan menghasilkan rasa masam manis sesedap rasa yang sedap untuk di makan. Caranya mudah saja. Hanya perlu masak bubur nasi seperti biasa bersama dengan setengah biji keledek dan juga setengah biji epal merah yang telah di potong. Setelah masak bolehlah di kisar dan di tapis untuk di suap pada baby.



2. BUBUR NASI KENTANG EPAL

Bubur nasi kentang epal akan menghasilkan rasa berlemak dan masam manis. Sama saja cara memasaknya. Hanya perlu memasak bubur nasi bersama dengan satu biji kentang dan juga setengah biji epal merah sehingga masak kemudian tapis dan berikan pada baby.


Yang pasti kita perlu memikirkan gabungan sesuai yang boleh memberikan rasa yang sedap untuk baby picky eater nikmati. Gunakan kreativiti untuk menggabungkan beberapa bahan daripada buahan dan juga sayuran bersama dengan nasi untuk mendapatkan rasa yang sedap itu. Tapi awas! Jangan sesekali diletakkan sebarang perasa tambahan seperti gula, garam dan stok segera. Untuk baby adalah lebih baik untuk tidak menggunakan sebarang perasa tambahan sama sekali. 

Tips Jimat Masa Untuk Sediakan Bubur Nasi Baby

Jika ualls tak punya banyak masa untuk masak bubur nasi setiap hari, ualls boleh masak bubur nasi ini dengan kuantiti yang lebih kemudian tapis dan agihkan di dalam beberapa bekas kecil dengan kuantiti untuk sekali suapan bagi setiap bekas. Setelah itu bolehlah di letakkan di tempat beku untuk dijadikan frozen food. Nanti apabila hendak di suap pada baby hanya perlu dipanaskan.


Jika masih tidak tahu apakah menu yang boleh memikat hati si manja, ualls boleh menjadikan sayur atau buahan tersebut sebagai puree dengan cara stim (kukus) kemudian masukkan ke dalam pengisar dan tapis. Seletah itu bolehlah di masukkan ke dalam bekas kecil seperti bekas untuk membuat ais kiub. Nanti ualls boleh gunakan kreativiti sendiri untuk campurkan pelbagai jenis sayur dan buahan ini sehingga menjadi satu menu kegemaran si manja.


Ini adalah contoh buah dan sayur seperti carrot, aprikot, kentang, tembikai dan labu yang telah dijadikan sebagai frozen food dalam bentuk kiub. Jangan risau kerana frozen food ni boleh tahan selama 2 bulan. Yang penting jangan sesekali di tambah dengan garam dan gula. Hanya tambah dengan susu dan air saja di bolehkan.


Sekarang Kasih Sangat Happy Bila Tiba Masa Makan!

Alhamdulillah, lega sangat rasa hati bila Kasih dah mula mahu menerima makanan. Jika dulu cukup susahati bila Kasih menangis tak mahu di suap makanan tapi sekarang ni rasa sangat happy bila lihat Kasih makan dengan cukup berselera. 


Sekarang ni tak perlu lagi buat muka pelik-pelik demi nak tarik perhatian Kasih untuk makan. Tunjuk je makanan bubur nasi bersama buah dan sayur yang punya rasa sedap, terus dimakannya dengan mudah sehingga habis. Wajah semasa makan pun banyak senyummmmm.... yes!



Yang pasti, ibu-ibu disarankan untuk memberi bubur nasi sejak dari baby umur 6 bulan kerana ianya dapat membantu kita sebagai ibu untuk mengelakkan masalah anak yang picky eater. Baby picky eater ni bukannya tidak mahu makan sama sekali cuma dia agak cerewet hingga sanggup menahan lapar dek kerana tidak suka dengan menu yang disediakan. Itulah juga yang berlaku pada Kasih.

MY LOVELY PRINCESS, KASIH SUFI - 8 MONTH


Pada ibu-ibu terutama yang mempunyai baby picky eater seperti Kasih, harap bersabar dan anggap je tengah main masak-masak.... gunakanlah peluang bergelar seorang ibu ini dengan sebaik-baiknya. Selamat berjaya!!



2 comments for "CARA PALING BERKESAN UNTUK KEMBALIKAN SELERA BABY PICKY EATERS"

  1. alolo comel la kasih sufi buat muka hidung busuk hahahah, mengatip pun pandai... besar dah dia

    ReplyDelete
  2. sihat anak-anak sekarang kan, banyak tips dan menu makanan untuk anak-anak ..
    Zaman Sis dulu, nestum dan bubur aje, sampai nak bagi makanan lain jd takut.
    Rupa banyak menu budak boleh makan, cuma dulu takde tempat nak buat rujukan..

    ReplyDelete