KIRA KIRA BABY CARE - Produk Bayi Inovasi Jepun Kini Muncul Di Malaysia

by - 17:03

DIAPERS atau lampin pakai buang adalah satu barangan yang telah menjadi 'kawan rapat' untuk hampir seluruh ibu di atas muka bumi ni. Daku sendiri turut tidak terkecuali namun tugas untuk memilih lampin pakai buang yang terbaik dan paling sesuai untuk bayi bukanlah satu perkara yang mudah. Makin payah adalah untuk baby yang baru dilahirkan ( newborn ).

Kalau ualls nak tahu, di dalam pasaran Malaysia sekarang ini telahpun ada satu lagi jenama barangan baby termasuk untuk lampin pakai buang dan jenama ini sangat-sangat terkenal di negara yang lain terutama di Jepun. Jenama yang ku maksudkan di sini adalah KIRA KIRA BABY CARE.



Siapakah Kira Kira Baby Care?

Daku percaya pasti masih ada yang belum mengenali jenama KIRA KIRA ni tapi sebenarnya jenama ni adalah antara jenama terbaik yang telah diyakini ramai kerana Kira Kira merupakan jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun. Kini Kira Kira dah pun tiba di Malaysia demi untuk membantu baby baby membesar dengan bergaya sambil selesa.

Produk Kira Kira pertama yang mencuri perhatianku adalah pada lampin pakai buang dengan rekabentuknya yang mengikut garis pinggang. Airy Soft Premium Tape Diapers ini boleh didapati dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’dan ianya diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut.



Pada mulanya daku was-was juga tetapi setelah melihat ramai pengguna Kira Kira yang berkongsi pengalaman di laman web syarikat tersebut dengam mengatakan yang bayi diaorang lebih banyak bermain, tampak semakin gembira, ceria dan kurang meragam, so daku nekad untuk mencubanya sendiri pada baby Kasih. 



Akhirnya, kini daku sendiri berasa sangat kagum dengan Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants. Tidak hairanlah kenapa Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants ini boleh menjadi dua produk utama palin terkenal dari Kira Kira.



Sambil mengenakan lampin pakai buang dengan jenama Kira Kira ini pada Kasih, daku turut meneliti kualiti lampin pakai buang yang dikatakan antara yang terbaik ini. So far, apa yang paling daku perasan adalah pada teksturnya yang dikatakan lembut dan ringan tu. Tak tipu! Memang betul-betul lembut pun! Macam pegang tisu.....



Pelik tapi benar. Walaupun tahap ketebalannya tampak agak nipis tetapi meskipun hampir 4 jam Kasih memakainya, tetap juga tidak berlaku apa-apa kebocoran sebaliknya Kasih tampak makin aktif merangkak ke sana sini di seluruh ruang tamu ni. Coraknya juga tampak sangat comel dan menarik dengan gabungan warna-warna yang ceria. Kawaiii....


Punyalah selesa bermain hingga tertidur si Kasih ni. Tidur Kasih juga sangat lena tanpa sebarang gangguan. Best kan jadi baby ni. Takde sebarang perkara hendak difikirkan, apa yang penting makan minum tidur dan sedut kasih sayang banyak-banyak dari insan sekeliling... cemburunya!

Mempunyai Penunjuk Kelembapan Yang Amat Praktikal

Untuk pengetahuan ualls juga, di lampin pakai buang Kira Kira ini turut terdapat penunjuk kelembapan bagi membantu kita sebagai ibu ayah untuk mengetahui dengan mudah masa dan tepat bilakah masa yang sepatutnya untuk lampin tersebut diganti. 


suka lihat baby semasa sedang tidur
Ini bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit pada baby seperti Kasih. Mereka juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi anda. Bagus kan? Barulah senang kerja dan menjimatkan.

Produk Berkualiti Melalui Kesederhaan

“Lampin kami sememangnya direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu, ‘Produk Berkualiti
Melalui Kesederhanaan’. Dengan inovatif teknologi daripada Jepun, kami telah
menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan
beragin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari,”
kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial – MOOCC bagi DSG Malaysia Sdn. Bhd.


Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, kita boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang terdapat dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu sahaja, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si comel kesayangan kita bergerak dengan lebih mudah serta mendapatkan tidur lena yang lebih nyenyak.


Turut Tertawan Dengan Produk Kira Kira Yang Lain

Selain daripada lampin pakai buang, jenama Kira Kira ini juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi organik. Bagi pendapat peribadiku sendiri, Kira Kira ini memang sangat sesuai untuk ibu bapa seperti kita yang amat prihatin dan berhati-hati dalam penjagaan kulit bayi yang lembut tu. Produk penjagaan bayi Kira Kira mengandungi hanya bahan-bahan organik yang semulajadi dan diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya.



Kita semua sedia maklum yang kulit baby tidak sama seperti kulit orang dewasa. Kulit baby ni masih halus dek kerana itu perlukan penjagaan yang lebih. Daku sendiri seorang yang tidak berani untuk menggunakan sebarang produk ke atas Kasih kerana takut akan terjadi perkara yang tidak sepatutnya.


1. KIRA KIRA TOP TO TOE WASH


Produk Kira Kira Top to Toe Wash ini amat berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi. Ekstrak camelia japonica menjadikan kulit bayi sentiasa lembut dan gebu apabila disentuh. Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan sangat mudah tanpa perlu menyusahkan kita saat memandikan baby.

2. KIRA KIRA BABY LOTION 


Kira Kira Baby Lotion yang bersaiz 380ml ini pula mengandungi baobab organik yang dapat memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusan berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat dapat melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit. Ini first time daku mencuba lotion baby dengan rumusan air. Agak cair kerana air kan tetapi sangat mudah menyerap ke dalam kulit dan sama sekali tidak meninggalkan sebarang kesan berminyak ke atas kulit seperti selepas memakai lotion biasa.

3. KIRA KIRA NAPPY CREAM


Satu lagi produk yang patut di cuba adalah krim lampin. Kira Kira Nappy Cream ini boleh didapati dalam bentuk tiub dengan isian sebanyak 50 ml dan ianya amat mudah untuk disapu pada kulit bayi. Krim lampin ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang boleh membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit baby serta melindungi kulit si manja kesayangan daripada terjadinya masalah ruam lampin.


Tambahan pula apabila memakaikan lampin pakai buang pada baby, ia akan mengambil masa selama beberapa jam sebelum kita tukarkan dengan yang baru so of courselah telah berkumpul peluh dan kuman lain di dalamnya. Sebab tu punggung baby mudah dijangkiti masalah ruam lampin yang jika tidak di rawat dan hanya dibiarkan akan boleh menjadikan kulit bayi melecet.

Harga Murah, Diskaun Meletup!

Selain kualiti, ibu bapa pasti teruja untuk memilih produk Kira Kira. Mengapa? Harga bagi
lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar amat berpatutan walaupun ianya menggunakan
bahan- bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat.


Begitu juga dengan tawaran harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi,
losen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding beberapa jenama
lain dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama.






Untuk penjimatan yang lebih besar, sekarang pengguna boleh membeli produk Kira Kira
menerusi laman web Shopee. Anda hanya perlu melayari http://bit.ly/KiraKiraShopee ,
dengan setiap pembelian melebihi RM100, masukkan kod promo KK25LAUNCHsewaktu
pembayaran untuk menikmati diskaun. * Promosi adalah sah sehingga 30 September 2018.
[ Tertakluk kepada terma dan syarat. ]

Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira di www.facebook.com/kirakiramalaysia dan jangan lupa LIKE sekali.





You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN