MY LATEST REVIEW

[REVIEW][bleft]

FROM MOMMY TO MOMMY

[FAMILY][bsummary]

MARRIAGE & RELATIONSHIP

[PERKAHWINAN][bsummary]

CINTA TILL JANNAH - BARU KAHWIN 24 JAM, ISTERI DITAKDIRKAN MENINGGAL

Ini adalah satu bukti bahawa di atas mukabumi yang penuh dengan manusia yang tidak elok akhlaknya masih lagi ada mereka-mereka yang baik dan mereka ini tetap redha menghadapi pelbagai ujian kerana kehidupan yang kekal itu bukanlah di dunia sebaliknya di akhirat kelak. 

Ini juga sebagai bukti bahawa ujian ke atas seseorang itu tidak sama dan setiap ujian tidak akan Allah SWT uji melebihi batasan yang boleh di tanggung oleh seseorang manusia itu. Malah berat ujian yang sedang kita tanggung juga sebenarnya tidaklah seberat mana jika hendak di bandingkan dengan ujian yang sedang di hadapi oleh orang lain, atau dalam erti kata lain, susahnya kita masih lagi ada orang lain yang lebih susah.

Terus terang tidak semua orang boleh mempunyai kekuatan setahap Allahyarham Fatin Nur Syahirah Yusuf yang baru berusia 24 tahun ini. Malah tidak juga seteguh suaminya yang bernama Muhammad Saiful Azam Azmi yang baru berusia 25 tahun itu.

saat di tunangkan
Pasangan dua sejoli Fatin dan Azam ini telah dinikahkan pada hari Jumaat bertarikh 3 Ogos 2018 di rumah pengantin perempuan di Taman Mahsuri, Jitra Kedah.

Apa yang membuatkan pasangan ini sangat istimewa adalah apabila mereka dapat membuktikan bahawa masih lagi ada cinta agung yang lebih hebat di alam realiti yang sanggup untuk mengharungi apa saja bersama dengan masih lagi tahu adab dan batas agama.

Di sebalik wajah yang cantik manis, siapa sangka di dalam usia yang masih muda itu, Allahyarham Fatin Nur Syahirah Yusuf sebenarnya menghidap kanser tisu tahap tiga. Setelah bertunang allahyarham sangat-sangat teruja dan sentiasa bersemangat untk menyediakan persiapan pernikahannya hinggakan terlepas pandang akan tahap kesihatannya sendiri yang merosot.


Menurut abang sulung allahyarham iaitu saudara Hasrul Yusri Anuar Yusof (39 tahun), adik beliau mempunyai tahap kesihatan yang agak tidak menentu namun arwah sentiasa positif dan sentiasa tampil bersemangat untuk menyediakan segala kelengkapan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung seperti menyiapkan baju pengantin dan hantaran bersama suaminya yang masih di dalam status bertunang pada ketika itu.

Namun siapalah kita sebagai manusia untuk menentukan segalanya. Kesihatan semakin hari semakin merosot hinggalah di sahkan menghidap kanser tisu. 

Saudara Azzam yang sememangnya sangat-sangat menyayangi arwah dengan redha sanggup bersama menempuh segalanya demi untuk terus menaikkan semangat isterinya itu untuk melawan penyakit tersebut. Hinggalah, akhirnya beliau nekad untuk terus memperisterikan arwah demi memikul tanggungjawab sebagai seorang suami terhadap arwah.


Tanpa baju pengantin dan majlis yang gilang gemilang, pasangan dengan rasa cinta setulus hati ini telah mampu membuktikan bahawa mereka saling menyayangi kerana Allah Taala dan bukan sekadar nafsu semata-mata. Inilah dia yang di katakan cinta till jannah yang sanggup untuk bersama dalam apa jua keadaan.

majlis sarung cincin
Hanya dalam tempoh tidak sampai 24 jam, keadaan arwah semakin genting dan akhirnya arwah telah menghembus nafas yang terakhir. 

Allahyarham Fatin Nur Syahirah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Muttaqin Bandar Darul Aman, Jitra, selepas solat Asar dan pastinya suami tercinta adalah antara insan yang paling bersedih hati di atas perpisahan tersebut.


Kini mereka berdua telah terpisah di dalam dua alam yang berbeza tetapi....... Allah SWT itu bukan kejam. Seperti yang dikatakan tadi, dunia ini hanyalah sementara saja dan kehidupan yang kekal sebenar-benarnya adalah di sana kelak.

Daku sangat bersimpati kerana daku sendiri belum mampu mempunyai kekuatan seperti pasangan ini dan ku doakan moga mereka berdua akan kembali bersatu kembali di syurga Allah SWT yang indah. Ameen..... Al-Fatihah!!


5 comments:

  1. sedih tengok story pasal dorang :'( sempat nikah 17 jam je, lelaki tu one in the million huwaaaaa

    ReplyDelete
  2. aa, ada jugak tengok dekat fb. allah maha adil. berat di dunia tp indah d syurga

    ReplyDelete
  3. sweetnya arwah Fatin...cinta agung kerana Allah swt..semoga mereka berdua bertemu di jannah..aamiin..

    ReplyDelete
  4. patah tumbuh hilang berganti, life must go on, selepas ni, carilah pengganti....sedekah Al-fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  5. Sedihlah baca entry ni ...
    Mmg cekal pasangan ni kan ...

    ReplyDelete

BE A BETTER MUSLIM

[Cahaya Islam][twocolumns]

GORGEOUS - REVIEW & TIPS

[BEAUTY][twocolumns]

INSTA STORY