Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

LAPANGKANLAH SECUBIT MASA UNTUK BERSOLAT SUNAT

Sebagai seorang muslim, solat adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian dan adalah lebih bagus sekiranya kita dapat melakukan solat sunat supaya tahap diri kita akan menjadi lebih tenang untuk semakin mengingatiNya. 

Menyentuh tentang solat sunat ini, terdapat pelbagai solat sunat yang boleh kita kerjakan samada di rumah kediaman, ruangan surau di tempat kerja mahupun di masjid. Tempat untuk menunaikan solat ini bukanlah menjadi satu isu sebaliknya niat dan iltizam di dalam hati untuk mengerjakannya itu yang perlu di beri perhatian.


Bak kata pepatah, jika hendak akan ada seribu daya dan jika tidak mahu akan ada sejuta dalih. Islam tidak pernah menyusahkan cara kerana itu agama Islam ini di anggap sangat mudah dan indah namun atas diri masing-masing samada benar-benar ingin menambah pahala di dada dengan melakukan solat sunat ini mahupun sebaliknya.

JENIS-JENIS SOLAT SUNAT DI DALAM ISLAM


Antara solat sunat yang ada adalah seperti solat sunat Dhuha, solat sunat gerhana bulan, solat sunat gerhana matahari, solat sunat hajat, solat sunat jenazah, solat sunah istikharah, solat sunat rawatib, solat sunat tahajjud, solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat tarawikh, solat sunat tasbih, solat sunat witir, solat sunat wudhu, solat sunat taubat dan lain-lain lagi.


Apa yang penting, setiap solat baik wajib mahupun sunat mempunyai niat-niatnya yang tertentu. Mana bisa ingin solat Subuh tetapi di lafaz dengan niat solat Asar dan begitu jugalah dengan solat sunat ini. 

Niat untuk setiap solat sunat ini tidaklah terlalu sukar namun disebabkan jarang dilakukan tidak seperti solat wajib yang dikerjakan sehari harian sehari semalam maka tidak mustahil jika ada ramai di antara umat Islam di luar sana (termasuk daku sendiri) yang kadangkala menjadi keliru bagaimana untuk melafazkan niat yang betul ketika ingin melakukan solat sunat ini. 

Jadi adalah lebih afdal jika kita luangkan sedikit masa untuk belajar niat solat sunat terlebih dahulu supaya tidak silap.


SERINGLAH LAKUKAN SOLAT SUNAT TAUBAT 


Antara solat sunat yang paling bagus untuk dilakukan adalah solat sunat taubat kerana solat sunat taubat ini akan semakin mengingatkan kita akan peranan sebenar hidup di atas muka bumi ini yang hanya berperanan sebagai hamba kepada Nya. 

Jangan beranggapan yang solat sunat taubat ini perlu dilakukan hanya ketika ingin menyuci diri daripada dosa-dosa lampau yang besar sahaja sehingga mengabaikan diri dari sering melakukan solat sunat taubat ini sedangkan sepatutnya diri sendiri perlu sentiasa sedar yang dosa ini seringkali dilakukan samaada secara sengaja mahupun tidak sengaja.




Sedar ataupun tidak, besar mahupun kecil, dosa adalah tetap dosa dan sekecil kuman atau zarah sekalipun dosa terbabit si malaikat yang berada di kiri dan kanan akan tetap mencatatnya di dalam buku amalan. 

Kerana itu adalah bagus jika diamalkan solat sunat taubat ini supaya dapat menjadi perisai dari awal untuk membersihkan diri dari dosa-dosa yang pernah diperbuat di atas muka bumi ciptaan Ilahi yang sangat indah ini.

Ini hanyalah sekadar perkongsian. Semoga artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak info kepada sesiapa saja yang memerlukannya. Peringatan ini bukan hanya untuk mereka di luar sana tetapi juga untuk diri ini sendiri. Semoga kita semua akan menjadi muslim yang lebih baik dari masa ke semasa. Ameen.


2 comments for "LAPANGKANLAH SECUBIT MASA UNTUK BERSOLAT SUNAT "

  1. nice sharing terima kasih mengingatkan =)

    ReplyDelete
  2. Artikel ni sgt bermanfaat kak..untuk saling ingat mengingati ttg solat2 sunat

    ReplyDelete