Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mexicana Chicken Burger McDonalds Yang Awesome!

BURGER TERBARU MCDONALDS menjelma lagi. Jika sebelum ini Burger Rio tapi kali ini adalah Mexicana Chicken. Jika burger Rio daku kurang sikit sebab tahap kepedasannya tu tetapi untuk Mexicana Chicken ini memang awesome!! Tidak terlalu pedas dan amat secukup rasa.


Apa yang membuatkan daku semakin suka adalah pada tahap ketebalan daging ayamnya yang sangat memuaskan hati. Sudahlah tebal, rangup di luar dan lembut di dalamnya membuatkan daku rasa sangat-sangat best sewaktu menikmatinya. Itu belum lagi di ambil kira soal sosnya termasuk juga cheese yang boleh melimpah sehinga ke luar.


Walaubagaimanapun ada satu part yang daku agak kurang gemari iaitu pada tomato. Tomatonya alhamdulillah cukup fresh tetapi apakan daya kerana daku ni seorang yang cakap agak kurang gemarkan tomato yang di makan mentah termasuklah yang diletakkan pada burger so cara terbaik untuk daku makan apa lagi kalau bukan dengan membuang semua tomato yang ada. Kah kah kah..... 

Bila dah buang semua tomato, sebelum di ngap daku akan kasi tekan sikit roti tu dan cuba tengok tu terus meleleh sosnya disebabkan terlalu banyak. Haaa puashati! 


Anyway terima kasih banyak pada pihak McDonalds kerana sudi melayan kerenah kami yang punya citarasa tersendiri dengan cara masing-masing untuk menikmati Mexicana Burger. Pada aku, semua burger di McDonalds memang best best belaka cuma atas kita sendiri nak jatuh cinta dengan variasi yang mana.


Tak sabar pula nak tunggu kemunculan burger baru yang seterusnya. Ualls sendiri macamana? Dah cuba ke belum Mexicana Chicken ni? Jika belum cepat-cepat dapatkan dari mana-mana cawangan McDonalds yang terdekat!!! 



JOM MAKAN BURGER!! KAT MANA? MCDONALDS LAAAAA........




5 comments for "Mexicana Chicken Burger McDonalds Yang Awesome! "

  1. sha dah rasa! sedap rasa nak makan lg haha

    ReplyDelete
  2. Umi belum rasa lagi...tunggu anak yg duk Jitra tu baru best ajak dia..hehe

    ReplyDelete
  3. nak try tapi mcd jauh dari rumah.. yang wakaf che yeh under renovation

    ReplyDelete