Asalamualaikum semua.... selamat hari raya aidiladha!!! Honestly, daku rasa macam baru semalam je sambut Aidilfitri tapi tup tup dah tiba pula Aidiladha. Hmmm... benarlah bagai di kata yang masa untuk umat di akhir zaman ini sangat pantas bagaikan mata yang berkedip je. Well, daku sendiri pun kadangkala rasa bagai tak percaya usia dah masuk ke kategori 30an malah anak sulung pun dah sama tinggi. Eh lupakan sekejap soal tu... coretan kali ini demi nak wish Selamat Hari Raya Korban.


Dalam masa yang sama nak sematkan sedikit gambar di dada blog ini sebagai kenang-kenangan untuk tatapan anak cucu cicit piut.. [ lepas piut apa eh? ] =D

Dipendekkan cerita, tahun ni daku dan keluarga beraya di Pantai Timur dan raya di sini alhamdulillah memang agak meriah kerana kat sini pada waktu pagi lembu-lembu akan dikorbankan dan apa yang lebih menariknya kebanyakan penduduk di sini akan memasak daging terbabit untuk di makan bersama keluarga bahkan ada juga yang akan buat kenduri akikah yang agak besar.

Untuk kami sekeluarga, salah seorang ahli keluarga kami turut mengambil satu bahagian untuk makan bersama-sama seluruh ahli family. Maka bermulalah aktiviti memotong daging dan tulang untuk di masak. Menunya simple je, daging goreng masak kicap serta sup tulang. Perut pula di buat air garam yakni salah satu menu orang Kelantan.




Maaf ya gambar tak sempat nak snap, ini dek kerana daku kelam kabut sikit hari tu untuk pickup kunci homestay! Kenapa perlukan homestay? Sebabnya emak ayah dan dua orang abangku berserta dengan isteri dan anak-anak mereka sedang dalam perjalanan dari Utara ke Pantai Timur demi untuk menyambut hari raya yang ada bersama.  Antara insan yang paling teruja nak jumpa 'tok'nya semestinya adalah KASIH SUFI. 


Tiba saja family dari kampung dan check in di homestay, emak terus buka bekalan yang di bawanya dari kampung untuk sambut raya bersama. Naik terbeliak jugalah biji mata ni lihat pelbagai menu daripada ketupat rendang sehingga ke kuih muih dan biskut raya. Patutlah bonet kereta masing-masing sendat! 

4kg pulut yang telah siap dijadikan ketupat - hasil penat lelah emak dan kakak ipar no1
rendang daging bersama ketupat yang sedang dipanaskan

Kuih pau berintikan kacang merah dan kelapa yang di tempah oleh kakak ipar no 2

biskut raya dan kuih muih lain juga ada
Selesai menjamu selera di rumah mertua, malamnya kami just duduk relaks-relaks beramai-ramai untuk lepaskan penat. Perjalanan dari utara ke pantai timur makan masa 7 jam by car so memang agak letih. 


my big oldest brother with his daughter
Yang paling best semestinya aku dan hubby yang dapat ambil kesempatan ni untuk bermanja-manja dengan emak! Rinduuuuu giler kat emak. Thanks sangat pada abang dan kakak yang sanggup susah payah bawa emak ke sini untuk kami dari kampung.

Kalau korang nak tahu emak aku ni seorang yang sangat sayangkan anak-anak. Memanglah mulutnya tu pot pet pot pet sama macam ibu yang lain but dia sering tunjuk kasih sayang berdasarkan perbuatan. Part paling best emak layan anak menantu dan semua cucu-cucu secara sama rata. 

Dari kecil emak dah terapkan amalan cium pipi anak-anak dan amalan tu emak terus amalkan hingga kami besar, bukan emak cium pipi anak-anaknya saja bahkan menantu lelaki dan menantu perempuan juga. Kerana itu, suamiku tanpa sebarang masalah boleh tidur atas riba emak ku sendiri seperti ini.

Mr Qamar tengah sedap tidur atas riba emak mertuanya [ my mom ]
Tips ni InshaAllah telah aku amalkan pada anak-anakku juga dan jika tiada aral akan cuba ku amalkan pada menantu-menantu. Aku nak cuba jadi seperti emak yang garang dan penyayang di dalam satu masa. 

Ohya amalan cium pipi ini juga aku dah amalkan pada mertua sejak dari hari pertama daku kahwin dengan Mr Qamar sehinggalah ke hari ini dah 16 tahun usia perkahwinan. Alhamdulillah, daku dengan mertua boleh berlawak-lawak dan tidak terlalu kekok. Ini semua berkat jasa emak juga yang pamerkan cara kasih sayangnya pada kami semua seperti ini.


Nak tahu tips lain untuk jadi menantu kesayangan? >> BACA SINI <<